Thursday, August 4, 2011

Himpunan Anak Kelantan di Perantauan



Oleh: Rossem
Sehari sebelum kedatangan Ramadhan yang ditunggu-tunggu (30 Julai 2011) saya berada di Kuala Lumpur menghadari program Himpunan Anak-Anak Kelantan Di perantauan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, Selangor. Dalam situasi yang sangat silaturahim, tampak kecerian yang benar-benar pada wajah para perantau asal Kelantan bila dapat bertemu tokoh yang menjadi ikon mereka- Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Wakil-Wakil Rakyat serta kepimpinan lain yang ikut berkampung selama sehari suntuk di stadium.

Kemuncak acara ialah ucapan perasmian oleh Tok Guru seusai solat Asar. Ramai menunggu untuk mendengar amanat ulama yang menjadi sanjuangn mereka. Tok Guru juga sangat bersemangat pada petang itu. Inti ucapan antaranya memperkatakan betapa buruknya wajah sekularisme dari sudut pandangan Islam. Selanjutnya memperingatkan kita bahawa setia saat berdepan dengan “pilihan raya” (pemilu). Bangun saja daripada tidur kita harus memilih yang mana baik yang mana buruk, dan setiap orang pasti mahu memilih yang terbaik. Demikian juga pilihan raya, kita memilh parti mana yang terbaik daripada sejumlah parti yang bertanding.

Program selama sehari itu lebih tertumpu kepada kerja-kerja mendaftar warga Kelantan yang bermukim di Kuala Lumpur dan Selangor yang akan balik mengundi di kampung masing- masing di Kelantan pada PRU Ke 13 nanti. Pendaftaran dibuka mengikut kawasan mengundi masing-masing, meliputi 14 kawasan semuanya.

Selain itu diadakan perlawanan persabahatan sepak bola pada sebelah pagi dan persembahan dikir barat pada petang dan malamnya oleh pedikir tersohor yang di bawa dari Kelantan- Jen Endoro dan pedikir asal Kelantan dari Kuala Lumpur-Halim Yazid. Tetamu juga, pada petangnya, dijamu dengan nasi gulai (sapi) kawah, sejenis masakan terkenal Kelantan.

Biapun terdapat perlawanan sepak bola dan hiburan dikir barat, setiap program oleh pemerintah Kelantan pasti tak lari dari Islami. Solat berjamaah tidak ketinggalan setiap waktu solat. Senator Dato, Dr Johari Mat diundang memberi taskirah yang sangat bernas seusai solat Maghrib berjamaah dilantai stadium yang dibentang tikar.

Senator dan Rektor Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) itu mengupas tentang syahadah umat Islam “Laila hiillallah muhamadul rasullullah” dengan pendekatan yang mudah difahami tapi menarik. “Laillah hailllallah…. Tiada Tuhan (ilah) yang disembah kecuali Allah. Tiada peraturan atau undang-undang yang patut ditaati kecuali undang-undang Allah. Tiada kuasa yang boleh memudaratkan tubuh badan kita kecuali Allah. Tiada siapa yang seharusnya kita takuti kecuali Allah. Sesiapa yang berpegang kepada akidah yang mantap sesungguhnya ia tidak mudah diperdayakan sesiapa baik dari kalangan manusia atau syaitan.

No comments:

Post a Comment