Tuesday, April 5, 2011

Kita hanya menuntut hak


Mewujudkan sebuah negara Islam bukan hanya impian semata-mata tapi suatu kewajiban yang harus dipukul setiap individu Muslim untuk melaksanankanya sedaya upaya mungkin.

Dalam konteks Malaysia, kita hanya sekadar meminta hak kita dilaksanakan di negara ini dan tidak pernah menuntut lebih dari itu. Apalagi mahu memaksakannya ke atas non-Muslim.

Kita hanya mahu undang-undang Islam kembali dipraktikkan sepertimana pernah dilaksanakan pada zaman dulu, saat empire Islam berkuasa di rantau ini sebelum kedatangan penjajah Portugis di Melaka Ogos 1511.

Armada laut Portugis dari Goa yang dipimpin seorang paderi, Alfonso d’Albuqerque menaluki Melaka bukan mahu melebarkan jaringan perdagangan semata-mata, tapi disebabkan dendam kesumat mereka ke atas umat Islam selepas perang salib. Dengan kejayaan menaluki Melaka sekuarang-kurang mereka berjaya melemahkan moral umat Islam rantau ini. Namun demikian mereka gagal menjalankan misi penyebaran Kristian kerana agama itu ternyata tidak diterima umat Islam Melaka yang teguh akidahnya.

Perjanjian Pangkor tanggal 20 Januari 1874, antara gabenur negeri-negeri selat, Sir Anderw Clarke di pihak Inggeris dengan raja di Hilir Perak, Raja Muda Abdullah bermulalah detik hitam bagi umat Islam di Malaysia. Inggeris telah memperkenalkan agama baru iaitu sekularisme.

Sejak itu pemisahan antara agama dengan politik pun bermula. Islam diurustadbir oleh raja-raja Melayu, manakala pentadbiran negara oleh Inggeris. Islam hanya terbatas kepada ibadat ritual, nikah kahwin, harta pesaka (faraid) dan adat isiadat Melayu, sementara urusan pemerintahan negara dikendalikan Inggeris dengan menggunapakai sistem Barat. Sistem itu kekal sehingga hari ini padahal penjajah sudah lama pergi.

Gerakan Islam yang berjuang menuntut kemerdekaan seperti Hisbul Muslimim yang dipimpin Ustaz Abu Bakar al-Baqir (Asal Jawa), akhirnya disisihkan oleh anak-anak didik Inggeris yang juga sama-sama menuntut kemerdekaan. Ternyata kelompok anak didik Inggeris yang dipimpin Tunku Abdul Rahman Putera (UMNO) sangat disenangi tuannya, sehingga melalui mereka, Malaysia akhirnya memperolehi kemerdekaan.

Sementara nasib pemimpin-pemimpin gerakan Islam terus merudum dengan sebahgiannya ditangkap, seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Ustaz Abd. Rabb al-Tamimi, Ustaz Abdul Rauf Nor.

(Intisari ucapan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Taknologi Maklumat, Sains dan Teknologi, YB Dr Mohamed Fadzli Dato’ Hassan di majlis perasmian pertemuan dengan bloggers, 2 April 2011, di hotel De Palma, Kuala Lumpur)

Friday, March 25, 2011

Negara seribu fitnah


Oleh: Rossem
Saya tidak menduga, bahkan tidak terfikir, satu lagi najis tersimbah ke muka orang Melayu dan umat Islam di Malaysia sesudah kes liwat siri pertama (1998) dan siri kedua (2010) dipertuduhkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Justeru saat saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) tanggal 23 Mac lalu, hati saya lebih menyakini ia sebuah pesan untuk gurauan saja. Namun sebaliknya , ia mengemparkan negara dan mencuring arang ke muka umat Islam.

