Oleh: Rossem
Di Malaysia, ramai orang memiliki ilmu mencipta sengketa.
Jumlah itu semakin bertambah dengan bertambahnya alat untuk menyebarkan sengketa. Jarum untuk menikam seseorang boleh dikirim
melalui facebook, tweter, watShap, blok
dengan hanya dikenakan sedikit kos bil internet.
Dahulu, kalau marahkan seseorang , jumpa bomoh, guna khidmat syaitan, kirim jarum
terbang waktu malam, menikam mangsa yang
sedang nyenyak tidur. Zaman santet sudah
berlalu. Datang pula media baru.
Kebaikan media baru seperti facebook, tweter, watshap,
blok, tidak dinafikan! Kereta digunakan untuk kemudahan berulang alik ke pejabat mencari rezeki,
membawa anak isteri makan angin, menziarahi keluarga dan sahabat, ke pasar membeli
barangan keperluan. Kereta juga digunakan untuk tujuan pergi mencuri, merompak.
Bukan salah kereta, salah orang yang mengendalikan kereta. Kereta tak masuk neraka!
Rakyat Malaysia
khususnya orang Melayu, agak ke depan dalam mencipta sengketa terutama sengketa
sesama sendiri. Bijaknya mengalahkan orang Barat. Mereka akan merasa hebat
kalau dapat membongkar serta mendedahkan rahsia orang lain. Jika diperingatkan, jawapannya ; kami
melaksanakan amal maarof nahi mungkar.
Kejahatan yang dilakukan oleh seseorang
individu mesti diwar-warkan kepada umum. Bukti di tangan!. Terimalah
hukumannya.
Mencipta sengketa itu mudah, menyelesaikan sangat
sukar. Ilmu mencari gaduh tak perlu lepasan sekolah tinggi, sesiapa sahaja boleh melakukannya. Akibatnya maka tercetuslah pelbagai krisis
dalam masyarakat. Organisasi politik
paling ke depan dalam bab gaduh
ini, kalau di Malaysia ada sayembara khusus mencari juara gaduh, parti politk
pasti meraih tempat utama, ke dua dan
ketiga. Walhal pemimpin politik adalah ikon rakyat. Tempat rujukan,
serta tumpuan setiap orang.
Seorang kawan saya, seorang politikus, pernah mengambil mata pelajaran “Pengurusan Krisis” ketika di universiti dahulu
mengeloh, krisis yang melanda parti
politik sekarang semakin parah, pemimpin
hanya tahu mencipta krisis, tapi tidak tahu untuk menyelesaikan krisis. Lalu
dibiarkan “krisis” itu seperti air banjir,
ke mana mahu pergi tak dipedulikan. Dalam perjalanannya air banjir telah merempuh rumah, tanaman, ternakan sehingga
rosak binasa. Tiada satu usaha,
bagaimana untuk menyekat air banjir daripada terus mengganas.
Secara lucuan saya
menyarankan , sistem pembelanjaran Malaysia perlu diubah di peringkat menengah
lagi dengan memasukan mata pelajaran “Pengurusan krisis” supaya
generasi akan datang tahu dan bijak, bagaimana untuk mematikan setiap krisis yang datang
secepat mungkin.
Tentang pemimpin, teringat sebuah tulisan pernah dibaca;
seorang pemimpin yang baik, ibarat sebuah danau. Dia tak lasak seperti sungai
di gunung, tapi dalam. Dia tidak berada di puncak yang tinggi, tapi menampung.
Dia tahu bahawa sumbernya adalah air yang datang dari jauh di pendalaman;
sebuah telaga tak bermula dari air yang tergenang setelah kebetulan hujan.
Kerana itu, kepemimpin yang baik tak dinilai dari keberanian
bertindak. Kepimpinan yang baik terjadi ketika sesuatu tindakan maka tindakannya
dilakukan secara cermat dan berhemah .
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker