Oleh: Rossem
Kalau ditanya negara mana di dunia ini, para pemimpinya setiap hari
berfikir, mencari kaedah dan formula
bagaimana untuk menekan rakyat. Jawapannya Malaysia. Terbaru,
Akta Rahsia Rasmi (OSA) bagi menghukum mereka yang membocorkan rahsia
kerajaan dengan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan dicadangkan Peguam Negara (AG). Wartawan yang melindungi
sumber maklumat juga tidak terlepas daripada hukuman tersebut.Hukuman penjara seumur hidup, bunyinya amat mengerikan. Membocorkan rahsia ketenteraan kepada musuh sewajarnya menerima hukuman seperti itu, seperti pernah terjadi kepada rakyat Palestin yang menjadi talibarut Israel menjual rahsia negara kepada Yahudi, petualang itu ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atau dihukum tembak. Tetapi kalau membocorkan rahsia berbentuk dokumen yang dianggap suatu penyelewengan khususnya rasuah telah berlaku dalam urustadbir sesuatu jabatan, perbadanan atau agensi, bagaimana?
Pemberi
maklumat yang mendedahkan rasuah atau penipuan yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)
perlu diberikan perlindungan. Contohnya,
jika ada rasuah atau penipuan, sesiapa
yang mengetahi boleh menyalurkan
maklumat. perlu ada pengecualian dalam hal ini. Siapa yang mahu jadi
pemberi maklumat tanpa dilindungi?.
Barangkali
yang menjadi masalah sehingga memeningkan kepala pemimpin negara ialah kerana
rakyat Malaysia suka bertanya. Sementara medan untuk melontarkan pertanyaan
pula luas dan cepat tersebar . Media baru antara pentas yang efektif untuk
menyebarkan sesuatu maklumat.
Setiap
soalan harus ada jawapan. Jawapan yang menyakinkan. Betulkah RM2,6 bilion masuk akaun peribadi? Dalam tempoh tak sampai setahun, tak
kurang 30 jawapan diberikan. Kesemua
jawapan tak memuaskan hati. Terbaru, wang itu derma dari Raja Abdullah.
Raja Arab Saudi itu meninggal dunia setahun lalu. “Dead Man
Tell No Tales”- Orang yang telah mati tidak boleh berhujah untuk pengesahan. Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir tak
dapat mengesahkan. Beliau hanya berkata wang tersebut mungkin satu pelaburan
dan bukan derma dari individu tertentu. Derma
dengan pelaburan jauh berbeza, pelaburan mesti ada pulangan diharapkan.
Peguam Negara telah menutup ke 1MDB. Bingung!
Akibat suka
bertanya, macam-macam akta digubal untuk menghalang rakyat dari bersuara.
Suara rakyat itu menurut mereka menjuruskan kepada fitnah belaka. Menganggu
ketenteraman dan boleh menimbulkan kacau bilau,
pelaburan hilang nafsu.
Di zaman Nabi Musa as, kaumnya suka bertanya,
bila Nabi Musa memberitahu, sapi sebagi haiwan korban. Kaumnya bertanya
pula, bagaimana warna sapi,
jentinanya jantan atau betina, usianya.
Akhirnya sukar untuk mendapatkan sapi
yang mahu dikorbankan. Namun kes rakyat Malaysia suka bertanya tak sama dengan
kes sapi di zaman Nabi Musa as. Rakyat mempunyai hak untuk bertanya, apa yang telah dilakukan
oleh pemimpin yang mereka pilih menerajui negara melalui sistem demokrasi.
Air panas sampai ketikanya menjadi sejuk. Tapi
parti-parti politik di Malaysia panas
memanjang. Tak tahu bila akan sejuk. DAP
yang dikatakan paling “cool”, tiba-tiba
dikejutkan dengan kes menggantung
keahlian selama setahun terhadap Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, dan
pengerusi DAP Melaka yang juga Adun
Duyong, Goh Leong San dengan tuduhan berulangkali membuat kenyataan yang
merosakkan reputasi parti.
Dato Haji
Husam Musa, mantan Naib Presiden PAS dan ADUN Salor terus menjadi duri dalam
daging kepada parti Islam itu khususnya kepimpinan ulama. Terbaru beliau hadir dan menjadi panelis di
majlis forum bersama Amanah di Kota
Bharu. Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Takiyuddin Hassan seharusnya
meletak jawatan kerana gagal membawa isu
hudud ke Parlimen. Kata Husam dalam forum itu. Ketua Pemuda Pas Kelantan, Fadli Shaari segera
membalas serangan dengan mengatakan,
Husam patut meletakkan jawatan sebagai Adun Salor dan Yang Dipertua Pas
Kubang Kerian kerana menjadi gunting dalam lipatan. Nyamuk dalam kelambu. Berbanding
dengan Husam, Fadli Shaari ibarat budak baru berlajar bertatih dalam politik. Itulah
politik namanya.
Isu Adun Pas, Paya Jaras, Selangor, Khairuddin Othman berpakaian keagamaan
berbentuk dewa sembahan masyarakat Cina sempena tahun baru Cina menjadi viral
di media sosial, sehingga Dewan Ulama Pas melalui lidah Timbalan Ketua Dewan
Ulama, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh
menyeluarkan kenyataan “dukacita” di atas insiden yang berlaku. Teringat suatu
ketika dahulu, Ahli Parlimen Pas dari Parit, Perak, Hashim Gera berjoget dalam
suatu majlis di parlimen. Pas menjatuhkan
hukuman memecat beliau. Hashim Gera terkenal sebagai ahli pantun, ceramah
beliau 50 peratus adalah pantun. Bagaimana pula hukuman ke atas Khairuddin?
Riwayat Langsuka sudah berakhir. Datuk Mukhriz
Mahathir akur dengan gesaan agar beliau
meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah. Adun Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad
Bashah Md Hanipah dilantik sebagai
penganti. Datuk Seri Najib Razak
mencontohi Saidina Umar Al Khattab menukar gabenor di zaman pemerintahannya.
Kata Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Zein Isma Ismail. Aduh!
Kalau di Indonesia jawatan presiden hanya satu iaitu
Presiden Republik Indonesia, tapi di
Malaysia presiden ramai. Tiap-tiap pertubuhan nama jawatan ketuanya
bergelar presiden. Populariti Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wajamaah
(Aswaja), Ustaz Zamihan Mat Zin naik
mendadak setelah beliau mencabar Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin
berdebat tentang esktremisme wahabi.
Siapa yang
pernah mengikuti cermah Ustaz Zamilan samada di masjid, forum atau youtube
tahulah bagaimana ustaz yang bertugas di Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) itu mencerca kelompok yang tak sehaluan dengannya
terutama golongan yang dianggap wahabi
sebagai pembawa aliran esktremis. Bahkan memfitnah dan mengkafirkan sesama
muslim seperti dalam video-videonya. Asri bagaimanapun menafikan perkara itu malah
berikrar menentang fahaman melampau.
Asri atau Dr Maza menyahut cabaran untuk
berdebat. Zamihan bersetuju, tetapi hendaklah dilangsungkan secara tertutup. Katanya, polis menasihatkan
begitu. Kalau diadakah secara tertutup
lebih baik batalkan saja. Biarkan isu ini menjadi polemik berpanjangan, mana
tahu boleh menguntungkan pihak tertentu.
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker
situs resmi slot
ReplyDeletesitus slot gacor terpercaya
situs slot online
situs slot online terpercaya
situs slot resmi