Oleh: Rossem
Manakala kita, disatu pihak, bekerja keras untuk mengembalikan kekuasaan ke tempat yang sebenarnya. Tetapi kekuasaan itu ibarat pedang bermata dua: mungkin kita boleh “membersihkannya”, mungkin juga terluka dek tajamnya mata pedang itu. Itulah sebabnya kita memerlukan imuniti: semacam daya tahan terhadap lingkungan yang tidak Islami, daya tangkal terhadap pengaruh negatif, atau daya seleksi terhadap pengaruh positif.
Selanjutnya beliau mengatakan. Politik adalah sebuah pasar besar, tempat berjualan semua jenis produk, idea dan gagasan tentang cara mengatur kehidupan masyarakat .Gagasan yang paling berbahaya dan mungkin boleh menghancurkan kehidupan umat manusia, ada dijual di pasar ini. Contoh, selama 70 tahun masa kejayaan komunisme di Rusia, kurang lebih 60 juta rakyat Soviet terbunuh. Tragedi yang berlaku itu sehingga tak dapat difahami orang ramai. Sebuah gagasan telah mendapatkan kekuasaan dan memaksakan rakyat mematuhinya dengan juga kekuasaan.
Suasana politik di Malaysia juga seperti dalam pasar besar. Warna warni dan riuh rendah. Ada wajah muran, bengis dan ada wajah senyum. Riuh rendah dengan suara tawar menawar antara penjual dan pembeli. Ikan mata merah disapu pewarna biru supaya kelihatan segar - pembeli pun tergoda. Sayuran layu dibasahi air agar tak kelihatan layu dan kering. Masing-masing mempamerkan kebijaksanaan demi menarik pelangan. Semua barangan yang dipamerkan mengiyurkan sesiapa yang melihat. Keculai mereka yang melihat itu tidak buta mata hati dan tidak kelam akal fikirannya.
Seluruh bumi Malayasi adalah pasar politik. Barangkali sudah ditakdirkan begitu. Setiap hari ada saudagar menjaja dan menjual produk masing-masing. Ada pelangan tetap, Ada pelangan baru dan ada yang buat tak tahu. Yang tak tahu itu harus diberitahu, supaya mereka tahu dan ikut sama orang yang tahu.
Parti politik yang agak menonjol dengan sikap “bengis” sekarang ialah PAS. Di era Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am PA, parti itu menghunus pisau hanya kepada Umno/BN. Sekarang banyak sasaran. Mula-mula dengan sekutu mereka DAP. Sekarang agak reda, mungkin setelah melihat DAP punya kekuatan yang tak mungkin dapat digugatkan. Alasan untuk menyerang pendokong Amanah lebih kuat, kerana Amanah dari PAS, yang berpisah dari induknya. Ibarat seldadu yang berjuang bersama, tiba-tiba lari dari medan perang . Sindir menyindir, ejek mengejek, bahkan memaki hamun pun meletus.
“Dulu beranggapan, hanya Mat Sabu dan golongan profesional sahaja pandai menganjurkan perhimpuan raksasa. Nah, sekarang golongan ustaz juga pandai. Lebih 25 ribu hadir perhimpunan membantah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) di Padang Merbok, Kuala Lumpur, 23 Januari 2016.” Kata seorang ustaz muda bergelar pemimpin negeri. Kenyataan yang dimuatkan dalam akaun facebook beliau itu bertujuan menyindir. Sekaligus mahu memberitahu orangramai bahawa ulama juga boleh mengerakkan massa.
Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, bersahabat dengan non-Muslim naiwatunya untuk berdakwah. Manakala Tauan Guru Haji Hadi Awang tinggalkan non- Muslim (DAP) disebabkan puak itu dikatakan degil. Dua-dua itu bergelar ulama. Perselisahan pendapat dikalangan ulama boleh dimaafkan asalkan tak menyangkut akidah. Nabi Yunus bin Mata as meninggalkan kaumnya kerana marah kepada kaumnya yang degil, tak mahu beriman, tetapi kemudiannya menyesal.
Perbalahan sesama Umno juga tak kurang hebatnya. Ada orang sedang membakar jerami di Negeri Jelapang padi. Bahangnya sampai ke Putrajaya. Kumpulan terdiri Adun-Adun Umno Kedah yang diketuai Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah, merancang untuk menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar Kedah.
Apa
tujuan beliau memanggil sidang akhbar tak pasti, kalau sekadar mahu memberitahu
tak bersetuju dengan Mukhriz sebagai
Menteri Besar rasanya tak tepat. Konflik politik di Kedah boleh diselesaikan dengan
mengadakan usul undi percaya dalam
sidang Dun untuk menentukan sokongan sebenar. Pembubaran bukan langkah yang
betul sebaliknya perlu adakan usul undi percaya terlebih dahulu. Atau ianya sebuah
sendiwara, pukul anak sindir menantu. Lebih tepatnya “pukul anak sindir bapa”. Mukhriz anak Mahathir!
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker
slot 2023
ReplyDeleteslot 24 jam
slot dengan jackpot terbesar
slot gacor terpercaya
slot judi terpercaya