Friday, December 21, 2018

Politik: Zaman bernostlgia sudah berlalu



Oleh: Rossem
Kenapakah orang tua banyak kelebihan berbanding orang muda. Kerana  mereka banyak kesalahan, sedang kita tak punya kesalahan”. Kata-kata itu saya baca 10 tahun dulu dalam Catatan Pinggir- Goenawan Mohamad. Kata-kata itu tiba-tiba terlintas difikiran. Ada benar tentang kata-kata  sasterawan dan penulis esai terkenal Indonesia itu bila dipadukan dengan realiti. 

Pemimpin  yang pernah melakukan kesalahan atau kekhilafan dimasa lalu saat ia kembali berkuasa akan  memperbaiki kesilapan dilakukannya.  pepatah Cina mengatakan;  orang tidak dapat melihat dirinya di dalam air yang mengalir deras, tapi ia dapat melihatnya pada  air yang diam. Pada air yang diam, seperti cermin, perilaku sebenar dirinya dapat dilihat. Buruk dan baik. Lalu keinginan untuk mengoreksinya pun meluap-luap.  Namun  berapa ramai berhasil melakukannya. Umur dan peluang kedua  terlalu sempit, ibarat  memasukkan benang besar ke dalam jarum kecil, Tetapi bukan mustahil, jika Allah mengkehendaki!

Di Malaysia, hanya Tun Dr Mahathir Mohamad diberikan peluang kedua. Bercermin pada masa lalu, melihat ke dalam diri. Almarhum Ustaz Fadzil Nor, saat  memimpin PAS pernah menyebut “ Kalau  umur panjang, beliau dapat melihat “kerosakan”  dilakukan ketika  berkuasa dahulu”. Kata-kata  itu sangat sinonim dengan pentas cermah PAS di seluruh negara tahun 1990an. 

 Sekarang Tun Dr Mahathir kembali  berkuasa. Kesilapan lalu cuba diperbaiki.  Politik wang berleluasa dalam UMNO. Tapak tangan tak bisa ditutupi dengan nyiru. Mahathir   “kerjakan” cukup-cukup. Mahkamah bagaikan “gelanggang ” pertarungan antara kebenaran dan kebatilan.   Peguam dan pendakwa akan berentap. Hakim siap dengan palu- hukuman bakal dijatuhkan.  Ada individu sehingga lebih 40 pertuduhan.  Kejelekan itu adalah tinggalannya  dan  diwarisi penggantinya. 

Pemerintahan,  negara mana pun di dunia ini berkisar tentang dua pola perjuangan, baik buruk, benar salah, hujung jatuhnya hanya sebuah jawapan atau  rasional. Kami akan memperbaiki kerosakan yang dilakukan pemerintahan sebelum ini. Umno (BN) berkuasa lebih 60 tahun untuk memberbaiki ketidakadilan dan kezaliman  penjajah Inggeris. Pakatan  Harapan (PH) mahu memperbaiki  kerosakan, ketidakadilan, amalan rasuah yang mengila   dilakukan UMNO/BN. Dan andainya datang lagi pemerintahan baru selepas ini, alasannya tetap sama- memperbaiki kerosakan sistem pentadbiran dilakukan PH. 

Kartu yang bertulis huruf besar “perpaduan” telah terkoyak. Sentimen suku bangsa naik 80 derjah. Orang Melayu yang menanggap “UMNO”  pertubuhan keramat sebahagiannya tak dapat menerima kekalahan terutama peringkat akar umbi. Pemimpin melihat dari atas, pemdokong melihat dari bawah. Pertembungan tak terelakkan. 

Zaman bernostlagia sudah berlalu. Keagungan  khalifah Islam, Muawiyah, Abbasiyah, Uthmaniyah tersimpan  dalam muzium sejarah. Turki  di bawah Erdogan bangkit dengan semangat dan uslub baru. Pemain politik Malaysia juga  harus bijaksana, lincah  menari di atas pentas baru dunia. Apa salahnya yang lemah dibantu. Apa salahnya pemimpin dan ahli Umno dan PAS ramai-ramai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Amanah atau PKR. Matlamatnya memperkuatkan parti Melayu/Islam yang lemah dalam PH. 

Umno hanya sebuah nama, PAS juga sebuah nama. Tanpa nama itu pun orang Melayu masih bisa meneruskan perjuangan membela  bangsa dan agama. Falasafah Umno jangan dibuang. Bijak  orang tua kita dahulu mengarapnya-masih releven. Perjuangan PAS selari dengan Islam, jangan pinggirkan, dakap sekuat tenaga. Yang penting buang keegoaan, fikirkan bagaimana  memperkasakan  parti yang kita kata lemah itu. Ia lebih mudah daripada menunggu kemenangan Umno/PAS pada PRU15 nanti yang belum pasti bisa menang. BN sudah berkubur.


1 comment: