TOK AWANG
50 tahulu dahulu
Di pasar besar
Kota Bharu
Lelaki berpakaian lusuh
Tok Awang, siapa tak kenal
Bertengek di buju
bangku
Tak pernah mungkiri waktu
Pagi petang di situ
Tok Awang bukan orang gila
Walaupun seperti orang gila
Ia tahu erti kemerdekaan
Adalah bebas dari
kuasa penjajah
Tapi kemerdekaan bagi Tok Awang
sebuah kekhuatiran
itu flasafah Tok Awang
tiada siapa berani
berhujah
Demi selembar
keyakinan,
Tok Awang berteriak
“Merdeka, Merdeka apa, kalau mahu
Makan nasi berlauk pun susah”
Suaranya serak-serak basah
macam laugh speaker
rosak
boleh Sakit telingga
wanita penjual
nasi berlauk terganggu
Dan Tok Awang pun
memang mensasarkan kepada mereka
Wanita penjual
nasi berlauk
sudah lama faham
suara Tok Awang boleh dihentikan
dengan sebungkus nasi berlauk
Kerana Kemerdekaan bagi Tok Awang
adalah sebungkus nasi berlauk
Masing-masing berpakat,
hari ini giliran
Kak Su,
Esok giliran Kak Dah, lusa Mek Nab
Kita kenyangkan perut Tok Awang
Supaya bisingnya tak menganggu
Tok Awang sudah lama tiada
kenangan masih
bertengek di situ
Kadang-kadang datang pertanyaan
Tok Awang ni gila atau buat-buat gila
Biarlah waktu menghakimi Tok Awang
Sosok yang menentang arus
Ketika seluruh rakyat Malaya berteriak MERDEKA,
Tok Awang mahu
merdeka bersyarat
“dapat makan nasi berlauk pagi”
Mati kebuluran, apa guna merdeka
Tinggi falasafah Tok Awang
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker
Sempena Merdeka.
ReplyDeleteBeli Emas tidak lagi mahal. Ada kaedah Hujung Jari Aje 24 jam Patuh Syariah. Urusan bawah pengawasan AMLA BNM. Serendah RM10
http://www.wasap.my/60139838553/GANDAEMASHALAL