Oleh:Rossem
Sore hari Jumaat, cuaca bulan Ogos di Kelantan panas terik. seorang lelaki berkulit gelap, rambutnya
putih tiba-tiba mengetuk pintu Balai
Kartun Rossem (BKR). Kami bersalaman. “Saya kenal awak lewat facebook” katanya.
Kebetulan saat melewati jalan ini tadi
terpadang signboard BKR, lantas berhenti. Sudah lama berhajat mahu mengunjungi
BKR, tercapai secara tak dirancang, beliau meluahkan rasa gembira.
Saad Noordin, 66
tahun, mengayuh basikal dari kampung halamannya Kulim, Kedah, mengelilingi Malaya sempena “Kayuhan Merdeka
59” .Singgah di BKR dalam perjalanannya
ke Terengganu, seterusnya ke Pahang, Johor. Tanjung Piai, penghujung benua Asia antara laluannya paling selatan sebelum
ke Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan Perak , kayuhannya berakhir di Kulim, Kedah sebelum 31 Ogos.
Saya teruja, sekaligus bangga dengan semangat kental yang
dimiliki Pak Saad Noordin, meniti usia 66 tahun kini sanggup berbasikal seorang
diri mengelilingi Malaya. “Beginilah saya menghargai kemerdekaan. Susah
sukar ayah-ayah kita dahulu berjuang
menuntut kemerdekaan dari Inggeris, jika dibandingkan dengan penat mengayuh
basikal ini malah masih jauh ” tuturnya
dengan bersemangat. Sebahagian kita
untuk memasang Jalur Gemilang di rumah pun terasa berat. Apa salahnya setahun
sekali , 31 Ogos, kibar Jalur Gemilang. Tampak sedih pada wajah Pak Saad mengingatkan
generasi sekarang semakin melupai hari bersejarah.
Pak Saad pernah bekerja sebagai wartawan di Utusan Melayu,
akhbar Watan, TV3 dan Bernama, baru empat tahun berjinak dengan basikal. Tahun
2015, dua kali keliling Malaya dan 2016 dua kali termasuk siri kayuhan merdeka.
Istimewanya Pak Saad dahulu pelukis kartun.
Setiap misi kayuhan memerlukan wang untuk belanja makan
minum dan penginapan. Bukan besar
sangat, tapi bagi orang miskin sepertinya, untuk dapat RM1000 atau RM2000 pun sukar. Namun Kerana
semangat berkobar-kobar, jelajah Malaya
diteruskan juga. Penaja harus dicari. Pernah
pihak tertentu menjanjikan sumbangan wang, dan mereka berjanji wang akan
dimasukkan dalam akaun bank Pak Saad namun setelah disemak, tak dimasukkan. Sehingga kayuhannya terkandas
di separuh jalan, seperti berlaku pada
tahun lalu ketika tiba di Negeri
Sembilan, wang tersisa dalam dompek hanya
tinggal tiga Ringgit. Biar apa pun
terjadi, Pak Saad tak serik, berkayuh
lagi pada tahun ini. Hanya kali ini
beliau pastikan wang secukupnya sebelum memulakan kayuhan.
Dalam masyarakat Malaysia hari ini, siapa yang peduli dengan warga emas berkayuh basikal seorang
diri di bawah panas terik matahari mengelilingi Malaya. Samada tujuannya
meraikan ulangtahun kemerdekaan atau sukan, rata-rata beranggapan; orang ini sengaja menyusahkan diri sendiri, warga
emas seharusnya berehat di rumah bersama
cucu atau iktikaf di masjid. Galakan
seperti tidak ada.
Sanario politik yang
berlaku di Malaysia sekarang benar-benar
menjadikan rakyat serabut, terganggu fikirannya. Di sana sini
orang bercakap tentang politik. Orang kampung, pesawah, penoreh getah, pekerja
rumah batu, pekerja bengkel kereta sudah pandai bercerita tengan 1MDB, sudah
pandai menyebut Rizal Aziz, Jho-Loo.
Mengumpul harta di luar negara, bikin filem di Hollywood dan sebagainya.
Parti-parti politik pula bersengketa sesama sendiri. Pecat ,
tubuh parti baru, sekarang semacam trend
. PAS melahirkan Parti Amanah Negara (Amanah),
Umno dengan parti serpihannya yang
dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yasin. Itupun kalau
diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar
Pertubuhan (ROS).
Kesimpulannya, Hampir semua parti-parti politik yang ada di
Malaysia hari ini, sama ada dari
blok penguasa mahupun
oposisi bergelora seperi ombak di
samudera. Jika kondisi seperti ini berlanjutan, keyakinan rakyat kepada
parti-parti tersebut akan hilang. Hakikatnya, sekarang pun sudah hilang. Hanya kebijaksanaan
mengolah kempen menjelang PRU 14 nanti memberi keuntungan kepada parti-parti tertentu khususnya BN yang
memiliki kelebihan media. Maka rakyat akan tertipu untuk sekian kalinya.
Tentang kegilaan politik, tertarik dengan kata-kata
Sasterawan Negara (SN), Dato Dr. Zurinah Hassan “Politik memecahkan, seni
mencantumkan” Selanjutnya kata SN itu “Kerana politiklah kita menjadi rakyat
Malaysia atau Indonesia, tetapi kerana seni seorang pakcik di Perlis dan
seorang lagi di Padang, Sumatera sama-sama menyanyi “Kau laksana bulan”.
Pak Saad Noordin menutup telingga, bosan mendengar cerita
politik yang tak ada noktah. Terus mengayuh basikal berbumbungkan langit,
bertemankan matahri. Sebelum 31 Ogos harus sampai ke Kulim, Kedah.
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker
daftar judi slot
ReplyDeletedaftar judi slot online
daftar situs slot terpercaya
judi slot online terpercaya
judi slot terpercaya