Sms itu dikirim seseorang yang tidak kenali kerana nombor hpnya tidak saya setkan dalam hp seperti kelaziman dilakukan terhadap seorang sahabat. Sms itu berbunyi “Video 30 minit rakaman 21 Februari 2011 antara DSAI dengan seorang perempuan China dipercayai pelacur di satu Spa di KL dipertontonkan jam 11 pagi tadi. Salam 1 Malaysia”. Nombor pengirim 019 386XXX. Pertama terdetik di hati saya sesudah membaca sms itu ialah; ini satu lagi konspirasi dilemparkan ke atas Anwar selain kes liwat. Justeru saya menjawab ringkas “Maaf saya tak minat vcd seperti itu, kalau vcd Hikayat Merong Mahawangsa mahu juga”.

Tiada respons lagi selepas itu.

Beberapa jam kemudian gempar; sebuah filem porno, kononnya dilakonkan seorang pemimpin parti oposisi, ditayangkan di Hotel Seri Carcosa untuk tontonan wakil-wakil media dengan kawalan ketat dan melalui produser tertentu dengan tidak mengizinkan kamera, handphone, pen dan kertas dibawa masuk.

Bagaimana filem porno yang menurut undang-undang Malaysia, menjadi kesalahan sehingga maksimum tiga tahun penjara bagi sesiapa memiliki, apalagi mempertontonkan kepada khalayak tiba-tiba dipertontonkan tanpa dikenakan tindakan.

Terfikir saya, baru-baru ini hampir separuh pemilik kenderaan di Malaysia didapati bersalah kerana pernah melakukan kesalahan lalulintas dan dikenakan saman ekor oleh pihak polis. Lalu kita pun diburu rasa takut yang ketara kerana jika tdak melunaskan samannya akan disenaraihitamkan, maka tertutuplah peluang untuk membaharui lesen memandu serta cukai jalan, bahkan diugut, kesalahan seperti itu boleh ditangkap tanpa waran.

Maklum, orang kecil, kita pun dilanda ketakutan. Yang tidak punya wang terpaksa bergadai bergolak untuk membayar saman yang bukan sedikit jumlahnya. Satu saman RM300, setelah ditolak diskaun 50 persen tinggal RM150. Kalau dua saman RM300 dan seterusnya.

Maklum, orang miskin, hidup diburu gelisah. Pendapatan bulanan bagi kakitangan kerajaan kurang dari RM1,500, pekerja kilang, peniaga-peniaga kecil di bazaar-bazar, penjual goreng pisang dan air jambu di pinggir-pinggir jalan yang terlibat semua bergegas membayar saman ekor di saat-saat akhir kerana khuatir di tangkap. Sedang pemimpin-pemimpin politik UMNO, tokoh koporat yang bernaung di bawah dagu BN boleh lakukan sesuka hati, bahkan mempertontonkan video lucah di Sri Carcosa pun boleh, tidak dihalang, apa lagi ditangkap.

Benarlah seperti kata Pluto “Rakyat yang kacau itu lahir dari pemimpin yang kacau” Masyarakat Malaysia sememangnya sudah lama kacau pemikirannya, fitnah, dendam, adu domba, korupsi menjadi hal biasa, olehkerana terbiasa sehingga bagi siperlaku tidak sedikit pun merasa bersalah atau berdosa di atas perbuatannya. Malangnya semua perbuatan keji itu dimulai dari atas, oleh para pemimpin politik.

Mereka menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina dengan seorang pelacur, walhal itu merupakan fitnah. Kerana dalam Islam tuduhan zina itu bersyarat yakni ada empat orang saksi yang melihat sendiri perbuatan itu. Jika gagal memenuhi syarat, penuduh boleh dijatuhkan hukuman qazaf.

Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya. Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah menjadi trend dikalangan politikus negara ini untuk membunuh karier politik individu tertentu.

Firman Allah (maksudnya): "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: Ayat 4).

Nabi SAW sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar.

Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:

"Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu 'Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu. Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) Dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sajakah? Jawab Nabi SAW: Bahkan untuk manusia keseluruhannya."

“Rakaman video bagi kes maksiat peribadi tidak boleh dijadikan asas bukti. Bagi kes zina hendaklah dengan empat orang saksi. Tiada keperluan untuk pencarian bukti sampingan. Itu soal dosa insan dengan Allah bukan dengan orang lain. Jika ia terlepas, mahkamah Allah di mahsyar tetap ada, atau mungkin dia bertaubat. Tiada pihak yang rugi atau untung melainkan dirinya sendiri” Demikian pendapat mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin dalam sebuah tulisannya.

Teringat sebuah tulisan karangan Dr Aqharid Jamal; Umat adalah apa yang tersisa dari moralnya. Jika moralnya hilang, maka mereka juga akan hancur.

Friday, March 18, 2011

Thesis tentang kartun editorial

Sosok itu telah meninggalkan sebuah pesan dalam facebook. “Kepada Saudara Rossem, saya Fazlina Radzi, pelajar UiTM Petaling Jaya, Pelajar Sarjana Sejarah Seni & Pengurusan Kebudayaan, no pelajar 2009769385.....Untuk pengetahuan saudara saya kini dalam proses menyiapkan thesis yang berkaitan dengan kartun editorial. Adalah amat besarnya hati saya untuk mendapatkan persetujuan saudara untuk sebuah wawancara terkait dengan penglibatan saudara dalam bidang kartun editorial di Malaysia secara khusus.... Kerjasama pihak saudara amat saya hargai.....”

Saya tidak kenal siapa sosok itu. Tidak pernah berkumanikasi lewat apapun sebelum ini. Sehingga tiba-tiba meninggalkan pesan lewat fb mahu wawancara saya terkait kartun editorial.

Mulanya saya cuma menagggap gurauan, maklun, fb tidak selalunya benar dan tidak menyakinkan. Namun kurang lebih sebulan selepas itu, Fazlina sekali lagi menulis pesan di fb menyatakan mahu menulis thesis tentang saya justeru mahu bikin temujanji.

“Ini bukan gurauan …” kataku. Fazlina memang benar-benar mahu menulis thesis tentang penglibatan saya dalam katun editorial, untuk melengkapkan kesarjanaannya dalam bidang sejarah seni dan pengurusan kebudayaan, seperti pernah rakannya dari UiTM lakukan tahun lalu. Mereka datang ke galeri kartun di Peringat, Kota Bharu, Kelantan untuk sesi wawancara.

Menurut pelajar itu, maklumat seputar saya diperolehi lewat Zunar. Kartunis terkenal itu memberinya nombor telefon seterusnya memberitahu tempat kediaman saya yang pastinya sangat jauh dari tempat tinggal Fazlina dari Banting, Selangor, sedang saya di Kota Bharu, Kelantan.

Lantas saya meminta ia datang saja ke kantor tempat saya bekerja. Ia bersetuju. Makanya hari Khamis, jam 10 pagi, tanggal 17 Mac 2011 sang pelajar comel itu tiba di kantor saya di kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu. Katanya, menaiki pesawat udara sore kelmarin dan tadi malam menumpang tidur di rumah pamannya di Pasir Mas.

Wawancara tidak lama, sekitar satu jam, dalam situasi santai. Alhamdulillah. Semoga Fazlina diberkati Allah SWT dan sukses dalam pebelanjaran. Amim.

Sunday, March 13, 2011

Ombak Tsunami dan Tsunami Politik


Oleh: Rossem

Kehidupan santai di Jepun diragut secara tiba-tiba. Kawasan pesisir pantai wilayah Miyagi dilibas tsunami paling dahsyat dalam tempoh 140 tahun. Warga setempat panik dan terkejut. Yang selamat melarikan diri ke tempat selamat dengan meninggalkan lebih 2000 ribu korban jiwa dengan kerosakan harta benda yang parah. Sementara mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan dipercayai masih ramai dan belum dikira.

Tsunami yang berukuran 8.9 skala richter dengan ketinggian ombak 10 meter itu tidak dapat diramal kedatangannya walhal negara matahari terbit itu punya teknologi pengesan tsunami tercanggih.

Tujuh tahun dulu (2004), tsunami yang sama menerjah pantai Acheh, Indonesia dengan ukuran 9.1 skala richter. Menelan korban lebih besar sehingga kurang lebih 200 ribu jiwa mati. Rumah dan bangunan runtuh beratakan. Kota pesisir pantai itu jadi padang jarak padang tekukur. Bencana di Acheh juga di luar ramalan manusia.

Semuanya berlaku atas kehendak Allah SWT. Bila Allah SWT mahu sesuatu itu berlaku, tiada siapa dapat menahannya. Pastinya ada hikmah disebalik musibah itu.

Perkataan tsunami asalnya dari bahasa Jepun, namun kepopularannya sehingga ke seluruh dunia. Bila berlaku letupan gunung berapi dasar laut yang membentuk ombak besar maka tsunamilah nama paling tepat dan sinonim serta mudah digambarkan dalam benak bahawa tragedi itu kekuatannya seakan -akan mini kiamat. Sangat ditakuti.

Namun di Malaysia ada dua istilah tsunami yang sering digunapakai bahkan menjadi popular. Selain tsunami ombak akibat dari letusan gunung berapi dasar laut seperti berlaku di Jepun dan Acheh, satu lagi ialah tsunami politik. Politikus menggunakan istilah ini saat menulis atau berbicara di depan umum merujuk kepada berlakunya kejutan politik berdasarkan keputusan pilihan raya umum yang memenangkan sesebuah parti yang bertanding dengan cara mendadak dan tidak diduga.

Sejarah yang pernah dicatat, selepas tsunami ombak seringnya diikuti dengan tsunami politik, kalau tidak di negara berkenaan, di negara yang paling hampir dengan lokasi tsunami berlaku. Maklum, kesan tsunami itu sehingga ribuan batu jauhnya.

Contohnya, tiga tahun setelah tsunami Acheh, tsunami politik berlaku di Malaysia. Pada Pilihan Raya Umum ke -12 (2008) parti-parti gabungan Pakatan Rakyat (PR) menang besar. Dapat membentuk kerajaan di lima buah negeri, Pulau Pinang, Kedah, Perak, selain mengekalkan Kelantan serta berjaya merebut banyak kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumur.

Tsunami politik juga sama dengan tsunami ombak, yakni tidak dapat diramalkan sebelumnya oleh mana-mana pihak, sama ada BN atau PR, hatta BN menggunakan kepakaran Cawangan Khas (SB), interligen tentera dan pengintip parti sekalipun. BN tidak menduga parti mereka dipukul teruk oleh lawanya, PR juga tidak menduga akan menang besar. Sehingga wakil rakyat PR antaranya digelar sebagai wakil rakyat tsunami.

Selepas tsunami ombak di Jepun tanggal 10 Mac 2011, kemungkinan satu lagi tsunami politik akan berlaku di Malaysia. Kalau tepat seperti perkiraan itu, parti manakah yang bakal dilanda tsunami pada PRU ke 13 yang dijangka berlangsung tahun ini. Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional?

Mesin perang kempen berputar seperti tidak pernah istirahat. Sekarang semakin laju. Olehkerana media massa arus perdana, sama ada media cetak atau media elektronik milik BN maka yang tampak di mata umum hanya BN yang berkempen. Sementara PR yang lebih mengharapkan ceramah umum untuk menyampaikan pesan-pesan tertentu kepada pengundi tidak dapat melakukannya disebabkan permit ceramah dibekukan oleh pihak polis.

Akhbar berbahasa Melayu dan Mandarin milik BN melancarkan serangan hebat ke atas Pakatan Rakyat dari dua penjuru bertujuan untuk mengelirukan rakyat seterusnya membenci PR. Akhbar berbahasa Cina mengatakan “DAP telah menjadi kuda tunggangan PAS” sementara akhbar berbahasa Melayu pula mengatakan “PAS menjadi kuda tunggangan DAP” Tujuannya tiada lain untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu agar tidak mengundi PR.

Namun pengundi sekarang sudah masak dengan permainan seperti ini, terutama pengundi muda Cina. Walaupun PR di calarkan imegnya saban hari dengan pelbagai isu yang diciptakan namun peningkatan sokongan kepada PR tidak berkurang. Hanya dikalangan golongan muda Melayu masih tidak memberangsangkan.

