Friday, June 22, 2018

Bola sepak, pintu dan pemimpin



Oleh: Rossem
Musim bola sepak piala dunia  bermula.  RTM membelanjakan RM30 juta  untuk menayangkan  siri perlawanan sukan berprestej itu dari gelanggannya di Moscow, Russia. Sudah dimaklumkan  RM30 juta itu bukan wang kerajaan tetapi tajaan.  

Indonesia menyebutnya sepak bola, Malaysia bola sepak.  Tak kiralah telor ayam atau ayam telor,  kereta api atau api kereta, realitinya bolasepak  permainan paling diminati di planet bumi tak kira siapa, orang berkulit putih, hitam, sawa matang, kuning langsat, berkain sarung, jubah, kimono dan seluar  patlun. 

Membaca menolog penulis terkenal Indonesia, Putu Wijaya  (Harizon 2016), suatu hari  (kononnya) beliau diundang memberi ceramah motivasi kepada sekumpulan orang-orang gila di hospital  Psychiatri (mental) di kota. Dalam dewan yang dipenuhi  ratusan orang gila itu, Putuwijaya memulakan ucapan “ Hari ini saya hendak beritahu anda semua yang berada  dalam dewan ini  bahawa sebenarnya anda tidak gila. Yang gilanya orang  di luar sana”.  Mendengar itu, orang-orang gila bertepuk tangan- gembira!   Lalu Putuwijya melanjutkan ceramah dengan memberi  contoh mudah -  permainan bola sepak dengan  22 pemain berkejaran berebut bola yang satu. Kalau bukan gila, itu apa?  Setiap kali bola ditendang ke gawang lawan,  ribuan penonton yang memenuhi stadium bertempik, bersorak.  Kalau bukan  gila, itu apa?  Orang-orang gila terus ketawa.  “Rupanya kita tak gila, yang di luar hospital itu gila”. Berbisik  salah seorang gila yang duduk di kerusi hadapan kepada sahabat gilanya. 

Jauh dari Moscow, di Malaysia, bola sekarang  di kaki Tun Dr Mahathir Mohamad!


 Tentang pintu
 
Asal namanya  rumah mesti ada pintu.  Minimum dua pintu. Depan dan belakang. Tetamu masuk melalui pintu hadapan, tuan rumah boleh pilih mana pintu ia suka. Orang Melayu mengambil berat tentang pintu. Maghrib tutup pintu. Anak dara  jika mahu keluar rumah, sedang di hadapan ada tetamu,  keluar guna  pintu belakang.  Jika tetamu bertandang,  kopi, gula kehabisan, tuan rumah  perlahan-lahan keluar ikut pintu belakang atau pintu dapur pergi  ke kedai  berhampiran beli kopi, gula. Sorok agar tidak  dilihat tetamu.  Air muka harus dipelihara. Itu budaya Melayu.  Hebat!
Seniman agung P. Ramlee (Allahyarham)  pernah bikin filem dengan judul pintu- Ahmad Al Bab (Ahmad Pintu). Bayinya menangis tak berhenti,  bawa jumpa doktor dan dukun , namun  gagal memberhentikan tangisan, kemudian  datoknya (AR Tompel)  menepuk-menepuk  daun pintu,  tangisan pun reda. 

 Sang sufi Nasarudin Hodja berpesan kepada isterinya tatakala  ia berpergian “ Selama aku tiada, jaga pintu baik-baik”.  Sebagai isteri yang taatkan suami, bila ke pasar pun dibawanya pintu bersama. “Wahai isteri Nasarudin, kenapa kau bawa pintu ke pasar, bukankah itu menyusahkan kamu?” tanya orang ramai kehairanan. “ Suamiku berpergian, berpesan, diminta aku jaga pintu, ke mana sahaja aku pergi, pintu ini akan aku bawa”. 

Sufi terkenal, Hamzah Fansuri mencari Tuhan di pintu kabaah, tak jumpa. Akhirnya jumpa Tuhan di pintu rumah. Yang bersalah, sejuk kaki tangan bila pintu siasatan dibuka, lebih sejuk lagi takala  memasuki pintu mahkamah seterusnya pintu penjara. 

“Ya Allah, bukalah pintu taubat untukku, bukalah pintu rezeki untukku,  tutuplah pintu neraka bagiku” Dalam doa juga menyebut pintu. Remaja bercinta juga  menyebut pintu “ pintu hatiku terbuka lebar untuk kau masuki”. Di dunia yang fana ini, pintu terakhir bagi makhluk bernama manusia ialah pintu kubur. 

 Islam juga ada   banyak pintu.  Siasah (politik) juga pintu.  Ramai orang memasuki  melalui pintu ini.  Tetapi Islam melarang   seseorang memasuki  pintu sesuka hatinya.  Ia mesti masuk melalui pintu tahuhid!.

Tentang sayangkan pemimpin

Apabila Julius Caesar dibunuh rakan karibnya Brutus. Orang bertanya Brutus “Kenapa berbuat demikian?”  Jawab Brutus “ Bukan aku tak sayangkan Caesar, tetapi aku lebih sayangkan Rom”.





No comments:

Post a Comment