Oleh: Rossem
Selepas mencapai
kemerdekaan 31 Ogos 1957, Malaysia berhadapan dengan pelbagai pancaroba,
komunis mengangkat senjata. Rakyat
dipaksa menyokong perjuangan mereka. Sesiapa enggan dihabisi. Infrastruktur dan pasarana dimusnah. Jalan keretapi diletupkan. Sejumlah
rakyat terkorban di tangan pengganas
komunis. Darurat terpaksa diistiharkan.
Selepas darurat pertama
tamat 1960. Saki baki pasukan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) berundur ke Selatan Thailand. Tahun 1968
bangkit semula. Dari pengkalan
mereka di Betong dan Weng, pengganas menyusup masuk ke Perak, Kelantan,
Pahang, Kedah membuat kacau dan onar. Rakayat hidup dalam ketakutan. Suasana aman hanya dikecapi setelah termenteri
perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia - PKM 2 Disember 1987 di Haadyai.
Tahun 1963 Parti
Komunis Kalimantan Utara (PARAKU) melancarkan pemberontakan bagi menumpaskan
kerajaan Malaysia yang baharu dibentuk
ketika itu. Kejayaan Vietcong di Vetnam
mengalahkan tentera Amerika
Syarikat menaikkan semangat juang PKM dan PARAKU .
Siapa yang bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air dari dikuasai petualang? Tugas berat itu dipikul Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja
Malaysia. Orang Melayu.
Konfrantasi Malaysia-
Indonesia meletus (1962-1966), gara-gara
Presiden Republik Indonesia ketika itu, Bung Karno tak bersetuju Persekutuan Tanah Melayu bersatu dengan Sabah, Sarawak. Teriakan ”Ganyang Malaysia” dari seberang Selat Melaka membuat rakyat Malaysia hidup dalam situasi
dan kondisi tak aman. Dengan bilangan
tentara Malaysia yang kecil, berhadapan dengan bala tentera Indonesia yang
besar ibarat gajah berlawan dengan tikus. Namun semangat juang pasukan tentera
dan polis kita tak kurang hebatnya. Agi idup agi ngalaban.
Selagi hidup terus berjuang.
Saya sebahagian dari
komponen pasukan keselamatan ketika itu, bertugas sebagai “polis sukarela tanpa upah dan
bayaran. Pihak berkuasa datang ke asrama
kami di Ulu Langat, mempelawa membantu PDRM. Berbekalkan semangat darah muda
yang berkobar-kobar kami terima lamaran. Kemudian diberikan selaras senapang patah dengan lapan biji peluru
penabur. Tugas diberikan mengawal “pelarian Cina” di Stadium Merdeka. Melihat sendiri
dari dekat sengsaranya hidup bila negara tidak aman.
Kuala Lumpur kehilangan seri wajah. Kuala Lumpur seperti
orang tua tak terurus. Di jalan raya
trak-trak tentera dan polis mundar mandir.
Jangan sesiapa cuba menghulurkan kepala dari jendela rumah- peluru tak
bermata bila-bila masa singgah. Perintah
berkurung menyukarkan warga mendapatkan
bekalan makanan. Kepayahan tak tergambarkan.
Generasi sekarang sepertinya
tidak mengetahui, susah derita generasi terdahulu di era darurat, konfrantasi,
Mei 13, keganasan PARAKU di Sarawak
tersangat pedih. Tiada kata-kata untuk mengambarkan kepayahan itu. Keharmonian, kebahagian yang dikecapi hari ini
dibina di atas tulang empat kerat, keringat, darah dan air mata generasi dahulu, maka janganlah ada tangan-tangan gatal yang
ingin kerosakannya.
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker