Oleh: Rossem.
Karikatur adalah suatu hasil karya
lukisan objek wajah seseorang yang dilebih-lebihkan atau dikurangkan tetapi
masih boleh dikenali. Tujuannya untuk sindiran, pujian dan hiburan. Sindiran
selalunya melibatkan karikatur tokoh-tokoh politikus, karikatur jenis ini boleh
ditemui di halaman editorial sesebuah suratkhabar. Namun karikatur sebagai bahan hiburan paling
popular, kerana tidak menimbulkan amarah mereka yang dikarikaturkan sehingga
begitu rupa. Pelukis karikatur disebut
karikaturis. Di Malaysia muncul ramai karikaturis dan mereka mencari rezeki
dengan merubah wajah asal seseorang tanpa bertujuan mempersendakan mereka.
Peminat karikatur sanggup melanggan
suratkhabar atau majalah semata-mata untuk melihat karikatur yang dimuatkan
dalam akhbar, selalunya karikatur yang bersalut
dengan mesej politik. Mereka menyesal dan merasa rugi kalau tidak menatapnya. Namun
karikatur yang bercorak hiburan senang ditemui di media baru sekarang dan di
tempat-tempat terbuka yang sering karikaturis mencari rezeki dengan
mengkarikaturkan pelangan. Duduk sahaja dihadapan karikaturis, 15 minit, sebuah
karikatur wajah sendiri siap dengan dikenakan bayaran.
Saya sudah lama berhasrat untuk
mengumpul para karikaturis bersama dalam sebuah pameran terbesar karikatur. Kalau
boleh melibatkan penyertaan karikaturis luar negara. Untuk itu, saya
menghubungi rakan-rakan karikaturis Malaysia, Indonesia, Singapura dan
Filipina. Mereka bersetuju bahkan mengalu-alukan pameran seperti itu.
Sesudah ditetapkan tarikhnya, masing-masing mengirim
karya lewat email, pihak penganjur mencetak secara digital dan bingkaikan.
Pameran Karikatur Antarabangsa (International
Caricature Exhibition) dengan tema “Wajah Disekitar Kita” berjaya diadakan di Balai Seni Lukis Kelantan (BSLK) selama
tiga bulan mulai 1 Mac – 1 Jun 2017.Inilah pameran karikatur melibatkan negara luar julung-julung
kali diadakan di Malaysia. Dianjurkan
oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Balai Kartun Rossem (BKR) dan Persatuan
Senilukis Kelantan (PESENI).
Sebanyak 80
buah karya dihasilkan karikaturis terkenal
daripada 4 negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina. karikaturis
Malaysia antara paling ramai mengambil bahagian, 20 oarng, diikuti Indonesia
11 orang, Filipina dua dan Singapura seorang.
Kartunis terkenal Malaysia Dato Mohd Nor Khalid atau
Lat turut mempamerkan karya beliau. Lain-lain ialah Rossem, Don, Mie, Kerengge,
Yaz Malee, Imuda, Kamal Nawie, Syahiran,
Maro, Katon Aqhari A. Rahman, Art Saad, Olylukis, Halia, Bahar Onan. Gayour,
Tarzidi, Sireh, Shah, Oden, Mohamad
Taufik Ikhwan. Sementara Indonesia, Jiwenk, Romeo Jericho, Bilal Zulfiqar
Abidin, Djoko Susilo, Ahmad Antawirya, Eko Supa, Ferry Way, Joen Yunus,
Leo Si Penatap Bulan, Poejiyanto, Priyo
Puji Raharjo. Donny Adam, Oscar Budi Trianto. Mewakili Filipina, Neil Bayan,
Tivo Aguilar, Singapura, Kamal
Dolah. Kesemua yang mengambil bahagian
adalah karikaturis terbaik di negara masing-masing.
Tivo Aguilar berasal dari Manila, bertugas di Kuwait
sebagai pengarah di Albaad Media. Saat saya menghubunginya, katanya sibuk, tetapi tetap mengirim dua karikatur
untuk pameran itu.
Sambutan orangramai amat memberangsangkan,
lebih-lebih lagi musim cuti sekolah. Pelawat dari luar Kelantan sambil bercuti
di Negeri Serambi Mekah tak ketinggalan berkunjung ke Balai Seni Lukis Kelantan
melihat pameran karikatur. Mantan kurator Muzium Negara, Dato Dr Othman Yatim
dan isteri adalah orang mula-mula masuk melihat pameran iaitu pada pagi 1
Mac, diikuti kartunis, pelakon, pelawak
Imuda pada hari berikutnya.
“Pameran
ini tentu menjadi langkah besar bagi
kita sebagai pelaku kartun/karikatur. Saya senang sekali dan support penuh acara tersebut. Kalau nanti
acaranya sukses, saya berharap ini menjadi acara tahunan bahkan bisa dihadiri
langsung para pelaku yang terlibat ‘
tutur karikaturis palig top dari Sukabumi, Indonesia, Nurwenda Juniarta
atau lebih dikenali dengan Jiwenk.
No comments:
Post a Comment