Pilihan Raya Umum ke 13 ini diramalkan paling hebat dalam sejarah pilihan raya di Malaysia. Kalau UMNO mengalami kemerosotan undi pada kali ini bererti harapan parti itu untuk bangkit semula sangat tipis. Sesuai dengan usianya yang sudah “warga emas” parti itu hakikatnya sudah kehilangan banyak energi dan stamina, atau dengan kata lain, sudah tidak releven lagi dengan zaman.

Makanya inilah cabaran besar yang terpaksa dihadapi oleh Datuk Seri Najib pada pilihan raya pertama setelah ia menerajui kepimpinan UMNO dan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kekhuatiran itu sehingga ia menyebut; akan mempertahankan Petrajaya dengan apa cara sekalipun. Maklum, Pakatan Rakyat hanya memerlukan peningkatan 7 peratus saja untuk menawan Putrajaya.

Tsunami politik juga melanda negara-negara Arab. Rakyat Tunisia, Mesir, Libya melakukan demonstrasi besar-besaran meminta pemimpin mereka turun tahkta. Ben Ali dari Tunisa lari membawa bersama jongkong emas ke luar negara, menyusul kemudian Hosni Mubarak, sementara si degil dari Libya, Muammar Gaddafi masih bertahan dalam negeri.

Apa yang berlaku kepada diktator Arab itu semuanya di luar ramalan akal mereka. Seperti juga tsunami yang melanda Jepun, pun di luar jangkaan mereka. tsunami. Bila Allah SWT mahu sesuatu kejutan berlaku tahun ini, maka tiada siapa dapat mengubahnya.

Sunday, February 27, 2011

Wujudkan kerjasama Indonesia-Malaysia dalam membanteras ajaran sesat

Oleh: Rossem
Ajaran sesat pertama dikesan di Malaysia ialah ajaran Taslim yang disebarkan di Desa Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada penghujung abad ke-19. Ketika penulis berkunjung ke desa tersebut lama dulu, ajaran ini sudah tidak lagi mengembang kepada masyarakat, hanya dipraktikkan sesama kelompoknya saja. Tapak masjid kepunyaan pengasas ajaran Taslim itu sudah lama diambilalih oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan di atas tanah itu dibangunkan masjid baru yang bebas dari pengaruh mereka. Namun di belakang masjid baru itu masih dibiarkan kekal sebuah masjid (musolla) tua di perbuat daripada kayu. Menurut jamaah masjid di situ; itulah masjid asal yang dibangunkan pengasas ajaran Taslim pada awal 1990an.

Penulis sangat berkeyakinan, bahawa ajaran taslim hanya dianut kelompok mereka saja kerana ketua (Imam) ajaran itu, yakni seorang bisnisman terkenal mengirim karyawannya yang terpilih, sesorang setiap tahun menunaikan haji di Mekah.

Ajaran-ajaran lain yang digazetkan sebagai sesat oleh pemerintah Malaysia ialah ajaran Anti-Hadis, ajaran Haji Ghazali, ajaran Haji Kahar, ajaran Hakikat Insan/Tajalli, ajaran Martabat Tujuh/Wahdatul Wujud, Ahmadiah Qadiani, ajaran Al-Mas/Tarikul Islam, ajaran Taslim, ajaran Aurad Ismaliyyah, ajaran Naqsyabandiyyah Kadirun Yahya, ajaran Samaniah Ibrahim Bonjol, ajaran Ratib Kuat Ayah Pin, ajaran Rahim, ajaran Hasan Anak Rimau dan beberapa nama lagi yang muncul silih berganti.

Sebagiannya kini sudah tidak aktif lagi. Namun sebahagiannya masih menjalankan aktivitas dan menyebarkan fahaman sesatnya kepada masyarakat.

Ajaran yang dibawa mereka tidak saja menyimpang dengan Islam, tapi telah merosakkan akidah para pengikutnya dengan membuat dakwaan yang sangat bertentangan dengan al-Quran dan al-Hadis.

Misalnya ajaran Ayah Pin, mengamalkan pemujaan kepada ketua kelompok mereka yang mendakwa belajar di langit, sering naik ke langit untuk bermesyuarat dengan kabinet kerajaan langit. Pengikut Ayah Pin terdapat seluruh negara dan dari pelbagai katogeri masyarakat bahkan golongan professional dan mereka yang berpendidikan agama.

Kelompok Ayah Pin sebelum dimusnahkan perkampungan mereka oleh pemerintah Malaysia, bermarkas di Besut, negeri bagian Terengganu. Pengikutnya di tangkap dan diminta bertaubat, sementara ketua ajaran sesat yang kemiripan Hindu itu ketika berkunjung ke Bali, Indonesia, disambut besar-besaran dengan di diarak dari pura ke pura dalam sebuah upacara keagamaan Hindu. Kini ketuanya yang akrab dengan nama Ayah Pin telah kabur ke Thailand.

Di Selangor muncul Haji Kahar Ahmad yang mengaku dirinya rasul Melayu dan sesiapa yang mengikutinya akan masuk syurga. Juga sudah ditangkap dan dibawa ke pengadilan agama. Di Desa Nahkoda, Batu Caves, juga dalam Selangor, menjadi pusat ajaran Ahmadiyah Qadiani. Ajaran ini telah lama digazetkan oleh pemerintah Malaysia sebagai bukan Islam. Oleh pemerintah Malaysia (Selangor) telah memasang sign board bertulis “Qadiani Bukan Islam” di pintu masuk perdesaan mereka, agar publik tidak keliru, kerana wajah pengikut Qadiani dengan orang Islam hampir kemiripan.

Satu lagi kelompok ajaran sesat yang terkenal di Malaysia dan Indonesia suatu ketika dulu ialah Arqam. Ajaran ini sudah tidak berani menjalankan aktivitasnya sejak di gazetkan sebagai ajaran sesat. Ketuanya Ashari Muhamad di bawa ke pengadilan agama dan di jatuhkan hukuman tahanan rumah di Sabah. Kini sudah meninggal dunia. Namun ada usaha dari pengikutnya untuk kembali menjalankan ativitas dengan menggunakan platform baru – Rufaqa.

Barangkali berbeda dengan Indonesia, Islam di Malaysia diletakkan di bawah pentadbiran pemerintah negeri-negeri bagian. Setiap ajaran sesat yang muncul di negeri-negeri bagian, justeru tugas membanteraskan adalah tanggungjawab pemerintah negeri masing-masing, kerana setiap negeri ada panetia majlis fatwanya sendiri. Panetia ini berfungsi sebagai pemutus hukum kepada setiap ajaran yang menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Kecuali sekiranya ajaran itu penyebarannya sudah menyeluruh ke seluruh negara, baru Majlis Fatwa Kebangsaan mengambilalih peran pemutus hukum seperti dilakukan terhadap ajaran Ahmadiyah Qaidiani.

Seharusnya dalam soal membanteras ajaran sesat seperti ini, harus ada kerjasamasa antara pemerintah Indonesia-Malaysia (Bahagian agama), saling bertukar pandangan, informasi dan maklumat, bertujuan demi untuk menyelamatkan akidah umat Islam keseluruhannya, kerana seperti yang diketahui penyebaran ajaran sesat ini ada hubungkaitnya dengan dua negara yang memiliki bahasa pertuturan yang sama dan budaya yang sama.

Wednesday, February 23, 2011

20 Tahun Menguak Gelombang



Judul buku : 20 Tahun Menguak Gelombang
Pengarang : Rossem
Penerbit : SAR Publications & Distribution, Batu Caves, Kuala Lumpur.
Harga :RM19.00

Selama ini umum mengenali penulis buku 20 Tahun Menguak Gelombang sebagai seorang kartunis. Kartun-kartun beliau yang keseluruhannya bertemakan politik boleh dilihat di akhbar Harakah setiap keluaran. Beliau terjun dalam bidang kartun lebih 40 tahun dengan hampir semua akhbar terkemuka di Malayisa pernah memuatkan kartun lakaran beliau.

Namun kali ini, bukan buku kartun dipersembahkan pada khalayak pembaca, sebaliknya himpunan tulisan beliau yang pernah dimuatkan dalam akhbar tempatan tapi masih releven dengan kondisi semasa khususnya senario politik di Kelantan.

Buku ini memuatkan lebih 35 rencana politik yang masih segar bermula sejak kepimpinan Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat mentadbir negeri Kelantan selama lebih 20 tahun. Bagaimana Tuan Guru merealisasikan sebuah pentadbiran dengan dasar Membangun Bersama Islam sehingga dikagumi ramai termasuk dari luar negara. Dan bagaimana Tuan Guru selaku Menteri Besar dengan kebijaksanaannya yang luar biasa berjaya mentadbir begitu lama, walhal musuh-musuh politik PAS berkerja siang malam untuk menggagalkannya.

Yang diungkapkan pengarang lewat buku ini ternyata sangat tajam, sebagaimana juga kartun yang beliau hasilkan- sarat dengan sinis!

Saturday, February 19, 2011

Bagaimana Indonesia dan Malaysia menanggangi konflik agama?

Oleh: Rossem
Meneliti laman Facebook Indonesia terutama terkait dengan diskusi seputar agama sangat mengejutkan. Diskusi tidak lagi bertujuan kepada mencari kebenaran lewat akal yang sehat, tapi lebih menjurus kepada provokasi yang bisa memanaskan cuping telinga. Kata mengata penganut antara agama terutama pendokong Kristian dengan Islam bisa ditemui di fb dengan mudah. Pendokong Kristian memperlecehkan Islam kemudian dibalas balik oleh pendokong Islam dengan juga pelecehan. Dalam hal ini emosional pastinya ke depan dan menguasai diri. Kerana itu serangan tidak hanya dijawab dengan ungkapan pendek, kadangkala disertakan dengan foto-foto yang berimejkan penghinaan kepada agama, tanpa memikirkan bahawa tindakan itu akan memberi kesan buruk kepada kerukunan hidup bermasyarakat.

Barangkali itulah namanya kebebasan media sudah benar-benar ujud di Indonesia. Setiap rakyat bisa meluahkan pendapat masing-masing, bahkan kepada yang melibatkan agama yang sangat sensitif. Walhal, sensitiviti agama itu paling ke depan ketimbang yang lain. Bagaimana kalau sehingga ketuhanan dan kenabian dipersendakan atau menjadi bahan lucuan dan dikartunkan. walaupun ia hanya tersiar dalam alam siber seperti fb, twitter dan blog, tetapi media tersebut sekarang sudah diperakui sebagai media baru yang sangat efektif dan jumlah pembacanya juga ramai dan jangkauan pencapaiannya hingga seluruh dunia.

Di Malaysia soal pelecehan terhadap mana-mana agama sangat diambil berat. Undang-undang Malaysia sangat ketat dalam membendung rakyatnya daripada mengeluarkan pendapat yang bisa menyinggung penganut agama lain. Walaupun cuma disiarkan dalam fb, twitter dan blog. Namun tindakan berat tidak pernah terlepas kepada individu berkenaan. Pengandali fb, twitter atau blog tidak mungkin terlepas dari dihukum di bawah undang-undang Akta Hasutan. Akta ini digubal bertujuan membendung ketegangan dan konflik agama daripada berlaku di Malaysia.

Namun Indonesia juga punya undang-undang khusus tentang kesalahan pelecehan agama seperti itu. Terbaru seorang Kristian, Anthonius Richmond Bawengan asal Manado, Sulawesi Utara melakukan provokasi agama di Temenggung Jawa Tengah. Dengan menyebar buku “Ya Tuhanku Tertipu Aku” kepada kalangan umat Islam, dalam buku itu disebut Allah dan Rasulullah adalah penipu dan penjahat. Hajar Aswad di Kabbah sebagai simbol kelamin perempuan dan jamrah di Mina sebagai simbol kelamin lelaki. Dengan menyamar sebagai wartawan, akhirnya ia ditangkap polisi dan didakwa di mahkamah, Jaksa menjatuhkan hukuman penjara lima tahun. Walaupun ia menyesal dan mohon maaf kepada umat Islam namun masyarakat Islam di Temenggung tidak puas hati dan minta terdakwa dijatuhkan hukuman mati. Namun hukuman tetap sebagaimana diputuskan yakni lima tahun, maka kerusuhan pun pecah.

Di mana-mana saja, hampir keseluruhan yang berlaku, dimulai oleh non Muslim. Merekalah yang mula-mula melakukan provokasi, mengadu domba, mencipta pelbagai isu yang menyakitkan hati, sedang umat Islam lewat sejarah membuktikan adalah umat paling sabar. Namun kesabaran umat Islam punya batas tertentu. Tidak selama-lamanya umat Islam upaya bertahan dengan pelbagai bentuk provokasi yang dilemparkan.

Seperti juga halnya dengan isu Ahmadiyah. Penganut aliran yang diasakan oleh Mirza Ghulam Ahmad ini bukan hanya menjalankan ibadat sesama jamaah dalam kelompok mereka saja bahkan sudah berani mengajak umat Islam lain menyertai ajaran sesat mereka. Justeru kebiadaban itu ternyata membangkitkan kemarahan umat Islam Indonesia.

Pemerintahan Indonesia masih belum mempunyai sikap yang jelas dan tegas, sama ada memperakui Ahmadiyah sebagai agama baru, yang bererti Ahmadiyah harus meninggalkan simbol dan nama-nama Islam yang tetap dipakainya seperti kita suci al-Quran, masjid dan tidak menganggap ada nabi terakhir setelah Nabi Muhamad saw. Sekaligus membuang kitab tazkirah yang dipakainya dan tidak lagi menyebut Mirza Ghulam Ahmad sebagai nabi dan rasul setelah Nabi Muhamad saw.

Gerakan Ahmadiyah terdapat di mana-mana, di Eropah, Afrika dan Asia. Di Malaysia markas aktivitinya di Kg Nahkoda, Batu Cave, Selangor. Lokasinya di tengah-tengah permukiman majoritas umat Islam. Sebuah bangunan tiga tingkat berkubah besar seperti masjid dibina sejak puluhan tahun lalu berberapa meter daripada pintu masuk ke perkampungan itu.

Di situlah pengikut Ahmadiyah atau Qaidani menjalankan aktivitas mereka. Hanya berbeza dengan Indonesia ialah, di Malaysia penganut Ahmadiyah tidak diiktiraf sebagai Islam. Majlis fatwa Kebangsaan Malaysia, yakni sebuah badan yang dibentuk pemerintah Malaysia telah mengeluar fatwa sejajar dengan fatwa pemerintah Arab Saudi mengatakan ajaran Ahmadiyah terkeluar daripada Islam kerana mendakwa ada nabi dan rasul lain (Mirza Ghulam Ahmad) sesudah Nabi Muhamad saw. Maka posisinya di sisi undang-undang ialah taraf mereka sama dengan penganut agama-agama lain.

Namun, fatwa yang dikeluarkan itu sebenarnya ada buruk dan baiknya menurut konteks Malaysia. Keburukannya ialah, Ahmadiyah bisa beroperasi atau mempraktikkan ibadatnya tanpa ada gangguan dari pemerintah selama ia menjalankan aktivitas sesama kelompoknya. Andainya Majlis Fatwa tidak menjatuhkan hukuman bahawa Ahmadiyah “terkeluar daripada Islam” maka pihak berkuasa agama negeri -negeri di Malaysia bisa mengambil tindakan undang-undang kepada ketua dan pengikut mereka dengan pertuduhan menyebarkan ajaran sesat. Di Malaysia menyebarkan ajaran yang terkeluar dari syariat Islam bisa ditangkap dan di dakwa di mahkamah serta dipenjara. Tindakan selanjutnya merobohkan rumah ibadat mereka.