Tok Guru Nik Aziz dan kekuatan Pas
Oleh: Rossem
Tumpuan
umum sekarang kepada tahap kesihatan Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Dato’ Nik
Abdul Aziz Nik Mat yang sakit dan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains
Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sejak 19 Januari 2015. Seorang kawan saya, datang
dari Kuala Lumpur untuk menziarahi mantan Menteri Besar Kelantan itu tetapi gagal, kerana tak dibenarkan masuk. Alasan diberikan;
Tok Guru sedang berehat, dan tak mahu diganggu.
Sepanjang
Tok Guru menerima rawatan di HUSM, bukan tak diizinkan sesiapa melawat, ada masa dibenarkan masuk bilik
ICU yang menempatkan Tok Guru, ada ketika tak dibenarkan. Bergantung
kepada tahap kesihatan Tok Guru. Hanya kawan saya dari Kuala Lumpur itu tak
bernasib baik, kerana hari itu Tok Guru dalam situwasi dan kondisi tak
mengizinkan menerima pelawat.
Tanggal
29 Januari 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terbang dari Putrajaya
untuk menziarahi Tok Guru di HUSM, disambut dan diiringi Menteri Besar Kelantan,
Ustaz Dato Haji Ahmad Yakob. Sejuk rakyat melihatnya. Perbalahan politik jangan
sampai berputus arang. Setakat tersimpul benang itu itu biasalah.
Waktu
“melawat” yang dibenarkan pihak hospital (12.30 tenghari – 2.00 petang dan 5.00
petang – 7.00 malam) adalah masa paling sibuk bila orangramai datang bertali arus untuk melihat dari dekat murabbi kesayangan ummat
itu. Namun tidak semuanya dapat masuk. Bagi sebahagian orang, melihat pintu ICU pun sudah terubat perasaan
kerinduan kepada pemimpin yang pernah menjadi Menteri Besar Kelantan paling
lama dalam sejarah Negeri Serambi Mekah
– 23 tahun.
Tok Guru
Nik Abdul Aziz, 84, mengalami kemerosotan kesihatan yang ketara ketika banjir
melanda Kelantan baru-baru ini. Mengidap
kanser prostat. Sudah lama dikesan mengidap penyakit itu hanya tak dihebuhkan.
Menjadi Menteri Besar Kelantan sebaik saja berjaya merampas pentadbiran
negeri Kelantan dari tangan BN/ Umno pada Pilihan Raya Umum 1990 dan kekal
memimpin sehingga 2013.
Masih
segar dalam ingatan, PAS yang dipimpin Tok Guru Nik Aziz ketika itu (1990)
bangkit dengan segala kesukaran, kepayahan dan kekurangan menghadapi Umno/BN.
Akhirnya berkat doa dan kerja kuat seluruh jentera parti, Pas bejaya merampas
Negeri Serambi Mekah dari genggaman Umno/BN, dan kekal mentadbir sehingga hari
ini (24 tahun).
Tahun
1980an, adalah dekad Pas kembali membangun semula kekuatan ahli-ahlinya yang berpecah
belah ketika dipenghujung kepimpinan Pas
di bawah Almarhum Datuk Asri Haji Muda (1978). Ketika itu di Kelantan banyak kumpulan
serpihan Pas tumbuh, antara yang terkenal Berjasa, Hamin, Islah dan lain-lain. Mengajak mereka kembali bersama dalam saf
perjuangan Pas yang mula dipimpin ulama. Menyuntik semangat baru melalui
siri-siri tarbiyah yang diadakan khususnya diperingkat pemuda. Akhirnya kerja
kuat itu membuahkan hasil. Tahun 1990, Pas berjaya merebut Kelantan dari tangan Umno/BN.
Patah
tumbuh hilang berganti, walaupun kini Tok Guru tiada lagi berada di saf utama
kepimpinan. Beliau tinggalkan dasar yang cukup jelas bagi memacu jentera
pentadbiran kerajaan negeri iaitu
Ubudiyah, Masuliah dan Itqan (UMI). Ibarat mengendalikan sebuah pesawat
terbang, juruterbang hanya perlu mematuhi
peraturan yang dibekalkan (UMI), dan
penrerbangan sampai ke distinasi dengan selamat dan diredhoi Allah.
Ubudiyah ialah konsep kemantapan akidah,
Memberi signifikin dari sudut sifat diri, tujuan hidupnya serta cara
aktivitinya. Apakah tujuan mentadbir sesebuah negeri, adakah tujuannya suatu ibadat atau penderhakaan kepada Allah SWT. Masuliah;
konsep yang berkaitan dengan syariat dan Itqan konsep yang berkaitan dengan
akhlak yang berteras kepada akhlak Islam. Semua resipi itu diangkat daripada al Quran. Sebab itu sepanjang 24
tahun, kepimpinan negeri tiada disabitkan dengan kesalahan rasuah.
Sekarang,
ketika Tok Guru Nik Aziz Nik Mat
terlantar sakit, uzur dan tak upaya
untuk tampil memimpin Pas (Mursyidul Am) seperti sebelumnya,
pendukung-pendukung Pas mula berpecah kepada beberapa kelompok antaranya Pasma,
Tembok penyatuan antara golongan ulama
dan profisional yang dibina di zamannya mula
runtuh., Masing-masing saling curiga mencurigai.
Tok Guru
memiliki ilmu politik yang tinggi, mungkin diperolehi lewat pengalaman beliau yang panjang ketika
bersama Almarhum Dato Asri Muda, berserta dengan keikhlasan beliau dalam
perjuangan Islam, sehingga berjaya menarik pelbagai golongan rakyat Malaysia
menyertai Pas. Bukan saja golongan profisional seperti doktor, jurutera, ahli
perniagaan, pendidik, pesara-pesara tentera dan polis, bahkan kaum budayaan dan
artis filem.
Yang selama ini dianggap sukar
untuk mendekati Pas ialah non-Muslim, tetapi Tok Guru berjaya mengajak mereka bersama dalam gerakan Islam
melalui Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP). Lebih teruja ialah Tok Sami Buddha
(Siam) di Tumpat, Kelantan juga menyanyangi Tok Guru. Kiat doakan semoga Tok Guru cepat sembuh.
No comments:
Post a Comment