Saturday, January 17, 2009

Penyu mula bertelor di Kuala Terengganu

Oleh: Rossem

Di sebuah rumah teres dua tingkat yang sederhana besar tapi agak mewah. Mempunyai ruang tetamu yang selesa di tingkat bawahnya, sebuah ruang dapur yang luas dan sebuah bilik kecil buat orang gaji. Tingkat atas dilengkapi tiga bilik tidur, tandas dan ruang keluarga bersantai. Satu daripada tiga bilik tidur itu digunakan sebagai bilik operasi. Sebuah peta berukuran besar terpampang pada dinding. Peta itu siap ditandai lokasi-lokasi tertentu yang berkaitan.

Rumah itu, samada bahagian luar mahupun dalam bebas dari poster parti. Hal ini sangat aneh; bagaimana sebuah markas parti langsung tidak dipasang poster atau sepanduk parti. Namun itulah realiti yang berlaku di sebuah markas Pas yang diberi tugas khusus di lokasi stratigek di bandar Kuala Terangganu, selama dua minggu berkempan, bagi memenangkan calon Parti Pakatan Rakyat dari Pas, Mohd Abdul Wahid Endut.

Empat malam saya tidur di situ bersama beberapa petugas yang dikirim khas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin bagi membantu jentera kempen Pas. Salah seorangnya mantan pegawai tentera, kami menyapanya sebagai Mejor. Kami membuat kerja masing-masing mengikut kepakaran masing-masing. Selain itu, ramai lagi yang datang membantu pada siang harinya, mereka adalah petuga-petugas lokal, terdiri pesara-pesara kerajaan dari pelbagai profesion.

Para petugas ini sangat menekuni bidang tugas masing-masing. Datang dan keluar, kemudian datang balik untuk merangka strategi guna memenangkan calon dari parti Islam, Mohd Abdul Wahid Endut. Sangat menyentuh nurani ialah para petugas ini melakukan kerja-kerja sukar dan mencabar secara sukarela. Tidak mengharapkan ganjaran material. Melakukannya demi perjuangan Islam, menegakkan keadilan, membantras kerupsi dan penyalahangunaan kuasa, di mana ketiga-tiga elemen itu semakin terhakis di bawah penguasa BN/Umno.

Suatu pagi, saat seorang diri di rumah, sementara teman-teman keluar bertugas, bunyi seseorang memberi salam dari luar rumah memecah suasana hening pagi. “Assalamualaikum”. Kalimah salam itu diulangnya beberapa kali. Saya membuka pintu, beberapa wanita berdiri di pintu pagar yang siap terbuka sambil melempar senyum.

“Saya petugas Parti Keadilan Rakyat (PKR)” Jawapnya ringkas, sambil
menghulurkan sekeping kertas –cara-cara memangkah undi. “Saya juga petugas parti” saya memberitahunya, ia tampak kaget sekali, kerana tiada satu lambang atau lencana parti pun ditampal di rumah itu, panorama ini berbeza sekali dengan pos parti di lokasi lain.
Muslimat PKR kemudiannya beralih kepada rumah lain yang masih belum dilawati di kawasan itu. Mengucap salam, membahagi risalah kepada pemilik rumah. Demikian tugas dijalankan selama ikut berkempen di parlimen Kuala Terangganu.

Melihat kerja keras dan keseriusan mereka menjalankan tugas, saya merasakan kemenangan pasti akan tiba jua. Bahkan situasi seperti ini, bukan berlaku di lokasi ini saja, acara silaturahim berjalan disemua tempat, dalam kawasan bandar, pinggir bandar, dalam Parlimen Kuala Terangganu.

Keringat yang mereka curahkan. Anak-anak kecil yang ditinggalkan di rumah, bahkan wang ringgit yang keluar dari saku sendiri rupanya tiada sia-sia, hasilnya berbaloi. Kemenangan berpihak kepada calon PR, Mohd Abdul Wahid Endut, dengan majoriti besar- 2,631. Wahid mendapat 32,883 undi, sementara Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN) mendapat 30,252 dan Azharudin Mamat (Bebas) 193 undi.

Kini penyu mula bertelor di Kuala Terangganu!

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete