Oleh: Rossem
Di sebuah desa
di Kelantan, yang agak jauh dari bandar,
pemandangan rutin setiap pagi, pekerja
Bangladesh berjalan kaki melewati depan
rumah ku untuk ke tempat kerja. Amat mudah dikenali. Pekerja Bangla berjalan berkumpulan, tiga hingga lima orang
dalam satu kumpulan. Budaya orang Bangla
tidak pernah melempar senyum kepada warga tempatan biarpun berselisih
bahu, walhal orang Malaysia terkenal dengan sifat peramah. Dari sudut lain, budaya itu tampak baik, mengambarkan
mereka tak suka mencampuri hal ehwal orang lain (tempatan), namun bagi orang
Melayu, itu sombong namanya.
Peningkatan pekerja
Bangla di Kelantan dua tiga tahun kebelakangan ini agak ketara. Sebelumnya pekerja dari Indonesia saja kelihatan. Ramai
tenaga kerja Indonesia pulang ke negara mereka dan sebahagianya tak kembali lagi. Majikan mengisi kekosongan yang ditinggalkan itu dengan mengambil pekerja
Bangla.
Seorang
kontraktur pemasangan paip yang saya
kenali, sebelum ini mengaji ramai
pekerja Indonesia. Menjelang hari raya idilfitri lalu mereka pulang ke negaranya.
Sebelum berangkat pulang, mereka berjanji selepas raya mahu kembali bekerja di sini, tapi tak datang, sedang wang untuk tambang
sudah dikirim lewat bank. Justeri kami mengambil pekerja Bangla.
Pekerja Indonesia, selain kemahirannya boleh dibanggakan, malah mudah berkomunikasi, berbanding pekerja Bangla yang bodoh-bodoh
sombong. Hanya satu kelebihan pekerja Bangla, mereka tak lari dari majikan.
Masalah
pekerja asing berlarutan sehingga hari
ini. Di zaman penjajah Inggeris, orang Cina dan India dibawa masuk ke Tanah
Melayu oleh Inggeris. Orang Cina untuk sektor perlombongan bijih dan India
bekerja di ladang getah dan buruh kereta
api. Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan
kedua-dua kaum itu menjadi warga negara.
Setelah
Malaysia diperintah oleh anak negeri dari parti Barisan Nasional (BN) dulunya Perikatan, kerajaan juga mengimport pekerja asing. Kali ini lebih
ramai bahkan dari pelbagai negara.
Indonesia, Filipina, Thailand, Kemboja, Bangladesh, Nepal, Pakistan, China, India. Yang masuk secara haram
(Pati) tak terhitung jumlahnya. Kalau di
zaman penjajah dahulu orang Afrika tak datang ke Tanah Melayu, sekarang di
Kuala Lumpur orang Afrika berlambak. Ada ketikanya, Jalan Raja Laut gelap pada siang hari.
Orang
Pakistan, di zaman Inggeris dan selepas
Malaysia merdeka memang ramai datang
berniaga di Malaysia. Dulu mereka masuk kampung menjaja kain dan jual poster
buraq (kuda terbang yang membawa Nabi saw mikraj). Sekarang saudagar Pakistan
ini buka kedai karpet. Di pekan Nilai, Negeri Sembilan 80 peratus kedai karpet milik warga Pakistan. Di
Kelantan setiap kampung ada kedai Pakistan. Dari warung roti nan, kedai runcit,
kedai perabut sehingga kedai karpet.
Status mereka tinggal dan berniaga di Malaysia hanya pihak berkuasa imigresen, Majlis
pebandaran saja yang tahu.
Orang
Pakistan diakui berani menghadapi sebarang risiko dalam perniagaan. Umpamanya
kedai runcit. Mereka buka 24 jam. Dengan satu atau dua orang saja pekerja pada
waktu malam. Peniaga Melayu tak berani
berbuat demikian, takut dirompak. Sudah banyak kes seumpama ini berlaku pada
kedai orang tempatan termasuk kedai Seven Eleven. Tapi tak terdengar pula
berlaku ke atas kedai Pakistan.
Teringat sebuah buku ditulis Ustaz Amaludin Darus (Allahyarham), melalui penerbitannya sendiri, Pustaka Abad, Kuala Lumpur (1980an). Penulis
buku best seller “Manusia di Langit
Manusia di Bumi” itu menceritakan kisah seorang Melayu yang cerdik di negeri Perak di zaman penjajah
Inggeris. Suatu hari Pembesar Inggeris bermusyarat, untuk mencari, siapakah
pekerja yang patut dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk bekerja di sektor
perlombongan (biji timah) dan perladangan (getah). Sektor pertanian sudah
ditetapkan untuk peribumi iaitu orang Melayu. Beliau satu-satunya orang Melayu diundang menghadiri mesyuarat, yang
lain semua orang Inggeris.
Inggeris mencadangkan dibawa masuk buruh dari China dan
India ke Tanah Melayu. Orang Cina untuk
bekerja di sektor perlombongan, orang India di sektor perladangan. Orang Melayu yang cerdik itu membantah. Beliau
mensyorkan kepada Inggeris, agar dibawa masuk
buruh dari tanah Jawa untuk bekerja didua sektor iaitu perlombongan dan
perladangan. Alasanya, orang Jawa dengan orang pribumi (Melayu) memiliki persamaan budaya dan agama, mereka
dari rumpun yang sama. Mudah diserapkan. Lantas salah seorang pembesar Inggeris yang hadir pada mesyuarat itu berkata
“Ini suatu cadangan yang bagus. Otak anda berlian. Selepas ini kami akan kirim anda melanjutkan pelajaran di England”.
Penjajah Inggeris membawa
masuk orang Cina dan India ke Tanah Melayu ada agenda tertentu. Niat Inggeris dapat dihidu orang Melayu Perak yang cerdik itu.
Tajam deria rasanya. Pandangannya melangkaui zaman. Inggeris menyedari hakikat
ini. Bagi Inggeris, orang secerdik ini Jangan dibiarkan lahir dari kalangan orang
Melayu/pribumi. Maka, Salah satu cara “sembunyikan” mereka di England. Andai pihak Inggeris menerima pandangan orang
Melayu Perak itu. Iklim politik Malaysia hari ini tentulah berubah. Tiada wujud
DAP, MCA, MIC.
Akhir sekali teringat sebuah cerita berlaku di Kuala Lumpur.
Seorang remaja, usia kurang lebih 28 tahun, baru-baru ini, pulang ke kampung asalnya setelah 3 tahun
bekerja sebagai oprator kilang di Lembah
Klang. Katanya, tahun pertama, suasana di tempat kerja boleh dikatakan bagus.
Nisbah pekerja tempatan (rakyat Malaysia) 60 peratus, sementara pekerja asing
dari Bangla, Vietnam 40 peratus.
Tahun kedua, pekerja tempatan merosok menjadi 40 peratus, pekerja asing 60
peratus. Tahun ketiga, pekerja tempatan hanya tinggal 10 peratus, ramai berhenti, alasanya suasana di tempat kerja tidak lagi seperti berada di
Malaysia. Kami terpaksa belajar bahasa Bangali untuk berkomunikasi dengan
mereka, kalau tidak kami bisu sepanjang hari.
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker