Sunday, February 27, 2011

Wujudkan kerjasama Indonesia-Malaysia dalam membanteras ajaran sesat

Oleh: Rossem
Ajaran sesat pertama dikesan di Malaysia ialah ajaran Taslim yang disebarkan di Desa Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada penghujung abad ke-19. Ketika penulis berkunjung ke desa tersebut lama dulu, ajaran ini sudah tidak lagi mengembang kepada masyarakat, hanya dipraktikkan sesama kelompoknya saja. Tapak masjid kepunyaan pengasas ajaran Taslim itu sudah lama diambilalih oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan di atas tanah itu dibangunkan masjid baru yang bebas dari pengaruh mereka. Namun di belakang masjid baru itu masih dibiarkan kekal sebuah masjid (musolla) tua di perbuat daripada kayu. Menurut jamaah masjid di situ; itulah masjid asal yang dibangunkan pengasas ajaran Taslim pada awal 1990an.

Penulis sangat berkeyakinan, bahawa ajaran taslim hanya dianut kelompok mereka saja kerana ketua (Imam) ajaran itu, yakni seorang bisnisman terkenal mengirim karyawannya yang terpilih, sesorang setiap tahun menunaikan haji di Mekah.

Ajaran-ajaran lain yang digazetkan sebagai sesat oleh pemerintah Malaysia ialah ajaran Anti-Hadis, ajaran Haji Ghazali, ajaran Haji Kahar, ajaran Hakikat Insan/Tajalli, ajaran Martabat Tujuh/Wahdatul Wujud, Ahmadiah Qadiani, ajaran Al-Mas/Tarikul Islam, ajaran Taslim, ajaran Aurad Ismaliyyah, ajaran Naqsyabandiyyah Kadirun Yahya, ajaran Samaniah Ibrahim Bonjol, ajaran Ratib Kuat Ayah Pin, ajaran Rahim, ajaran Hasan Anak Rimau dan beberapa nama lagi yang muncul silih berganti.

Sebagiannya kini sudah tidak aktif lagi. Namun sebahagiannya masih menjalankan aktivitas dan menyebarkan fahaman sesatnya kepada masyarakat.

Ajaran yang dibawa mereka tidak saja menyimpang dengan Islam, tapi telah merosakkan akidah para pengikutnya dengan membuat dakwaan yang sangat bertentangan dengan al-Quran dan al-Hadis.

Misalnya ajaran Ayah Pin, mengamalkan pemujaan kepada ketua kelompok mereka yang mendakwa belajar di langit, sering naik ke langit untuk bermesyuarat dengan kabinet kerajaan langit. Pengikut Ayah Pin terdapat seluruh negara dan dari pelbagai katogeri masyarakat bahkan golongan professional dan mereka yang berpendidikan agama.

Kelompok Ayah Pin sebelum dimusnahkan perkampungan mereka oleh pemerintah Malaysia, bermarkas di Besut, negeri bagian Terengganu. Pengikutnya di tangkap dan diminta bertaubat, sementara ketua ajaran sesat yang kemiripan Hindu itu ketika berkunjung ke Bali, Indonesia, disambut besar-besaran dengan di diarak dari pura ke pura dalam sebuah upacara keagamaan Hindu. Kini ketuanya yang akrab dengan nama Ayah Pin telah kabur ke Thailand.

Di Selangor muncul Haji Kahar Ahmad yang mengaku dirinya rasul Melayu dan sesiapa yang mengikutinya akan masuk syurga. Juga sudah ditangkap dan dibawa ke pengadilan agama. Di Desa Nahkoda, Batu Caves, juga dalam Selangor, menjadi pusat ajaran Ahmadiyah Qadiani. Ajaran ini telah lama digazetkan oleh pemerintah Malaysia sebagai bukan Islam. Oleh pemerintah Malaysia (Selangor) telah memasang sign board bertulis “Qadiani Bukan Islam” di pintu masuk perdesaan mereka, agar publik tidak keliru, kerana wajah pengikut Qadiani dengan orang Islam hampir kemiripan.

Satu lagi kelompok ajaran sesat yang terkenal di Malaysia dan Indonesia suatu ketika dulu ialah Arqam. Ajaran ini sudah tidak berani menjalankan aktivitasnya sejak di gazetkan sebagai ajaran sesat. Ketuanya Ashari Muhamad di bawa ke pengadilan agama dan di jatuhkan hukuman tahanan rumah di Sabah. Kini sudah meninggal dunia. Namun ada usaha dari pengikutnya untuk kembali menjalankan ativitas dengan menggunakan platform baru – Rufaqa.

Barangkali berbeda dengan Indonesia, Islam di Malaysia diletakkan di bawah pentadbiran pemerintah negeri-negeri bagian. Setiap ajaran sesat yang muncul di negeri-negeri bagian, justeru tugas membanteraskan adalah tanggungjawab pemerintah negeri masing-masing, kerana setiap negeri ada panetia majlis fatwanya sendiri. Panetia ini berfungsi sebagai pemutus hukum kepada setiap ajaran yang menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Kecuali sekiranya ajaran itu penyebarannya sudah menyeluruh ke seluruh negara, baru Majlis Fatwa Kebangsaan mengambilalih peran pemutus hukum seperti dilakukan terhadap ajaran Ahmadiyah Qaidiani.

Seharusnya dalam soal membanteras ajaran sesat seperti ini, harus ada kerjasamasa antara pemerintah Indonesia-Malaysia (Bahagian agama), saling bertukar pandangan, informasi dan maklumat, bertujuan demi untuk menyelamatkan akidah umat Islam keseluruhannya, kerana seperti yang diketahui penyebaran ajaran sesat ini ada hubungkaitnya dengan dua negara yang memiliki bahasa pertuturan yang sama dan budaya yang sama.

No comments:

Post a Comment