Tuesday, July 11, 2017
Amalam macam ahli syurga, masuknya neraka
Amalannya macam ahli syurga, masuknya neraka. Naudzubillah min dzalik!. Teringat kata-kata ustaz saya dahulu. Hal yang sama, dilanjutkan lagi dengan sebuah tulisan kenalan saya Ustaz Fathuddin Ja’far yang Ramadan kelmarin berada di Tanah Suci. Beliau menyaring khutbah Jumaat terakhir Ramadan 1438H oleh imam Masjidil Haram. Dalam khutbahnya, sang Imam banyak menekankan perkara akhir atau penutup amalan. Kerana akhir atau penutup amal sangat menentukan nasib masa depan orang Mukmin di alam akhirat.
Beliau mengutip hadis Rasulullah saw yang menjelaskan, ada orang sepanjang hidupnya beramal amalan ahli syurga, namun di akhir hayatnya ia berbuat amal penghuni neraka sehingga ia mati suul khatimah dan di akhirat masuk neraka.
Ada pula orang yang sepanjang hidupnya beramal amalan penghuni neraka, namun di akhir hayatnya berbuat amalan penghuni syurga sehingga ia mati husnul khatimah dan di akhirat ia masuk syurga.
Sebab itu, kita perlu berdoa seperti yang diajarkan Rasulullah agar Allah pelihara konsistensi hati kita untuk selalu dalam Islam, ketatan pada Allah dan amal saleh sampai akhir hayat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
slot 2023
ReplyDeleteslot 24 jam
slot dengan jackpot terbesar
slot gacor terpercaya
slot judi terpercaya