Tuesday, June 19, 2018

Tentang pintu, tentang pemimpin dan tanah


Tentang pintu
Asal namanya  rumah mesti ada pintu.  Minimum dua pintu. Depan dan belakang. Tetamu masuk melalui pintu hadapan, tuan rumah boleh pilih mana pintu ia suka. Orang Melayu mengambil berat tentang pintu. Maghrib tutup pintu. Anak dara  jika mahu keluar rumah, sedang di hadapan ada tetamu,  keluar ikut pintu belakang.  Jika tetamu bertandang,  kopi, gula kehabisan, tuan rumah  perlahan-lahan keluar ikut pintu belakang, pergi  ke kedai  berhampiran beli kopi, gula. Sorok agar tidak  dilihat tetamu, air muka harus dipelihara. 

Seniman agung P. Ramlee (Allahyarham)  pernah bikin filem dengan judul pintu- Ahmad Al Bab (Ahmad Pintu). Anak kecilnya tak berhenti menangis, kemudian  berhenti menangis  bila datoknya menepuk daun pintu.  Sang sufi Nasarudin Hodja berpesan kepada isterinya tatakala  ia berpergian “ Selama aku tiada, jaga pintu baik-baik”.  Sebagai isteri yang taatkan suami, bila ke pasar pun dibawanya pintu bersama. “Wahai isteri Nasarudin, kenapa kau bawa pintu ke pasar?” tanya orang ramai yang kehairanan. “ Suamiku berpergian, diminta aku jaga pintu, ke mana sahaja aku pergi, pintu ini akan aku bawa”.
 Begitu juga dengan Islam. Ada banyak pintu, pintu siasah (politik), ekonomi dan sebagainya, tetapi seseorang yang  mahu masuk Islam tidak boleh melalui pintu yang disukainya. Ia mesti masuk melalui pintu tahuhid!.

Tentang sayangkan pemimpin

Apabila Julius Caesar dibunuh rakan karibnya Brutus. Orang bertanya Brutus “Kenapa berbuat demikian?”  Jawab Brutus “ Bukan aku tak sayangkan Caesar, tetapi aku lebih sayangkan Rom”.



TANAH
Ada orang beli tanah
Ada orang jual tanah
Ada orang tipu jual beli tanah
Ada orang tak ada tanah
Ada orang gadai tanah
Ada broker tanah
Ada pejabat tanah
Ada cukai tanah
Ada geran tanah
Ada orang marah  kerajaan  ambil tanah
Ada adek beradek berbalah  berebut tanah
Ada orang kata, mampus baham tanah
Semuanya akan berakhir dalam tanah.

3 comments: