Tuesday, August 2, 2011
Kelantan tempat selebriti mencurah perasaan
Oleh; Rossem
Sehari sebelum menjelang Ramadhan al mubarak, di Balai Islam, Kota Bharu, Kelantan, seorang selebriti terkenal Malaysia, Wardina Safiyyah melihat pentas Balai Islam yang dihias indah...terasa luar biasa acara untuknya kali ini berbanding yang pernah diadakan sebelumnya.
“Saya melangkah ke pentas hampir longlai..wajah pucat lesu.. minda tidak terfokus, namun saya amat teharu dengan kehadiran khalayak malam itu. Dewan penuh sesak. Tanpa wanita seksi, tanpa hebahan media.... Semuanya berhimpun atas dasar Iman dan kecintaan pada Islam...”
“Khalayak hadir dengan semangat mahukan sebuah perubahan yang hakiki pada seni hiburan. Mereka cuba memaknai hiburan yang sebenar-benarnya. Kerana anak-anak muda ini sudah terlalu lama dilalaikan dengan hiburan penuh kemaksiatan yang hanya meracuni minda mereka”
“Anak- anak muda itu mahu tahu erti 'hiburan' dari alim ulama'. Apa opini ulama’ terhadap hiburan yang menjadi gegilaan kelompok ini. Kemudian pilihlah yang sesuai dengan diri dan cuba memahami perspektif mereka yang mahukan sedikit hiburan dalam kehidupan , hiburan yang sama sekali tidak menjurus kepada kemaksiatan, yang masih dibatasi etika Islam”.
“Hiburan yang berkiblatkan Barat boleh dibungkuskan dengan koran lama... Ianya tidak "trendy" lagi. Islam itu senantiasa trendy...tiada surutnya, boleh disesuaikan pada apa saja waktu, masa dan ketika”. Ujar sang selebriti yang cantik menawan.
“Rakyat Kelantan …. anda cukup bertuah! Saya merasakan keikhlasan terpancar keluar dari setiap sudut baik dari penganjur (Tahniah YB Ustaz Ahmad Baihaqi Atikullah), ahli panel dan moderator, baik dari penonton juga kesemua krew yang bertugas..ianya tidak boleh dijualbeli. Ya.. mungkin ada yang tercabar dan cuba meniru yang seakan sama. Namun tanpa niat yang ikhlas...ianya tidak mungkin dapat meninggalkan kesan yang serupa”.
“ Terkilan juga tidak dapat mempamerkan persembahan 'istimewa' bersama Amna. Kami mahu mengaji bersama... antara surah kegemaran kami iaitu Surah Buruj dan Insyiqaq...Ya, antara hiburan kami antaranya ialah mengaji bersama. Ya ketenangan yang saya dapat daripada al Quran tidak dapat dirungkai dengan kata-kata. Itulah Hiburan Islam yang tiada tandingannya!”
Sangat terharu membaca komentar dan persepsi Wardina Safiyyah tentang Kelantan mengenai program “Bicara Selebriti Hai”. Selain Wardina turut menjayakan program itu ialah mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) dan bekas penyanyi rock terkenal Sham Kamikaze.
Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 32, artis sinetron, model dan pengacara (host) sudah lama mengenakan jilbab, adalah puteri kepada seorang penulis buku-buku Islam suatu masa dulu Fadlullah Wilmot, asal Australia, sementara ibunya Indonesia.
Lagi komentar tentang Kelantan dari seorang lagi panelis Bicara Selebriti Hai pada malam itu, Dr Mohd Asri Zainul Abidin “Ya, saya seorang rakyat biasa, yang kadang-kala terlibat mengulas isu-isu yang menjadi hak rakyat muslim merdeka untuk memperkatakannya. Cuma, saya juga mengulas banyak isu seni di sudut agama dan pemikiran serta menulis puisi dan lirik. Mungkin yang lebih ‘sikit’ pernah jadi Mufti Perlis. Ramai juga artis-artis glamour merupakan sahabat baik saya. Namun, agak ‘segan’ untuk duduk atas pentas atas nama selebriti. Apapun, saya kagum dengan kepimpinan Kerajaan Kelantan yang menampilkan kematangan mereka dalam mengadunkan isu-isu hiburan ini di negeri yang terkenal dengan banyak pusat pengajian agama."
Sementara pamelis Amim Idris pula berujaran “Di kala pelbagai pihak dari serata negara berlumba-lumba menyuap minda masyarakat dengan hiburan berkiblatkan Barat, Pemerintah Kelantan dengan berani mengadakan sebuah program hiburan alternatif kepada rakyat. Bukan soal untung kerana jualan tiket tetapi untung akhirat yang ditagih. Inilah hasil tarbiah Tok Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.
, “Inilah budaya rakyat Kelantan.” Kata Sham Kamikaze tersenyum kagum!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
اهدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
ReplyDeleteAlhamdullillah... syukur.. mtk2 byk lg public figure memasuki perjuangan Islam.
ReplyDelete