Thursday, December 20, 2018

Pameran Kartun Lintas Negara. Tahniah kepada peserta


PAMERAN KARTUN LINTAS NEGARA 2019 (INTERNATIONAL CARTOONS EXHIBITION)
20 JANUARI  – 20 MAC 2019 DI  BALAI KARTUN ROSSEM (BKR) PERINGAT, KOTA BHARU

Secara umum (global) kartun dibahagikan kepada tiga katogeri:
1.         Kartun gag, kartun sosial, kartun lucuan.
2.         Kartun editorial, kartun opini, kartun politik
3.         Kartun animasi (filem).
4.        
Semantara karikatur (caricature) ternyata meski  warga kartun, ia dianggap punya displin tersendiri, sebagai seni distorsi atau eksagerasi wajah atau peristiwa. Fokusnya menonjolkan sesuatu yang khas agar menarik perhatian publik.

Tentang kartun yang dipamerkan di Balai Kartun Rossem (BKR),  keseluruhannya menjurus ke arah kartun katogeri  pertama iaitu kartun gag, kritik sosial dan kartun lucuan. Peserta yang mengambil bahagian mengirim kartun jenis itu. Walaupun tiada tema  khusus (bebas), namun keseluruhan kartunis mengarap isu kemanusian, kemusnahan  alam sekitar, pendidikan.  Nilai falasafah juga terdapat pada sebahagian karya mereka. Tiada satu pun karya yang mengkritik individu tertentu atau negara lain. Kerana itu,  sangat tepat jika dikatakan pameran ini mengketengahkan “Kartun untuk   keamanan sejagat”.
Dengan kartun kita bersahabat. Sehingga  tanggal akhir  pengiriman  ( 15 Disember 2018) sejumlah 360 karya kartun diterima dari  lebih 110 kartunis  dari seluruh dunia seperti   Algeria, Argentina, Afghanistan, Azerbajin, Austria, Brazil,Bulgaria, Cuba, China, Cyprus, Croatia, England, Iraq, India, Indonesia, Iran, Italy, Mesir, Moroco, Malaysia, Macedonia,  Myanmar, Norway, Rusia, Turkey, Poland, Peru, Portugis, Romania,  Serbia,  Singapura, Ukraine, Uruguay, Uzbekistan .  
Karya terbanyak  dari Indonesia  dengan 24 penyertaan, diikuti  China -23, Turkey -13, Iran -11, selebihnya Malaysia dan India.  Setiap kartunis  mengirim maksimun tiga karya. Terpaksa pihak BKR membuat seleksi  memandangkan  kerterbatasan ruang pameran. sejumlah 140 karya terbaik diperagakan untuk tontonan publik.

Pameran dengan penglibatan  kartunis seluruh dunia  adalah pertama kali di adakan di Malaysia. Melalui gerne kartun kita bersahabat. Dengan kartun  kita mengenali negara luar dengan ragam  masyarakat dan sosio -budayanya. Dengan adanya pameran ini,   kartunis dan peminat kartun tempatan boleh belajar; bagaimana kartunis luar  menghasilkan karya mereka yang unik, lucu dan sinis.   Pelajar-pelajar IPTA/S, murid-murid sekolah dapat didedahkan dengan seni kartun bertaraf antarabangsa.
Setelah diteliti biodata kartunis  satu persatu,  bukan calang-calang,  sebahagian besar pernah memenangi anugerah kartunis terbaik di negara mereka dan di negara lain. Menjadi  juara pertandingan kartun dunia yang diadakan saban tahun. Dalam bidang akedemik juga  ada yang dosen universiti.  Pengalaman dan ilmu yang dituangkan  di atas  kertas  (kartun)  bermanfaat  untuk  kita di Malaysia.

Sebagai menghargai sumbangan dan sokongan para kartunis kepada  Pameran Lintas Negara 2019, penganjur akan memberi  saguhati  untuk tiga (3) kartun terbaik sebanyak  RM600.00 X 3 =  RM1,800.00. Juri akan memilih kartun yang layak untuk  mendapat saguhati  tersebut. Sijil  penyertaan ( Certificate of participation) akan diberikan  kepada semua peserta dan akan dikirim melalui email.

Kerjasama  dari Kerajaan Malaysia melalui Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, YB Dr.   Mohd Radzi Md Jidin,  Universiti  Malaysia Kelantan (UMK), Rumah Kartun Komik Malaysia (RKKM), KOSMIK, Zunar, Persatuan Seni Lukis Kelantan (PESENI)  dan  sahabat-sahabat kartunis Indonesia antaranya Darminto M Sudarmo, Jitet Koestana, Abdul  Arif diucapkan terima kasih.


ROSSEM
Pengurus Balai Kartun Rossem (BKR)






No comments:

Post a Comment