Oleh: Rossem
Matematik tidak pernah berbohong. Dua kali lima jawapnya sepuluh. Tanyalah di mana-mana saja belahan dunia ini, di Malaysia, Amerika Latin, Afrika, Mongolia, tiada yang mengatakan dua kali lima, tiga puluh.
Matematik politk Malaysia juga seperti itu, tidak berbohong. Saya yakini benar-benar akan ketepatannya kerana ia dibentuk dari sejarah di mana Inggeris yang menjajah negara ini selama 500 tahun membuatnya menjadi sedemikian rupa untuk tujuan memudahkan urusan pentadbiran mereka atau punya matlamat tersirat lainnya, hanya Inggeris yang tahu.
Inggeris telah membawa masuk etnik Cina dan India ke negara ini yang ketika itu disebut Malaya, untuk bekerja di sektur tertentu yang ditetapkan mereka. Orang Cina disektur perlombongan bijih timah dan orang India dari Selatan India di sektur perladangan dan kereta api, sementara orang Melayu yang merupakan kaum pribumi Tanah Melayu kekal di sektur tradisi mereka yakni pertanian.
Sejak itu, peta kependudukan pun berubah, etnik Cina punya kawasan sendiri, etnik India diberikan penempatan untuk tinggal dalam kelompok mereka, sementara orang Melayu menghuni di kampung-kampung tradisi mereka. Namun orang Melayu tetap menjadi majoriti di negeri-negeri di Semenanjung keculi Pulau Pinang.
Setelah Malaya mencapai kemerdekaan 31 Ogos 1957, parti politik lalu dibentuk. Pembentukan parti politik tentunya tidak dapat lari dari mengambil kira posisi kaum.
Orang Melayu membentuk parti politik untuk mewakili suara mereka, orang Cina dan India juga sama, menubuhkan parti berdasarkan kaum masing-masing.
Situasi dan kondisi seperti itu kekal dan berterusan sehingga ke hari ini. UMNO mewakilil orang Melayu, MIC/ GERAKAN mewakili orang Cina dan MIC orang India. Manakala dipihak oposisi, PAS mewakili orang Melayu / Islam, DAP walaupun parti tersebut sebuah parti majmuk namun majoritinya pedukungnya orang Cina, sementara PKR sebuah parti pelbagai kaum.
Setiap kali pilihan raya umum, BN meletakkan calon mewakili kawasan taburan kaum masing-masing. UMNO di kawasan Melayu, berdepan dengan calon Melayu dari PAS. Orang Cina harus memilih antara MCA / GERAKAN atau DAP kerana parti tersebut bertandang di kawanan majortiti mereka. Sementara kaum India yang tidak punya kawasan majoriti khusus harus dibantu orang Melaya, Cina untuk meraihkan kemenangan menerusi kesepakatan dan semangat BN. Atau memilih untuk mengundi PR sebagai mewakili kaum mereka.
Amat menimal atau bahkan tidak ada, orang Melayu bertanding merebut kerusi di kawasan majoriti Cina, namun di kawasan majoriti Melayu terdapat calon dari kaum Cina atau India bertanding bertujuan memberi peluang kaum tersebut memenuhi kouta Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen dari BN. Ini adalah pembahagian mengikut kaedah kesepakatan dalam komponen BN.
UMNO sering menakut-nakutkan pengundi Melayu, katanya; demi untuk menjana kekuatan politik orang Melayu, setiap orang Melayu yang layak mengundi harus mengundi memenangkan UMNO. Kalau tidak, orang Melayu akan lemah, hilang kekuatan sebagai bangsa ketuanan di negeri ini. Walhal lawan UMNO adalah orang Melayu dari PAS. Andainya UMNO kalah, PAS akan jadi pemenang, ertinya orang Melayu juga yang menang.
Demikian juga dengan MCA/GERAKAN. Parti gabungan BN ini berdepan dengan DAP. Andainya MCA/ GERAKAN kalah, maka DAP akan menang, bermakna orang Cina juga menang, begitu sebaliknya. Tiada kaum yang rugi dalam sistem politik kepartian di Malaysia. Sama ada mereka memilih untuk mengundi BN atau PR.
Justeru, rakyat Malaysia tidak perlu takut dengan dakwaan UMNO yang mengatakan jika tidak mengundi UMNO/BN posisi orang Melayu akan terhakis, lemah dan hilang kekuatan. Posisi orang Melayu sedikit pun tidak berubah kerana matamatik politik Malaysia sejak dulu tidak pernah berubah, hanya yang akan berubah atau bakal berubah selepas pilihan raya ke 13 nanti insyaallah ialah nama parti saja. BN bertukar kepada PR. Sedang posisi pembahagian kerusi yang diperuntukkan untuk setiap kaum tidak akan berubah.
Kasawan campuran juga banyak terdapat di Malaysia khususnya di Semenanjung. Kawasan-kawasan seperti ini sejak dulu BN banyak meletakkan calon dari kalangan kaum India (MIC) dan Cina (MCA/GERAKAN) dan ternyata kemenangan memihak kepada BN. Namun pada PRU ke 12 (2008) berlaku sebaliknya, banyak kawasan campuran ditawan PR (PKR).
Matematik politik Malaysia terus mewarnai landskap politik di Malaysia. Tempoh empat tahun dari 2008 sehingga hari ini masih belum berubah, bahkan posisinya dijangka kekal sehingga PRU ke 13. Pengundi Cina mengundi DAP, pengundi campuran mengundi PKR, sementara 45 peratus pengundi Melayu memilih untuk mengundi PAS seperti dilakukan pada PRU 12.
Tidak dinafikan, UMNO masih kuat. Parti itu punya kekuatan sendiri diperingkat akar umbi teruatama di negeri-negeri selatan Semenanjung seperti Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Juga di kawasan tertentu lainnya UMNO masih punya ernegi. Tetapi yang tersangat lemah sekarang, bahkan kritikal ialah BN Semenanjung. Komponen BN seperti MCA, GERAKAN dan MIC ibarat orang sakit yang sedang menerima rawatan di kamar bedah. Sedang UMNO tidak mampu membantu, kerana mereka juga perlu dibantu.
UMNO tidak boleh berdiri sendiri tanpa BN. Parti itu selama terbentuknya lebih separuh abad tidak pernah menggunakan lambang Keris pada kertas undi sebaliknya menggunakan lambang BN iaitu Dacing dan sebelumnya Kapal Layar. Bagaimana agaknya kalau parti itu berjuang sendirian menggunakan lambang keris dan bukannya Dacing seperti pernah dilakukan PAS, DAP dan lain-lain. Teringin juga kita untuk melihat situwasi ini pada PRU mendatang.
Fenomena inilah yang sangat merungsingkan para pemimpin UMNO. Ditambah pula dengan perubahan yang berlaku kepada pucuk pimpinan PAS selepas mukthamar lalu. Di mana Haji Mohamad Sabu atau Mat Sabu terpilih mejadi Timbalan Presiden PAS. Sosok yang satu ini memang diketahui umum sebagai pemimpin yang sangat disenangi kaum Cina dan India. Sementara dikalangan pendukung PAS, kesetiaan mereka kepada Mat Sabu tidak berbelah bagi. Mat Sabu punya kekuatan sendiri.
No comments:
Post a Comment