Wednesday, January 14, 2009

Doa penting untuk kemenangan umat Palestin di Gaza

Oleh: Rossem

Nadwa menangis teresak-esak disisi ibunya yang terbaring kaku dengan bahagian badannya berlumuran darah, tiga orang abang dan kakak Nadwa juga terbaring kaku. Kanak-kanak itu baru berusia tiga tahun, belum dapat memahami, kenapa dan bagaimana malapetaka dahsyat ini menimpa diri dan keluarganya. Sementara di sudut-sudut lain bangunan yang tinggal puing itu berpuluh-puluh mayat bergelempangan, antaranya masih bernyawa. Suara mereka yang cedera, mengerang kesakitan sangat jelas kedengaran, tidak putus-putus menyebut nama Tuhan Yang Maha Besar- Allah Akbar.

Pagi itu Nadwa, ibunya dan dua saudaranya bersiap untuk meninggalkan pangsapuri di Gaza, bila secara tiba-tiba beberapa pesawat pejuang zionis Israel mengugurkan bom. Bom itu jatuh tepat di lokasi tempat Nadwa berada. Kanak-kanak itu kini menjadi yatim piatu, dua minggu sebelumnya, bapa Nadwa juga gugur sayhid, angkara bom yang digugurkan dari pesawat pejuang Israel, ketika hari pertama tentera rejim Yahudi itu melancarkan serangan ke atas Genting Gaza.

Banyak lagi kisah-kisah ngeri dan menyayat hati nurani dipaparkan lewat media massa, saban hari., sejak tentera Israel memulakan serangan 27 Disember lalu. Kanak-kanak yang terburai isi perutnya, ibu-ibu yang berlari sambil mendukung anak kecil, orang-orang tua yang keletihan dan mengalami luka-luka bersandar pada tembok bangunan yang tinggal puing, merupakan panorama yang dapat disaksikan di bumi Gaza kini.

Namun, menjadikan Gaza sebagai kilang penyembelihan massa seperti pernah berlaku di Bosnia suatu masa dulu mungkin tidak semudah yang disangka. Pejuang-pejuang Hamas telah menunjukkan keberanian luar biasa bila berdepan dengan tentera Isarel yang memiliki kelengkapan canggih termasuk tank. Kemaran tentera rejim sering saja mendapat tentangan hebat, sehingga terpaksa berundur.

Bahkan, jeneral-jeneral perang Israel terpaksa memberi alasan “Kami berundur kerana tidak mahu tentera kami tertembak sesama sendiri di lorong-lorong sempit Gaza City” Apakah alasan itu boleh diterima akal- mana mungkin sebuah tentera yang terlatih boleh tertembak sesama sendiri! Jawapannya pasti ada penembak-penembak yang kita tidak diketahui siapa. Ini merupakan kekuatan tersembunyi hasil dari doa yang kita mohon kepada Allah SWT Yang Maha Perkasa setiap malam atau setiap usai solat.

Hamas tidak akan mengaku kalah, bahkan bersumpah ia akan mencapai kemenangan “ Saya memberitahu kamu wahai zionis, bahawa selepas perang bodoh selama 17 hari (sehingga 15 Januari) ini, Gaza masih belum musnah dan tidak akan jatuh. Darah yang mengalir tidak akan tumpah dengan sia-sia kerana ia akan membawa kemenangan”

Selanjutnya, Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh mengingatkan “darah anak kecil yang syahid dalam konflik ini akan menjadi sumpahan yang akan menghantui Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush seumur hidup”.

Allah SWT telah menolong umat Islam Gaza dalam perlawanannya dengan rejim zalim Israel. Kemenangan itu sudah hampir. Satu khidmat pesanan ringkas (SMS) saya terima daripada seorang teman, Dr Khairuddin, intinya dipetik dari sebuah lama web al-Qassam “ Pergerakan Hamas dilaporkan berjaya membunuh dan mencederakan lebih 360 tentera Israel, termasuk tiga jeneral. Kereta tank mereka telah berundur dari Gaza City selepas Hamas berjaya menembak jatuh beberapa helikopter”

Selanjutnya teman sya itu menyeru “Tingkatkan doa dan munajat anda demi membantu warga Palestin “. Kita juga jangan lupa, berdoa untuk kemenangan jihad ini.

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete