Friday, May 11, 2018

Bapa pemodenan, bapa penyelamat Malaysia.



Oleh: Rossem

Tun Dr Mahathir Mohamad seorang pemain politik yang pintar.  Kalau ia seorang pemain bola sepak, kepintarannya melicik bola menyukarkan pihak  lawan, tendangannya mengelirukan penjaga gawang. Darihal  kepintaran dan  kebijaksanaan si tokoh ini   diakui sendiri oleh Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat “cuma kepintaran beliau  tidak banyak memihak kepada Islam” kata TGNA. Orang  bijak seperti TGNA sahaja dapat mengenali orang bijak!

 Mahathir menjadi “guru politik” kepada ramai  politikus Umno termasuk Datuk Seri Najib Razak.  Namun sebagai seorang guru yang bijaksana dan berpandangan jauh , tak semua ilmunya diturunkan kepada anak murid. Seperti juga guru silat, 10 jurus dipunyai  sang guru, cuma 9 diberikan kepada murid. Satu jurus lagi disimpan untuk  melipatmaut jika anak muridnya menderhaka,  atau dikeluarkan dikala terdesak.

Bukan sahaja kita di Malaysia terkejut, negara luar juga terkejut. Sempat menonton berita TV3  sehari selepas majlis angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 7 Malaysia, klip video menunjukan Presiden Amerika, Donald Trump mengucapkan tahniah di atas perlantikan  Dr Mahathir dari kamar pejabatnya dengan wajah antara senyum  dan takjub. Presiden Indonesia, Jokowi bercakap sendiri lewat telefon, akrabnya rakan serumpun.  Presiden Singapura tak sabar untuk bertemu Mahathir.

Memang aneh,  lelaki dalam usia 93 tahun  dipilih sebagai Perdana Mnteri lewat demokrasi. Lebih aneh lagi, ini jawatan kali ke dua cuma  berbeda pentas parti, dahulu Umno kini Pakatan Harapan.

Tiada siapa terfikir, Mahathir kembali mentadbir Malaysia. Dua puluh lima tahun  lalu, beliau pernah menyebut ,  tahun 2020 Umno akan mengalami  zaman suram, kemerosotan sokongan gara-gara  politik wang yang berleluasa. Tak sampai 2 tahun tempuh masa diberikan , tanggal 9 Mei 2018, parti utama milik orang Melayu itu  tersungkur, kehilangan kerajaan Pusat yang dipegangnya selama 60 tahun. Kalau Mahathir seorang ulama, ungkapan itu bagaikan kata-kata keramat seorang “wali” yang punya ilmu kasaf. Namun beliau bukan seorang “wali” menurut pengertian agama.

Tentang Mohamad bin Sabu atau Mat Sabu. Sumbangan Mat Sabu kepada PAS sangat besar,  energi, fizikal dan mental  dicurahkan  kepada parti Islam itu hampir 40 tahun, bahkan sehingga pernah di tahan di bawah ISA. Di jerjik besi kemunting beliau tinggal sekamar dengan Karpal Singh. Banyak kisah lucu diceritanya saat  beliau sekamar dengan peminpin DAP.  Saya dapat bayangkan  kamar sepi itu ! Ceramah beliau dahulu  banyak menyebut kisah ini.

 Tahun 1980an, dianggap zaman meleset  bagi PAS, kerusi parlimen yang diraih parti itu  sekitar tujuh atau  lapan kerusi parlimen.  Mat Sabu  menghidupkan kembali  suasana ceramah . Orang  akan bertanya “Siapa penceramah malam ini?”  Kalau bukan Mat Sabu yang berceramah, orang tak berminat datang , jika Mat Sabu, jumlah yang hadir mencercah  ribuan.

Pidatonya  bergegar, diselit  kelucuan dan berseling seli dengan takbir.  Mat Sabu berjaya menarik orangramai  datang mengikuti ceramah PAS, sehingga Umno/BN mengelar  Mat Sabu Ayam Tambatan PAS. Kerana popularitinya sangat menonjol, ada usaha untuk  menjelekkannya dengan  dilempar perbagai  skandal , namun gagal membuktikan.

Setelah Mat Sabu keluar dari PAS, menubuhkan parti Amanah, beliau dicemuh pula rakan-rakan lamanya daripada PAS  dengan kata nesta. Allah itu Maha Kaya, Parti yang dipimpin Mat Sabu  bersama komponen yang lain berjaya membetuk kerajaan  di Putrajaya, tuah ayam pada taji, tuah Mat Sabu dapat jadi menteri.

Rakan-rakan lamanya terus menyinis,  kalau setakat mahu jadi menteri,  kami juga boleh jadi menteri , tetapi  itu bukan pilihan utama kami,  perjuangan Islam lebih utama  ketimbang jawatan  menteri. Lalu teringat kata-kata Almarhum Tok Guru Nik Aziz Nik Mat (TGNA); kita masuk pilihan raya nak kerusi (menang), bila dapat banyak kerusi, boleh memerintah, bila memerintah kita ada kuasa, dengan kuasa itu kita tegakkan  syariat Islam.

Mereka terus berhujah;  selagi bersama DAP,  syariat Islam akan dihalang daripada dilaksanakan di Malaysia. Semua orang tahu, sejarah tak pernah bohon g,  Islam memang dihalang oleh non Muslim sejak  zaman Rasulullah saw lagi, halangan itu berterusan sehingga kiamat.  Jika di dalam ada halangan, di  luar lebih banyak   halangan. Justeru, kesabaran , kebijaksanaan  mengolah tantangan semasa adalah pahala yang mengalir seperti air sungai kepada setiap individu yang sabar, ikhlas dan bertawakal kepada Allah SWT.

Tentang Husam Musa, TGNA  saat menjadi Menteri Besar  Kelantan pernah mengungkapkan “ Husam dilahirkan bukan hanya untuk Kelantan tetapi untuk Malaysia. Satu lagi sosok yang dicemuh khususnya di Kelantan.  Daripada yang bergelar pemimpin  sehingga pendokong bawahan mengata Husam dengan pelbagai ungkapan  yang tak sepatutnya.  Allah Maha Kaya, parti gabungan Husam menang dan membentuk kerajaan di Putra jaya. Walaupun Husam kalah  bertanding parlimen dan DUN di negeri kelahirannya Kelantan, barangkali ada bahagiannya di pusat nanti.


Sebuah parti baru- Amanah berjaya memenangi  11  kerusi parlimen daripada  27 kerusi dipertandingkan  satu kejayaan besar, berbanding dengan PAS yang meletakkan 160 calon, hanya  memenangi 18 kerusi parlimen.  Hampir 80 peratus kepimpinan Amanah menang di kerusi  masing-masing, hanya Husam ( Kelantan) dan Raja Baharin (Terengganu)  tak bernasib baik kerana dua negeri pantai timur itu dikebalkan  dengan tsunami  hijau.

1 comment: