Tuesday, January 13, 2009

Kuala Terengganu, Pilihan Raya Kecil dan keropok lekor Losong





Oleh: Rossem
Track berwarna biru tua mundar mandir di jalan-jalan raya Kuala Terengganu. Dua atau tiga buah dalam setiap konvoi. Kurang setengah jam berlalu, pasukan peronda lain pula akan melewati jalan tersebut. Di dalamnya lima atau enam petugas berunifom tampak siap siaga.
Pergerakan mereka agak luar biasa, semacam satu kerusuhan telah berlaku. Tapi kehidupan warga Kuala Terengganu tampak tidak berubah. Menjalankan tugas rutin setiap hari seperti biasa, bahkan dengan kehadiran anggota polis dalam jumlah yang ramai itu ada yang mendapat manfaat, terutama peniaga-peniaga. Restoran-restoran yang menghidangkan keropok lekur seperti di Losong sentiasa dipenuhi pelangan. Gadis-gadis Terengganu penjual keropok bagaikan keletihan mengukir senyum.
Bukan saja petugas polis, bahkan petugas-petugas parti yang datang dari luar Terengganu, membantu kempen parti masing-masing juga mengambil kesempatan dari masa terluang mereka, menikmati rasa keropok Losong yang terkenal kerana keenakanya.
Petugas-petugas Pas berbisik sesama sendiri; apakah itu restoran “orang kita”? Yang dimaksudkan “orang kita” ialah restoran dimiliki orang Pas, kerana sudah menjadi lumrah, orang Pas memilih kedai atau restoran di mana pemiliknya sama-sama seperjuangan. Begitu juga dengan Umno, mereka memilih restoran milik orang Umno.
Antara dua kelompok ini mudah dikenali, terdapat perbezaan ketara, terutama dari aspek penampilan diri, petugas Pas majoritinya memakai kopiah, tampak lemah lembut, lebih merakyat, sesuai dengan Islam yang diperjuangkannya. Manakala petugas Umno tampak egonis, memperagakan kemewahaan dan kebangsawanan, sesuai dengan parti itu, sebagai penguasa di negeri Terengganu, yang terkenal dengan kekayaan yang bersumber daripada hasil royalti minyak yang terdapat dari perut buminya.
Pertarungan antara Pas dengan Umno pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Terangganu lebih menjurus kepada pertarungan antara dua kelompok dalam masyarakat; iaitu rakyat marhain dan elit. Pendokong Pas termasuk calonya, Haji Mohamad Wahid Endut adalah golongan rakyat kelas kampungan dan menengah, sementara lawanya daripada Umno, Wan Ahmad Farid Wan Salleh adalah golongan elit.
Umum sudah mengetahui keelitan Wan Farid ini sebelum dipilih mewakili BN/Umno pada PRK ini. Sehingga dikalangan Umno sendiri mempertikaikan pemilihan tersebut. Terdapat suara-suara yang tidak senang dengan sikap Wan Farid sebelum ini yang dikatakan tidak mesra rakyat. Hal ini diperkatakan di mana-mana dikalangan Umno Terengganu sendiri, yang kemudiannya menjadi isu utama bagi kempen Pas.
Untuk menangkis serangan Pas, media-media massa, samada media cetak atau televisyen pro Umno menyiarkan saban hari aktiviti Wan Farid bermesra dengan rakyat. Melakukan kunjungan silaturahim ke rumah-rumah warga, beramah mesra dengan kanak-kanak dan orang tua, bahkan sempat bermain aji (dam) dengan penduduk.
Dalam hal ini, saya teringat salah seorang calon yang bertanding kerusi parlimen di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke 10 dulu. Dalam program kempen dari rumah ke rumah. Suatu petang, sang calon singgah di rumah salah seorang warga di desa itu, olehkerana saat itu masuk waktu Asar, lalu ia segera bersolat. Seusai solat ia bersembang sebentar dengan peghuni rumah, memberinya hadiah, kemudan beredar. Di rumah yang lain, ia mengerjakan solat Asar lagi, begitu seterusnnya. Entah berapa kali ia bersolat Asar petang itu tidak diketahui dengan tepat, tapi yang pasti lebih dari satu. Tujuannya agar dilihat orang, bakal wakil rakyat bagi kawasan parlimen ini agamanya kuat, justeru harus dipilih.
Berbalik kepada Kuala Terengganu. Apa yang dimuat dalam akhbar dan disiar di kaca televisyen tentang Wan Farid yang digambarkan sebagai mesra rakyat, itu cuma lakonan. Realitinya tidak begitu. Kata salah seorang warga yang ditemui. Menyedari itu agaknya, Presiden Umno, juga Perdana Menteri Malaysia yang akan bersara Mac ini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa turun berkempen di Kuala Terengganu menafikan: Wan Farid sosok yang sombong, kalau sombong masakan saya memilihnya bertanding mewakili BN.
Maknanya, benarlah sepertimana ungkapan umum sebelum ini mengatakan calon BN memiliki ciri-ciri elit atau kebangsawanan pada dirinya. Kalau tidak, masakan Abdullah menafikan. Sebuah lakaran kartun yang disebarkan di sana, dialognya kira-kira begini “ PM nafikan Wan Farid elit, samalah dengan cerita, Di sini tidak ada wang”. Walhal dalam lubang itulah Majnun menyimpan wang. Tujuan ia menulis dan meletakkan papan tanda di situ untuk mengabui mata pencuri semata-mata.
Bagi Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali, Pertarungan Pas-Umno pada PRK Kuala Terengganu ini ibarat pertarungan antara Hamas dengan Fatah di Palestin. Pas ( Hamas) memperjuangkan Islam manakala Umno (Fatah) memperjuangkan nasionalis Melayu.
Risalah, sepanduk, ceramah atau apa juga bahan kempen yang disebarkan di Kuala Terangganu sepanjang tempoh yang dibenarkan selama hampir dua minggu, sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi. Namun “pilihan sebenar” sudah diset dalam hati nurani setiap pengundi. Siapa calon terbaik. Parti mana yang benar-benar releven dengan mereka, semuanya sudah dalam perkiraan mereka.
Yang menimbulkan kemusykilan di kalangan petugas Pas, samada petugas lokal mahupun petugas luar. Mengapa kehadiran polis begitu ramai pada PRK Kuala Terengganu ini. Jumlahnya dikatakan mencerceh 6 ribu, amat luar biasa sekali. Yang berunifom dan premen ada di mana-mana, bercampur gaul dengan orangramai.
Namun jawapan seorang pegawai polis bila ditanya soalan itu: Katakanlah kami (Polis) ada kekuatan sejumlah 6 ribu, tapi kami bertugas dalam tiga sif, bermakna setiap sif cuma dua ribu anggota saja bertugas dalam satu masa. Selebihnya berihat sambil menunggu giliran berikutnya. Jadi hakikatnya tidak ramai.
Apapun, selama berada di Kuala Terengganu banyak kenangan manis yang tidak dapat dilupakan, terutama keropok losong yang terkenal enak, di makan dengan perceh lada, dihidangkan oleh gadis-gadis Terengganu yang cantik molek.

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete