Sunday, January 25, 2009

Umat Prihatin





Oleh:Rossem

Sejak jam 7.00 petang, 23 Januari, Stadium Sultan Mohamad Ke-IX mula dibanjiri umat yang prihatin terhadap penderitaan rakyat Palestin yang menjadi mangsa pembunuhan kejam oleh tentera Zinois Israel selama 23 hari baru-baru ini. Dianggarkan kurang lebih 10 ribu warga Kota Bharu, bahkan dari lokasi yang lebih jauh seperti Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, Gua Musang datang untuk sama-sama menyertai Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, exco-exco dan seluruh kepimpinan negeri bermunajat memohon kepada Allah SWT agar memberi kesabaran dan seterusnnya memenangkan jihad umat Palestin terhadap Israel.

Seusai solat Maghrib di stadium, ribuan jamaah sama-sama mengalunkan zikir munajat diketuai ADUN Demit, Ustaz Haji Muhamad Mustafa, kemudian diikuti dengan solat hajat. Dalam teriak tangis itu para jamaah yang terdiri muslimin dan muslimat memohon kepada Allah SWT – agar diberi-Nya kemenangan, kesabaran dan istiqamah kepada umat Islam di seluruh dunia khususnnya umat Palestin dalam jihad mereka melawan Zioins Israel yang zalim lagi biadab.

Pada malam itu ditampilkan seorang wakil Palestin (Hamas), Najis Suris Al-Ghaza untuk berucap. “Kira-kira 1.5 juta rakyat Palestin di Gaza sedia mati syahid dan tidak sekali-kali akan mengangkat bendera putih biar pun diserang secara rakus rejim haram Yahudi” Kata beliau dengan penuh semangat. Laungan takbir pun bergema.

Para pejuang Hamas bersedia meneruskan jejak sebagaimana dialami al Syahid Sheikh Ahmad Yassin, Rentisi dan Said Siam, bekas menteri luar Hamas yang menjadi korban keganasan Israel. “Kami di Gaza yakin dengan janji Allah bahawa Allah SWT pasti memberi kemenangan kepada Islam dengan syarat umat menolong agamaNya”

Pidato pemimpin Hamas itu, walaupun melepasi jam 12.00 tengah malam, kerana ketibaan beliau terlewat, namun para jamaah tidak berganjak dari tempat duduk, terus mengikuti dengan penuh khusyuk melalui jurubahasa.

Selain itu, wakil-wakil dari parti Pakatan Rakyat, kaum juga turut berucap.
Majlis diakhiri dengan pelancaran Tabung Cakna Palestin bertujuan mengutip derma bagi membantu penderitaan rakyat Palestin di Gaza. Sumbangan terkumpul pada malam itu luar biasa- berjumlah RM1.4 juta. Rakyat Kelantan tanpa mengira warna kulit dan agama masing-masing menghulurkan sumbangan ikhlas.

Kerajaan negeri melalui Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Aiseri Alias menyumbang sebanyak RM500,000. Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, derma yang dikutip akan digunakan bagi membantu rakyat Palestin sama ada bantuan ubat, makanan atau apa sahaja keperluan lain.

Program dianjurkan Kerajaan Negeri Kelantan.

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete