Thursday, June 23, 2011

Insentif kepada yang berpoligami-Terima kasih Kerajaan Kelantan.

Oleh: Rossem

Priiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit.

Itu bukan tiupan wisel polis untuk memberhentikan demonstrasi Bersih 2.0 yang sangat ditakuti Barisan Nasional (BN), yang diduga berlangsung tanggal 9 Julai di Kuala Lumpur. Atau tiupan wisel polis trafik saat mengarahkan kereta-kereta awam agar membelok ke jalan lain dan tidak ke lokasi perhimpunan bersih.

Bukan. Bukan. Bukan….. Ini adalah tiupan wisel menandakan gembira yang amat sangat dengan pengumuman Exco Kerajaan Kelantan yang menjaga hal wanita, keluarga dan kesihatan, Hajah Wan Ubaidah Omar kerana berjanji akan memberi insentif kepada mereka yang berpoligami dengan syarat-syarat tertentu.

Biarpun baru merupa cadangan namun kegembiraan kaum poligami ibarat orang sakit tenat tiba-tiba didatangi doktor pakar siap dengan ubatan yang special. Perkataan spotan yang keluar dari mulut adalah “Alhamdulillah, syukron Kerajaan Negeri Kelantan yang di pimpin Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana lewat lisan exco wanitanya, telah memberi pernyataan kelas satu pada sidang Dewan Undangan Negeri tanggal 22 Jun 2011 yang lalu. Dan tentu menambahkan satu lagi senarai panjang program “kebajikan untuk rakyat” sesuai dengan slogan “Negara Berkebajikan” yang ditawarkan PAS kepada rakyat Malaysia seperti diputuskan pada muktamar lalu.

Suratkhabar tabloid terkenal menyiarkankan berita gembira itu pada muka depan sebagai headline. Antaranya dengan judul “Buka cawangan baru”. Kaum Adam terutama yang poligami dan baru nak poligami merupakan pembaca pertama meniup wisel kerana senang hati dengan pengumuman itu, namun, sudah menjadi adat dunia, kalau kita bergembira, ada pula yang berduka. Cerita seputar poligami memang tidak disenangi kaum hawa yang bernama isteri. Mereka merasa tercabar, pisang sebiji mahu dibagi dua, mana bisa dong…! Sehingga ada yang meluahkan perasaan kesal di dalam face book dengan menulis; idea Wan Ubaidah kelas tiga.

Saya juga pada pagi 23 Jun, belum membaca suratkhabar yang memuatkan berita kontroversi pada laman depan, tiba-tiba terima sms daripada isteri “ Tak mahu cari ke seorang lagi, Kerajaan Kelantan nak bagi insentif”. Aduh. Aduh! Kaget sebentar. Beberapa saat kemudian baru teringat, oh! Ini tentu seputar ucapan Wan Ubaidah atau akrab dengan panggilan Kak Ubai pada sidang DUN semalam dimuatkan dalam akhbar.

Itu reaksi spontan dari isteri saya, barangkali isteri orang lain juga berada dalam kondisi cemas, keluh kesah atau mungkin sehingga berpeluh dahi dan ketiak.
Biarpun ada orang memperlekehkan kenyataan Kak Ubai sehingga mengatakan idea kelas ketiga, namun saya tetap bersetuju dengan cadangan Yang berhormat itu. Bagi saya itulah idea kelas pertama.

Rupanya dalam hal ini, saya tidak sendirian. Mufti Kelantan, Dato’ Muhamad Shukri Mohamad sangat bersetuju. Insentif yang diberikan kepada lelaki berpoligami itu perlu dilihat daripada sudut positif, kerana perkara itu tidak bertentangan dengan hukum Islam.

Memberi insentif juga merdasarkan syarat-syarat tertentu. Si suami tidak boleh menyembunyikan pernikahan, mesti dihebohkan kepada masyarakat. Dan yang penting, berlaku adil, termasuk membuat giliran dan Islam juga menyuruh hidup secara berkeluarga.

Priiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit!

Kita bunyikan wisel sekali lagi. Kali ini penghormatan buat Ketua Hakim Syarie Kelantan, Dato’ Daud Mohamad kerana komentarnya “Baguslah, cadangan insentif itu baik dari segi agama, dan boleh membantu mengharmonikan rumah tangga yang dibina secara poligami”

Tapi kalau kaum Adam berhajat mahu poligami, nikahlah armalah, di Kelantan ramai armalah. Yang sudah punya anak pun ada. Yang solo pun ada. Pilih yang mana satu berkenaan di hati, tapi pilih yang sudah punya anak lagi bagus, dapat pahala lumayan, kerana membantu menjaga anak-anak tiri yang memerlukan belaian kasih sayang dari ayah baru. Demikian maksud Kak Ubai.

Insentif tentunya bukan untuk semua pengamal poligami. Pasangan layak saja dipertimbangankan. Kalau Yang Berhormat (golongan ini ramai poligami) juga mahu insentif, tak aci la….

Priiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!

Sekali lagi, terima kasih Kak Ubai. Juga YB Ahmad Baihaki Atiqullah ADUN Pasir Tumboh kerana tolong memperingatkan Kak Ubai akan kebaikan memberi insentif kepada golongan ini.

No comments:

Post a Comment