Oleh: Rossem
Sosok itu diangkat, dijulang, dilambung tinggi melangit, bahkan sehingga digelar sebagai al-Ghazi (orang yang memerangi). Sosok yang menjadi kebanggaan rakyat Turki itu adalah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan khilafah Islam Uthmaniyah 1343H.
Mustafa Kamal Ataturk dilahirkan 1299H (1880M) di kota Salonika, Greek, yang ketika itu merupakan wilayah pemerintahan kerajaan Uthmaniyah. Ataturk hidup tanpa didampingi isteri dan anak-anak. Isterinya, Latifah Hanim mampu tinggal bersamanya selama setahun kerana tidak tahan dengan kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan arak, wanita dan pelbagai kemungkaran.
Saat menjawat Perdana Menteri Turki, Atartuk membuat undang-undang yang sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Mengizinkan perempuan memakai tudung tapi dengan syarat harus pakai skirt. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat harus pakai topi dan tali leher.
Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai.Menggalakkan minum arak. Mengarahkan al-Quran dicetak dalam bahasa Turki. (Bahasa Turki diubah dengan membuang unsur-unsur Arab / Parsi). Mengarahkan mengukir patung dan tugu-tugu didirikan di seluruh kota Turki.
Agama Islam dibuang sebagai agama rasmi negara. Menutup masjid serta melarang solat berjamaah. Menghapuskan Kementerian Wakaf. Membatalkan undang-undang waris, faraid. Menghapuskan penggunaan kalender Islam dan menganggap dirinya tuhan sama seperti Firaun.
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit sehingga dia tidak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah SWT berikan di dunia. Antaranya penyakit kulit sehingga ke kaki di mana dia mengalami gatal-gatal seluruh badan, sakit jantung dan tidak pernah merasai sejuk sehingga terpaksa diarahkan bomba menyiram rumahnya 24 jam. Pembantunya diarahkan meletakkan ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk mendinginkannya.
Tanggal 26 September 1938 Ataturk pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas kemudian sedar kembali, tapi hilang ingatan. 9 November 1938 dia pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Mayat Ataturk diawet sembilan hari sembilan malam, sehingga adiknya datang meminta ulama-ulama Turki mengurus jenazah. Tidak cukup dengan itu Allah SWT tunjukkan lagi balasan azab saat mayatnya dibawa ke kuburan.
Saat mayatnya mahu ditanam, tanah tak mahu terima. Dicuba berulang kali namun tetap juga gagal sehingga mereka yang mengurus mayat putus asa, lalu diawet sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium Etna Grafi selama 15 tahun sehingga 1953. Selepas itu mayatnya cuba ditanam semula, namun bumi tetap tidak mahu menerimanya. Akhirnya, mayat Ataturk diletakkan dalam keranda timah dan dibawa ke suatu bukit lalu ditanam dalam satu binaan marmar seberat 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar itu.
Kini, genap 88 tahun (1923-2011) umat Islam kehilangan muntiara yang sangat berharga yakni khilafah Islamiyah. Mustafa Kamal Araturk tercatat dalam sejarah sebagai sosok yang bertanggungjawab meruntuhkan sistem kekhilafahan, menyapu bersih syariat Islam dalam sistem pemerintahan Turki dan menggantikannya dengan sistem sekular.
Hari ini tidak ada lagi khilafah dalam dunia Islam, tapi usaha untuk melaksanakan sistem pemerintahan yang berlandaskan syariat Islam tetap diteruskan oleh umat Islam di negara masing-masing lewat pilihan raya.
Di Malaysia, Parti Islam Semalaysia (PAS) sejak penubuhannya 56 tahun lalu menjadi parti tunggal berjuang untuk menegakkan syariat Islam di negera ini. Dengan kemenangan yang raih di Kelantan 1990 (21 tahun) maka terbinalah sebuah pemerintah yang didasari Islam dengan batas-batas terhad.
Ubudiah, Mas’uliah dan Itqan menjadi dasar Kerajaan Negeri. Segala program yang dilaksanakan harus bertetapan dengan prinsip dasar yang islamik itu. Hasilnya hari ini kita menyaksikan syariat Islam sangat terserlah di Negeri Serambi Mekah di bawah kepimpinan Menteri Besar Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Walaupun tidak sehebat negara Turki di zaman keagungan kekilafahan Uthmaniyah, namun sekurang-kurangnya kita sudah berusaha melakukannya, biarpun kecil dan serba kedhaifan. Keterbatasan itu tidak pernah menyekat para pendukung PAS dari berusaha memertabatkan Islam, dan keterbatasan itu tidak pernah merubah fikiran para pejuang agama dari mengaku kalah.
Musuh kepada perjuangan Islam adalah orang-orang seperti Mustafa Kamal Ataturk. Meski Ataturk sudah mati 83 tahun lalu, tapi pengikutnya tetap hidup di sepanjang zaman dan ada di setiap negara umat Islam. Dalam konteks Malaysia, merekalah yang berdepan dengan PAS dalam setiapkali pilihan raya.
Sesiapa yang cuba meruntuhkan sistem pemerintahan yang dibina dengan kerangka Islam di mana-mana pun di atas muka bumi ini, maka sifatnya sama dengan Mustafa Kamal Ataturk yang meruntuhkan sistem kekhilafahan Islam di zamannya.
No comments:
Post a Comment