Oleh: Rossem
Di Kuala Lumpur dan sepanjang jalan ke Pantai Timur, sambil memandu saya menghitung. Setiap mobil yang melewati pandangan diamati; berapa jumlah mobil yang mengibarkan Jalur Gemilang, seperti disaran menteri. Natijahnya; setiap 15 kenderaan, hanya sebuah yang menyambut saranan itu. Angka itu turun mendadak di Kelantan, satu dalam nisbah 25 kenderaan.
Bermakna hanya kurang lebih 8 peratus saja pemilik kenderaan di Malaysia yang mengibarkan Jalur Gemilang sempena ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang kebetulan bersaman dengan tarikh umat Islam menyambut Aidifitri.
Di gedung-gedung perniagaan agak berbeza, namun di rumah-rumah persendirian amat kurang, nisbah satu dalam 40 buah rumah.
Pelbagai kempen sudah dijalankan. Penyampai radio dan televisi berbuih mulut meminta rakyat Malaysia membeli jalur gemilang dan kibarkan di mobil, rumah, gedung-gedung perniagaan masing-masing. Tujuannya untuk menanam semangat patriotisme dalam diri setiap rakyat Malaysia terutama generasi muda. Malangnya sejumlah kecil saja yang menyahut seruan itu.
Terdapat dikalangan kita, amat tak suka orang lain “mengajar” untuk berbuat sesuatu, sebaliknya mahu melakukannya sendiri dengan kerelaan hati. Namun majoritinya tak mahu mengibarkan Jalur Gemilang kerana mahu memprotes sikap pemerintah Barisan Nasional yang sombong, bongkak dan membelakangi kehendak rakyat (sepertimana yang dituntut oleh gerakan “Bersih” dan tuntutan royalty minyak rakyat Kelantan). Cara ini dianggap paling mudah lagi ekonomik untuk menyatakan ketidak puasan hati mereka kepada pemerintah BN.
. Selanjutnya tentang kemerdekaan. Tiada siapa sebenarnya menafikan peranan Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj sebagai bapa kemerdekaan Malaysia. Sejarah tetap mengarap nama besar itu, tapi disebalik Tunku dan teman-temannya, terdapat ramai lagi barisan para pejuang kemerdekaan yang berjuang lama sebelum Tunku atau sezaman dengan Alamarhum, tapi tidak ditulis dalam buku daftar para penuntut kemerdekaan atas sebab-sebab tertentu, antaranya kerana berbeda ideologi politik, walhal perjuangan menuntut kemerdekaan itu tidak pernah kenal sempadan politik. Justeru, seharusnya setiap kali perayaan ulangtahun kemerdekaan, nama-nama “lain” yang dipinggirkan, sewajarnya disebut, kerana peranan dan pengorbanan mereka kepada watan juga besar.
Berbalik kepada Jalur Gemilang. Sejarah memperkenalkan pengibaran bendera Malaysia di kenderaan awan, bermula sekitar tahun 1996, waktu itu sambutan rakyat di luar jangkaan hingga melebihi 50 peratus, ia berterusan hingga 1997, namun merosot secara mendadak pada 1998, ketika tsunami reformasi menerjah negara. Pemilik kenderaan mengutamakan bendera parti di kereta masing-masing, walaupun pada musim perayaan menyambut ulang tahun merdeka. Kemerosotan tersebut belum dapat dipulihkan sehingga hari ini.
Hakikatnya, patriotisme bukan dinilai daripada kibaran bendera semata-mata, atau lewat acara perayaan yang disemarakkan. Jiran Malaysia paling dekat, Thailand, tidak ada sambutan hari merdeka bagi negaranya, kerana negara Gajah Putih itu tidak pernah dijajah, namun patriotisme rakyatnya amat tinggi. Itu menunjukkan bahawa cintakan negara tidak perlu dihisteriakan dengan terikan dan laungan. Ia memiliki falasfahnya tersendiri.
Selain dari itu, umum melihat kempen memasang Jalur Gemilang, pelbagai poster, iklan dalam media massa dan billboard yang dihidangkan kepada rakyat hari ini, lebih menjurus kepada kempen mencintai parti pemerintah, bukan mencintai negara, justeru bila rakyat tidak menyahut saranan memasang bendera, jangan berkecil hati. Rakyat kini sangat arif; yang mana satu untuk negara dan yang mana satu untuk parti!
Jangan menilai ukuran patriotik dari kibaran jalur gemilang. Tapi lihat apakah sumbangan kepada negara. Adakah mereka penggemar rasuah, pembohong, menyeleweng duit rakyat,
ReplyDeleteApakah mereka memberi sumbangan berharga kepada negara?
Benar sekali. Tidak menyokong BN, tak semestinya tidak patriotik. Bahkan lebih patrotik dari mereka.
ReplyDelete