Oleh: Rossem
Di sebuah pentas, jika ada dua orang dan satu orang memberitahu; saya dapat tunjukkan orangnya yang dapat
menyelesaikan perbalahan politik di Malaysia dan
orang yang satu lagi memberitahu,
saya cadangkan Datuk Husam Musa
menjadi Menteri Besar Kelantan selepas PRU 14 nanti jika Pakatan Harapan menang. Anda tahu, siapa yang masuk berita
televisyen atau suratkhabar pada
malam itu atau esok pagi? Tentulah Husam
Musa sebagai bahan berita, tak kira
samada ditulis wartawan TV atau
akhbar.
Berita itu menarik
perhatian publik, wajar diangkat menjadi berita utama. Sebaliknya cerita ada seseorang berusaha kearah untuk mendamaikan parti-parti politik
yang bertelegah tidak menarik. Tak ramai yang suka membacanya, ia bukan sebuah
berita yang diburu wartawan. Disisi lain, barangkali, kita tak berminat untuk
berbaik-baik sesama kita.
Itulah realiti yang berlaku di Malaysia. Cerita Husam Musa
dicadangkan sebagai Menteri Besar
Kelantan jika Pakatan Harapan menang di negeri itu pada PRU14 menjadi isu panas, walhal cadangan yang disuarakan penasihat
DAP, Lim Kit Siang usai makan ketupat dan rendang di majlis sambutan
hari raya aidilfitri di Dewan Perniagaan Cina, Kota Bharu baru-baru ini secara
berseluroh, spontan dan berstatus bercanda.
Kata bersahut; lawan
politik Husan Musa dari PAS terutama pemimpin mereka memberi komentar dengan ayat-ayat berbau sindiran. Menulis dalam facebook, twitter dengan kata-kata panas, Polemik
pun tak terelakkan. Hasilnya, tanpa sedar nama Husam Musa naik satu anak
tangga. Turut tersenyum simpul ialah Lim Kit Siang, dirinya menjadi orang “hebat”
, setiap yang keluar dari mulutnya diangkat menjadi isu.
Tak keterlaluan kalau dikatakan, rakyat Malaysia suka
kepada sesuatu yang mengkhayalkan. Benda yang tak pasti, itulah yang difikir,
dibahas malam siang. Bagaimana nak menurunkan harga barangan keperluan,
seperti daging ayam, ikan, sayur tak
pernah fikirkan.
Hakikatnya, perbalahan antara PAS dengan AMANAH perbalahan
adek beradek. Setahun dahulu, setelah melihat bibit-bibit perpecahan akan berlaku, saya sudah menulis sebuah
kata-kata keras berbau “amaran”- Awas bahaya besar menunggu di hadapan. Sebagai seorang yang sudah melewati usia,
perasaan “takut” terjadi perpecahan di
dalam jamaah PAS lebih terserlah
berbanding orang muda. Sekarang menjadi realiti. Telan pill killer
pun kesakitannya tak berkurang, tunggu
dan lihat satu-satunya jalan yang dipilih.
Bahayanya, masing-masing
tahu kelemahan diri
masing-masing, kerana dahulu pernah tinggal sebumbung. makan minun,
mesyuarat, membuat keputusan bersama. Pemimpin dan pendokong PAS tahu, di mana
kelemahan pemimpin AMANAH, begitu
sebaliknya. Rahsia anda dalam saku saya, rahsia saya dalam saku anda.
Berbeza bergaduh politik dengan Umno, mereka tak
mengetahui hal dalaman PAS secara jelas, andai mereka tahu
sekalipun, tak berani bongkar, kerana mereka juga kemungkinan melakukan perkara
yang sama bahkan lebih parah, baik tutup
sahaja.
Saya pun tulis sebuah sajak satira:
ASAL SEKAPAL
Dahulu sekapal
sama-sama meredah samudera
panas mentari membakar kepala
dingin suhu di
malam hari
dilambung badai
musim tengkujuh
tetap berpaut di kaki nahkoda
tak terlepas walau sesaat
ia satu-satunya nahkoda
yang bernama nahkoda
Kini, setelah kematian nahkoda
yang bernama nahkoda,
diangkat nahkoda baru
sebahagian awak-awak kapal tak bersetuju
mereka lalu
meninggalkan kapal
dan membina kapal baru
Kecil tidak seperti perahu
besar tidak seperti kapal
mula berlepas dari pelabuhan
belajar bermain ombak
terumbang ambing
sekejap ke tengah sekejap ke tepi
Tampak jelas kain
layar
tidak putih tetapi oren
sangat kontradik dengan warna laut
yang kebiruan dan kehijauan
Dahulu sekapal
seperti adek beradek
rahsiamu di tanganku
rahsiaku di tanganmu
simpan dalam peti
sekarang sedikit-sedikit
sudah terbuka
akan datang banyak lagi peti akan dibuka
Benar kata orang tua-tua
jangan bergaduh adek beradek
dua-dua akan jadi abu
yang tinggal ialah puing-puing sejarah
keegoan seorang
bernama pemimpin!
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker
link slot gacor terpercaya
ReplyDeletelink slot gacor
link slot
main slot
online slot