Oleh: Rossem
Hudud dijanjikan akan dibawa untuk kelulusan parlimen pada 2015, namun gagal. Parlimen menyenaraikannya di tangga paling bawah, sehingga Enekmen Jenayah Syariah II yang ditunggu-tunggu warga Kelatan agar segera direalisasikan di Negeri Serambi Mekah tak cukup masa untuk dibahaskan, atau memang parlimen sengaja berbuat demikian, wallah walam. Kita tunggu tahun ini (2016) untuk mendapat persetujuan agar undang-undang syariah dapat dilaksanakan di Kelantan. Sultan Kelantan sudah lama perkenankan.
Tahun 2015 gelanggang politik Malaysia panas. Dua perhimpunan agung parti Melayu terbesar diadakan. Perhimpunan Agung Umno tanggal 8 – 12 Disember, dan Muktamar Agung Pas kali ke 61 tanggal 6 Jun. Mukthamar Pas berkesudahan dengan parti Islam itu berpecah dua. Mohamad Sabu yang kalah di medan tempur mempertahankan jawatan Timbalan Presiden yang disandangnya selama dua penggal bertindak keluar parti, seterusnya menubuhkan parti baru- Amanah bersama rakan-rakannya yang digelar kelompok profisional. Amanah sudah pun bergerak mengumpul ahli di seluruh negara. Namun sambutannya setakat ini tidak begitu memberangsangkan. Ramai yang mengambil sikap tunggu dan lihat.
Perhimpunan Agung Umno menyaksikan, pertama kali dalam sejarah, Timbalan Presiden tak dibenarkan berucap merasmikan perhimpuan sayap pemuda dan wanita. Tan Sri Muhyiddin Yasin jadi penasaran, kemudian melepaskan geramnya berucap di bangunan kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di hadapan khalayak pengikutnya.
Kekalutan dalam rumahtangga Umno tampak sedikit reda. Ombak tak seganas dulu, namun rakyat masih belum puas hati selagi jawapan siapa dan mengapa wang sebesar RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi. Tun Dr Mahathir Mohamad juga seperti kehabisan isu. Apapun tunggu siasatan oleh SPRM.
Isu “Pas-Umno akan menjalin kerjasama politik” menjadi polemik berterusan dalam masyarakat, lebih-lebih lagi di kalangan pendokong Pas. Umun melihat, lewat ucapan, dan bahasa badan Presiden Pas, Tuan Guru Datuk Hadi Awang, tak salah kalau orang ramai beranggapan Pas-Umno akan berbaik. Bagaimana bentuk “berbaik” itu tak diketahui.
Setiap kali isu itu berbangkit, respons daripada kepimpinan Pas ialah, hanya menjalin kerjasama antara kerajaan (pusat) dengan kerajaan (negeri), Kalau menjalin kerjasama antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri tak perlu dihebuhkan, memang dari dahulu, dalam beberapa aspek, kerjasama sudah terjalin. Kerajaan Pusat membina jambatan di Kelantan misalnya, sementara kerajaan negeri menyediakan tanah .
Rakyat bertanya tentang kerjasama politik.. Andai terjadi kerjasama politk antara Pas-Umno , bagaimanakah bentuk kerjasama itu? . Apakah seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil DUN Cempaka bila penyandangnya Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia. Pada PRK itu UMNO tidak meletakkan calon kerana mahu memberi laluan mudah kepada calon Pas. Hasilnya Pas berdepan dengan parti Bebas dan menang besar.
Cakap-cakap mahu menjalin kerjasama politik antara dua parti Melayu terbesar makin menampakkan kebenarannya. lebih ketara selepas Presiden UMNO, Najib Razak dan Presiden PAS, Hadi Awang berkongsi pentas di majlis Multaqa Serantau Alumni Al Azhar Malaysia, 16 Disember 2015.
Pendokong Pas dari kelompok “istiqomah” cuba menyakinkan kelompok yang mula goyang atau “kurang istiqomah” bahawa maufakat politik antara Pas dan Umno tak akan berlaku. Kehadiran Hadi Awang di majlis itu atas kapalsiti beliau sebagai alumni Al Azhar. Tak lebih dari itu. Anehnya, tujuan penganjur, lewat resolusi yang diputuskan, antaranya menyeru kerjasama politik.
Sebahagian dari kalangan Pas terutama akar umbi memerahati dengan saksama tingkah laku dan tutur kata kepimpinan Pas. Kenyataan-kenyatan mereka dilihat ada yang menjurus ke arah kerjasama politik dengan Umno, seperti kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan pada mesyuarat Agung PERKASA. Kemudian dinafikan oleh beliau, namun, kalau membaca skrip penuh wawancara beliau dengan wartawan , 70 peratus menjurus ke arah itu. Justeru penafian yang dibuat tak dapat memadamkan persangka sebahagian pendokong Pas. Kalau akhbar sengaja putarbelitkan berita, saman saja.
PAS lewat lidah presidennya, mengambil pendekatan mahu menjadi pembangkang yang menasihati kerajaan. “Ramai kalangan kita terlalalu bersemangat sehingga mahu membangkang semata-mata, atau terpengaruh dengan musuh Islam yang mencipta provokasi” kata Hadi Awang. Ayat untuk merampas Putrajaya tak kedengaran lagi.
Kita tengelam dengan bencana zaman orang-orang yang jahil menulis dan bercakap tanpa ilmu di bawah langit tanpa sempadan. Perjuangan kita bukan akal tanpa sempadan. Kita mengikut sempadan Allah. Kata Hadi Awang diakhir kenyataannya yang disiarkan dalam akhbar Harakah.
Natijah daripada kata-kata beliau: Setiap rakyat yang cintakan kehidupan yang lebih aman, berfikirlah dari hati nurani paling dalam, jangan berfikir dari luar tempurung kepala. Politik Malaysia ini rumit, tidak seperti makan kacang, kopak kulit terus telan. Wajarkah Pas terus menerus bermusuh dengan Umno? dan Wajarkah Umno terus menerus bermusuh dengan Pas?.
Lalu teringat kisah Al Halaq, sang sufi terkenal, Suatu hari ia ditangkap di atas perintah khalifah. Saat para algonjo mahu memenggal kepalanya, ia berdoa “ Ya Allah, Ampunkanlah mereka yang akan membunuhku, Sesungguhnya mereka itu tidak tahu, sepertimana aku tahu, kalaulah mereka tahu sepertimana aku tahu betapa cintanya aku kepadaMU, nescaya mereka tak akan membunuhku. Olehitu ampunilah mereka Ya Allah...”
Demikian juga dengan Tuan Guru Haji Hadi Awang, Sebahagian yang menentang beliau, kerana mereka itu tak tahu, sepertimana Tuan Guru tahu. Kalau mereka tahu, tentu mereka bersetuju dan setia kepada kepimpinannya.
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker