Oleh: Rossem
Kelantan Negeri Serambi Mekah, Negeri Tanah Serendah Sekebun
Bunga, Negeri Cik Siti Wan Kembang, Negeri Tadahan Wahayu, Itu antara nama-nama
timangan yang sering disebut orang. Bila ada orang menyebut Kelantan Negeri Qu
Puteh, saya ketawa, kerana bunyinya lucu. Tetapi yang “lucu” hari ini, tak
mustahil suatu hari akan menjadi gelaran
baru kepada negeri Kelantan disamping gelaran-gelaran yang sedia ada.
Siapa sangka seorang wanita asal Machang, Kelantan, pengusaha produk kosmetik dan minuman kesihatan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman dapat menaja
pasukan bola sepak Kelantan (TRW) selama dua musim demi mengembalikan semula martabat TRW yang
mengalami prestasi kurang baik sejak dua musim kebelakangan ini. Dr Vida,
begitu nama akrabnya, memberi jaminan masalah kewangan yang dihadapi persatuan seperti
yang berlaku sebelum ini tak perlu khuatir.
Gaji pemain akan dijelaskan mengikut kontrak. Bonus dan saguhati turut
diberikan seandainya pasukan mempamirkan prestasi cemerlang dan gemilang.
Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn. Bhd. itu bersetuju
membelanjakan wang kira-kira RM16 juta untuk
Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), dengan beberapa syarat, antaranya pasukan The Red Warriors (TRW) menukar nama
pasukan itu kepada Parmoga Qu Puteh The Red Warriors dan stadium Sultan
Muhammad Ke IV dicat dengan warna pink. Dr Vida kemudiannya dilantik Penasihat
Kehormat KAFA. Wanita pertama menempah sejarah sebagai penasihat KAFA.
Populariti Dr Vida mengalahkan selviriti. Kanak-kanak berusia 5 tahun bila ditunjukkan gambar Dr
Vida dengan dua jarinya dipipi, lantas berkata “Qu Puteh, barulah putih” . Menunjukkan
semua golongan tak kira orang tua atau kanak-kanak mengenali Dr Vida, terutama selepas beliau menaja
program yang diminati ramai, Gegar
Berganza di saluran berbayar Astro
2015.
Peminat bolasepak Kelantan tak sabar menunggu, untuk melihat
bagaimana rupa dan warna jesei TRW yang baru, apakah sama dengan warna stadium
yang bakal dicat dengan warna pink. “Qu puteh, barulah putih” barangkali akan
bergema dilaungkan penyokong bola sepak Kelantan di mana saja TRW beraksi.
Tahun 2016 tahun “senyum” bagi orang Kelantan.
Tahun Masehi 2016 baru memasuki minggu ke tiga. Suasana
politik masih bercelaru. PKR, DAP dan
Amanah sepakat meterai perjanjian
kerjasama. Dengan perjanjian itu Pakatan Harapan rasmi menjadi gabungan tiga parti untuk menghadapi Barisan
Nasional. PAS masih bersama PKR, tetapi ikatannya amat longgar. Lebih tepat, PAS bersendirian.
Nik Omar, putera kedua Almarhum Tok Guru Haji Nik Aziz Nik
Mat mengingatkan PAS akan menghadapi
resiko kalah sekiranya terus bersendirian menghadapai PRU 14 akan datang. Pandangan
itu ada persamaan dengan pandangan pendokong-pendokong
parti Amanah, kerana itulah, barangkali
anak tuan guru Nik Aziz itu dikatakan antara para menyokong Amanah,
namun beliau menafikan menyertai Amanah.
Lalu teringat sejarah pahit yang pernah dialami PAS pada
24 Oktober 1982. Perletakan jawatan
Yang Dipertua Agung (Presiden) PAS,
Datuk Haji Mohd Asri Haji Muda bersama tiga orang tokoh veteran parti
disifatkan sebagai tanda “perpecahana dan keruntuhan PAS” yang tak mungkin akan
bangkit lagi. Tanggapan itu disebabkan
Datuk Asri merupakan tokoh
utama yang menjadi nadi pengerak parti
dan perletakan jawatannya menyebabk PAS tidak mempunyai pemimpin yang boleh menjadi nadi pengerak.
Seperti diketahui, Asri menerajui parti selama 18
tahun. Di bawah kepimpinan beliau PAS melalui zaman kegemilanganya – berjaya
memerintah Kelantan selama 18 tahun sehingga 1978. Pada muktamar PAS kali ke
28, tanggal 23 Oktober 1982 (tidak
dihadiri Asri), Setiausaha Agung PAS, Datuk Abu Bakar Umar membacakan warkah kenyataan di hadapan perwakilan “Pemimpin kita
Datuk Asri melepaskan jawatan Yang Dipertua Agung PAS berkuat kuasa hari ini”. Ada perwakilan terkejut, tetapi yang bersorak gembira lebih ramai.
Sebab-sebat diberikan Asri, antaranya, trend dan cara berpolitik sekarang sudah menyimpang daripada matlamat perjuangan asal PAS. Adanya fitnah-fitnah
yang dilemparkan kepada beliau oleh pendokong parti yang bertopengkan
“kepimpinan ulama” sebelum muktamar yang telah mengharubirukan fikiran dan
suasana.
“Kemampuan saya untuk mengendalikan pimpinan PAS mengikut
kaedah yang lazim sudah sampai ke peringkat yang menyebabkan dhamir (hati
kecil) saya mendesak untuk membuat keputusan ini”. Tutur Asri kepada media.
Sebaik saja pengunduran
Asri, golongan ulama menguasai PAS.
Haji Yusof Rawa (dari kalangan ulama)
memangku jawatan Yang Pertua Agung PAS. Dalam ucapan sulung, beliau
menolak dakwaan sesetengah pihak, pengunduran
Asri akan menjejaskan perpaduan parti.
Perjuangan parti mesti diteruskan
walaupun pemimpinnya bertukar ganti.
Cakap-cakap kedai kopi suatu ketika dulu; PAS akan turut
berkubur dengan pengunduran Asri, kerana
PAS itu Asri dan Asri itu PAS, namun, berlaku disebaliknya, PAS masih utuh sampai ke hari ini. Dapat mentadbir semula
negeri Kelantan, bahkan lebih lama daripada era Asri.
Hanya perbalahan sesama sendiri membantutkan perjalanan
menuju matlamat. ibarat kereta yang
mengalami kerosakan tayar dalam perjalanan. Terpaksa berhenti mengganti tayar
baru. Harapan rakyat sekarang mahu
melihat kestabilan politik dapat diwujudkan di Malaysia. Rasis dibuang ke dalam
tong sampah.
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker