Friday, June 22, 2018

Negeri Tak Lena Tidur


Tentang Negeri Tak Lena Tidur



Di Negeri Tak Lena Tidur, penduduknya tak tidur, di kedai kopi mereka bersembang sampai pagi tentang politik dan   negara. Tentang ekonomi walaupun bukan pakar ekonomi, tentang saham dan bursa walaupun istilah saham ditutup rendah pun mereka tak tahu, tentang janji 100 hari Pakatan Harapan, tentang petrol, harga ayam, daging, ikan dan sayur.  Ada bab-bab tertentu - menakutkan sehingga tak lena tidur.
  
Di Negeri Tak Lena Tidur, lahir ramai penulis-penulis  hebat.  facebook menampung karya mereka. Komentarnya mengalahkan wartawan Rauter atau Wall Strait Journel. Mereka tak tidur lantaran menulis facebook. Tabik kepada Bill Gate  yang mencipta pengisian komputer- bijak menyorok data, bayangkan kalau segala komentar, tulisan, gambar, imej  terkumpul menjadi  sampah. Pasti kerajaan Negeri Tak Lena Tidur terpaksa mewujudkan pula kementerian khusus tentang urusan sampah data komputer yang berlonggok di tepi jalan.  Sampah sisa-sia buangan pun tak mampu diurus dengan baik, ditambah pula dengan sampah data komputer, memang tak lena tidur dibuatnya.   
  
Di Negeri Tak Lena Tidur rakyat berkuasa. Bebas menulis apa sahaja. Fitnah, adu domba, provokosi perkara biasa. Rakyat bekerja sehingga tak tidur  mencari salah pemimpin. Hebat Negeri Tak Lena Tidur.  Amerika,  Perancis, Jerman  pun kalah. Trump geleng kepala?. 

 Di Negeri Tak Lena Tidur bukan bermakna rakaytnya langsung tak tidur. Tidurnya diganti pada siang hari. Boleh tidur di pejabat, di bahagian  terlindung bilik mesyuarat atau setor. Ada juga yang tidur ketika memandu kereta.  Terlelap dua saat pun sudah cukup. 

Fenomena tak lena tidur ini berpunca daripada  pemimpin lama kerajaan Tak Lena Tidur. Ada ubat tak lena tidur  dimusnahkan, kilangnya ditutup.  Akta Keselamatan Dalam Negeri  ( ISA)   adalah ubat paling mujrab untuk penyakit tak lena tidur. Najib yang menutup kilang itu setelah beroperasi sejak merdeka.  Akibatnya,  beliau sekarang  tak lena tidur.

Kepada kerajaan baru Negeri Tak Lena Tidur , rakyat Negeri Tak Lena Tidur menyarankan, agar kilang itu dibuka semula. Setelah beroperasi nanti  tangkaplah sesiapa yang didapati tak lena tidur tegar, ikat kaki tangan, sumbat pil (ubat)  itu dalam mulutnya setiap hari selama 2 tahun atau lebih.  Yang lain pun nescaya akan lena tidur. Negeri Tak Lena Tidur pun  kembali aman damai- semua rakyat boleh nyenyak  tidur seoerti tetangga kita bahagian selatan.








No comments:

Post a Comment