Suatu hari yang sudah agak lama, di Hospital Besar Kota
Bharu, sekarang Hospital Raja Perempuan Zainab II. Kondisi
badan saya ketika itu kurang sihat, memaksa saya mengisi borang sakit dari majikan untuk ke
hospital. Tahun 1980an doktor tempatan amat berkurang, Kerajaan Malaysia
terpaksa membawa masuk doktor dari luar negara, seperti Indonesia dan Mesir
untuk menampung kekurangan doktor tempatan itu.
Nama saya dipanggil, daun pintu ditolak perlahan. Tampak doktor
sedang menulis sesuatu di meja. Wajahnya seperti orang Arab, hidung mancung,
kepala botak, bertali leher. Saya beri
salam- tak berjawab. Saya duduk di
kerusi pesakit di sisinya. Tak tergambarkan, gembiranya hati saya dapat berubat
dengan doktor Arab Mesir yang saya kira memiliki ilmu kedoktoran terbaik dan bersikap
lemah lembut.
“Sakit apa?” Tanya
doktor Mesir. Matanya merenung wajah
saya yang sedikit pucat. Saya
memberitahu secara terperinci tentang
sakit saya. Doktor Mesir itu bertanya lagi “ Sakit apa?” suaranya kali ini sedikit
meninggi. Saya ulangi cerita tentang
sakit. “ SAKIT APA?” dia bertanya lagi. Tahap ketiga ini suaranya sudah lain
macam. Vokalnya seperti harimau menggaum, memaksa juruwawat datang.
Selepas itu baru saya tahu, rupanya doktor Mesir ini tahu
bahasa Melayu hanya dua patah sahaja iaitu Sakit Apa?. Yang saya cerita panjang lebar itu rupanya ia tak faham.
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker