Ulat buku, membeli
minimum 30 judul buku setahun, namun saya yakin ulat buku tegar membeli lebih dari itu. Katakan usia
mereka sekarang 60 tahun. Saat mengilai buku dahulu usianya 20 tahun, bermakna 40
tahun masa telah digunakan untuk mengumpul /menyimpan buku dan majalah. Pasti jumlahnya tak terhitungkan,
setiap sudut dan ruang dalam rumah mereka tak
ada yang lompong melainkan
dipenuhi dengan rak buku. Meskipun si
ayah seorang ulat buku tegar, tak
semestinya anak-anak mereka mewarisi sifat
itu , anak-anak yang tak berminat dengan buku, melihat buku yang bertimbun-timbun kepunyaan ayah sangat
merimaskan. Lebih-lebih mereka yang
tinggal di kota-kota, dengan rumah yang kecil dan kamar yang terhad, bisa
sakit.
Sebahagian buku-buku itu usianya sudah 40 tahun, barangkali
pengarangnya juga sudah mati, atau jika
masih hidup , buku yang pernah ditulis mereka tak ada lagi dalam simpanan. Nilainya pasti
berganda. Wang ringgit tidak pantas untuk ditukar ganti dengan buku. Ilmu yang
terdapat dalam buku itu harus disebarkan secara wajar.
Kehidupan kita akan berakhir. Bagaimana nasib buku-buku itu
bila ketiadaan kita? Anak-anak yang tak bermiat akan melupuskan sahaja dengan pelbagai cara. Membakar buku /majalah adalah
satu kezaliman, kita mengutuk tentera Hulagu Khan di zaman silam kerana
membakar kitab-kitab ilmuan Islam yang sangat bernilai yang dijarah dari khutub
khanah di kota Bahghad sehingga hitam air sungai Tigris dan Euphrates dek kerana
dakwad yang lutur dan abu kertas. Makanya ada yang menjual kira kati di kedai
kitar semula yang banyak terdapat di desa-desa. Air mata kita pun tumpah.
Demikian rendahnya seseorang melihat “ilmu” yang terdapat dalam buku dari
kacamata orang awam.
Tak dinafikan, sebahagian buku-buku lama dan baru disimpan
di Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Negeri. Kerana ada prosedur khusus terkait dengan penerbitan buku. Namun masih banyak lagi
buku-buku dan majalah bernilai yang
disimpan dalam rak-rak buku persendirian di rumah-rumah. Fokus sekarang ialah,
buku milik persendirian, bila kematian tuannya, bagaimana nasib buku
itu?
Ketika saya menyerahkan khazanah kartun hasil karya selama berpuluh tahun kepada Perpustakaan Negara Malaysia pada 2005,
kebetulan turut berbuat demikian ialah
tokoh penulis terkenal, Said Zahari (Allahyarham). Beliau menyerahkan manuskrip, makalah, buku, yang ditulis sepanjang penglibatan beliau
dalam bidang penulisan. Penulis lain
saya tak tahu, tetapi kartunis pertama
berbuat demikian ialah Zainal Buang Hussain. Saya ke dua. Harta mereka itu sekarang disimpan oleh negara
untuk manfaat generasi akan datang.
Penulis dan penyair terkenal
Djazlan Zainal ada melontarkan pandangan dan cadangan. Wujudkan rumah
buku. Idea itu ditujukan kepada penulis, aktivis komik,kolekter buku yang tak
asing lagi, iaitu Rudi Mahmood. Di
tangan beliau terdapat ribuan buku-buku
dan majalah-majalah langka sejak tahun
1930an sehingga sekarang. Meliputi semua gerne, sastera, hiburan , dalam bentuk
buku, majalah dan sratkhabar lama dan sebagainya. Nilainya, jangan tanya!
Seharusnya setiap negeri di Malaysia ada rumah buku.
Kaum sasterawan harus mengambil
tanggungjawab menwujudkan rumah buku sebelum buku dimakan anai-anai, diratah
api atau dijual dikedai kitar semula.
Wasalam.
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker
situs judi slot
ReplyDeletesitus judi slot online
situs judi slot online resmi
situs judi slot terpercaya
situs online
Terima kasih atas informasi yang sangat bermanfaat dalam artikel ini! Saya suka bagaimana artikel ini membahas berbagai aspek tentang 'Rumah Buku' dengan sangat rinci. https://telkomuniversity.ac.id/i-roasterbik-integrasikan-mesin-pembuat-kopi-dengan-smartphone/
ReplyDelete