Tuesday, July 11, 2017

Orang itu gila kah?



Orang gila kah dia?

Suatu sore yang tak berapa panas, 15 tahun dahulu,  kami minum kopi  di warung Pak Amjal,  di hadapan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.  Banyak meja kosong di bahagian dalam, tetapi kami memilih meja yang disediakan di tepi  jalan - udara segar, selesa dan dapat menjamu mata. Sambil makan mee goreng dan hirup kopi panas, kami bersembang , bergelak ketawa, terutama  bila menyentuh hal yang menggelikan hati.   

Ketawa kami terhenti secara tiba-tiba!  Seorang gila, rambut kusut masai, pakaian compang camping tercegak di sisi meja sambil melemparkan soalan cepu emas kepada saya “ Kalian yang ketawa ini kenal siapa Tuhan kamu?  Kalau tak kenal Tuhan, jangan ketawa, jangan minum”.  Orang itu terus berlalu meninggalkan persoalan besar  untuk kami fikirkan. “Apa benar orang itu gila atau malaikat?” Itulah perbualan kami seterusnya sambil menghabiskan  mee goreng dan kopi yang berbaki.

1 comment: