Wednesday, February 23, 2011

20 Tahun Menguak Gelombang



Judul buku : 20 Tahun Menguak Gelombang
Pengarang : Rossem
Penerbit : SAR Publications & Distribution, Batu Caves, Kuala Lumpur.
Harga :RM19.00

Selama ini umum mengenali penulis buku 20 Tahun Menguak Gelombang sebagai seorang kartunis. Kartun-kartun beliau yang keseluruhannya bertemakan politik boleh dilihat di akhbar Harakah setiap keluaran. Beliau terjun dalam bidang kartun lebih 40 tahun dengan hampir semua akhbar terkemuka di Malayisa pernah memuatkan kartun lakaran beliau.

Namun kali ini, bukan buku kartun dipersembahkan pada khalayak pembaca, sebaliknya himpunan tulisan beliau yang pernah dimuatkan dalam akhbar tempatan tapi masih releven dengan kondisi semasa khususnya senario politik di Kelantan.

Buku ini memuatkan lebih 35 rencana politik yang masih segar bermula sejak kepimpinan Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat mentadbir negeri Kelantan selama lebih 20 tahun. Bagaimana Tuan Guru merealisasikan sebuah pentadbiran dengan dasar Membangun Bersama Islam sehingga dikagumi ramai termasuk dari luar negara. Dan bagaimana Tuan Guru selaku Menteri Besar dengan kebijaksanaannya yang luar biasa berjaya mentadbir begitu lama, walhal musuh-musuh politik PAS berkerja siang malam untuk menggagalkannya.

Yang diungkapkan pengarang lewat buku ini ternyata sangat tajam, sebagaimana juga kartun yang beliau hasilkan- sarat dengan sinis!

No comments:

Post a Comment