Hudud- Menunggu dalam debar
Oleh: Rossem
Kelmarin (22 Mac 2015) menyusuri jalan-jalan yang tak berapa
sibuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, dan berhenti dibeberapa tempat, melihat, memerhati gelagat warga pengundi N06 Chempaka. Kondisinya jauh berbeda dengan suasana di Pengkalan Kubor atau pilihan
raya kecil (PRK)/umum sebelumnya. .
PRK Chempaka seperti tiada perlawanan. Sejak
penamaan calon hingga ke hari mengundi , PAS menguasai sepenuhnya gelanggang.
Inilah pertama kali dalam sejarah Malaysia, Barisan Nasional (BN) tidak
meletakkan calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil/umum. Parti Dacing yang
dimegahkan itu telah mengenepikan maruah
diri dengan memberi laluan mudah kepada Bulan. Namun walaupun BN tak memasuki
gelanggang , perlawanan tetap saja ada, Pas terpaksa berdepan dengan parti Bebas. Walhal,
sepatutnya PAS boleh menang tanpa bertanding. Tapi itulah namanya
demokrasi . Perlawanan tetap ada.
PRK DUN Chempaka diadakan kerana penyandangnya, Tuan Guru
Nik Abdul Aziz Nik Mat kembali ke Rahmatullah tanggal 13 Februari 2015. Kekosongan itu perlu diisi, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 22 Mac sebagai hari membuang undi.
Sebaik saja Murabbi Ummah Tuan Guru Nik Abdul Aziz meninggal
dunia, Ketua Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapha Muhamad mengeluarkan kenyataan; Umno /BN disaran tidak bertanding di DUN yang
kosong itu sebagai menghormati Almarhum Tok Guru. Suatu saranan yang dianggap
bijak dan lojik.
Realitinya, memang Umno/BN tak bertanding. Namun bagi pemimpin dan pendokong Pas tetap
berhati-hati, mungkin kata-kata Mustapha Muhamad itu akan berubah
disaat-asaat akhir. Ternyata ketika hari
penamaan calon, sehingga waktu tamat
tempohnya jam 11.30 pagi, tiada seorang pun mewakili Umno/ BN tampil menyerahkan
borang percalonan kepada Seruhanjaya Pilahan Raya. Ternyata nasihat dan saranan
Mustapha Muhamad itu dipersetujui dan dipatuhi.
Walaupun pun BN tak bertanding, PAS terpaksa mengerakkan jentera pilihan raya parti untuk berdepan dengan empat calon Bebas, yang
masing masing menggunakan lambang Gajah, Buku, Pen dan kunci. Parti Bebas,
Shariff Mahmood (lambang Gajah) agak sedikit menonjol , banyak kain rentang
dipasang dipinggiran jalan. Undi yang diperolehi juga tinggi berbanding
kawan-kawan bebasnya yang lain iaitu 600 undi.
Shariff ialah seorang aktivis Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),
dipimpin Datuk Ibrahim Ali.
Kemenangan calon PAS, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood, 42, memang sudah dijangka. Majoriti yang
diperolehi amat besar iaitu 10,092 (Peratus keluar mengundi menurun). Pada
pilihan raya umum ke 13 Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menewaskan
calon BN, Wan Razman Wan Razak dengan majoriti
6,500 undi. Bermakna sebahagian pengundi yang dahulunya mengundi Umno/BN
telah mengundi PAS.
Kemenangan calon PAS itu amat bermakna kepada parti dan
Kerajaan Negeri. Serangan dari pelbagai penjuru ke atas Enakmen Kanun Jenayah
Syariah II (EKJS) yang diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan
(DUN) dengan kesemua Adun termasuk Umno dan seorang PKR bersetuju. Bahkan Ketua
Pembangkang DUN, Datuk Md Alwi Haji Che Musa
(Umno) menitis air mata, dijawab
oleh pengundi Chempaka dengan memberi kemenangan total bahkan pertambahan
majoriti kepada PAS.
Tentangan dariapada
parti Gerakan, MCA, DAP ke atas pelaksanaan Hudud di Kelantan sudah
sering didengari. Mereka itu sejak
dahulu sangat lantang menolak Hudud, walhal hukuman itu hanya dikenakan ke atas
pesalah Muslim saja, non-Muslim boleh memilih undang-undang sivil yang sedia
ada. Seperti puasa Ramadhan, dikenakan
ke atas umat Islam saja, bukan Islam tak diwajibkan.
Pakatan Rakyat (PR)
sekarang berada diambang
perpecahan. Bagaimana untuk mempartautkannya kembali seperti sebelum PRU13
dahulu tak siapa yang tahu. Perpecahan lebih ketara sejak EKJS II diluluskan DUN
Kelantan yang bersidang pertengahan Mac
2015. Parti komponen PR termasuk PKR juga sudah menzahirkan secara terbuka tidak
menyokong.
PAS kini mengharap, bila rang undang-undang EKJS (persendirian)
dibawa ke parlimen nanti, setiap ahli parlimen Muslim
menyokong rang undang-undang yang dibentang itu, walaupun parti mereka
tidak menyokong. Alasannya, hukum hudud
ini hukum Islam yang kedudukannya menglangkaui
sempadan politik kepartian.
Kini Umno mendiamkan
diri, barangkali mahu melihat sejauh mana penerimaan rakyat terhadap Hudud yang
dibawa PAS. Pro dan kontranya. Umum melihat senario yang berlaku sekarang, Umno seolah-olah mencabar PAS supaya
menyegerakan pelaksanaan Hudud di Kelantan seperti diingini parti Islam itu. Tak
ada pun perjanjian “hitam putih” dari Presiden Umno, merangkap Perdana Mneteri Malaysia, Datuk
Seri Najib Razak, bahawa kesemua ahli parlimen Umno akan mengangkat
tangan menyokong Hudud bila dibentang di parlimen nanti.
No comments:
Post a Comment