Oleh: Rossem
Seorang politikus terkenal Indonesia, Amin Rais
pernah menuturkan ; umat Islam di negaranya Indonesia tak mungkin berpecah lagi, kerana menurutnya, perpecahan
sudah terlalu banyak sehingga tak boleh dipecahkan lagi. Ibarat sebuah pingan,
kalau sudah pecah seribu, bahagian yang kecil itu pasti tak akan pecah lagi.
Umat Islam khususnya orang Melayu di Malaysia juga sedang menuju ke arah itu.
Politik sepatutnya alat untuk menyatukan orang Melayu, sebaliknya apa yang dilihat
hari ini, politik telah memecahbelahkan sesama bangsa.
Demokrasi membenarkan parti-parti politik ditubuhkan sebanyak mungkin. Sesiapa yang tak bersetuju
dengan dasar, pemimpin atau praktik parti yang sedia ada, boleh membentuk parti
baru, berkempen dan mencari seramai mungkin ahli baru untuk menyertai parti
mereka. Lumrahnya, perancang utama
penubuhan parti baru adalah dari kalangan individu yang ditolak parti sendiri, kalah
dalam mempertahankan jawatan saat pemilihan kepimpinan parti, lalu mengambil
keputusan nekad keluar parti, seterusnya
menubuhkan parti baru. Maka perpecahan pun melebar dalam organisasi
dan masyarakat. Kekuatan bangsa dan umat Islam akhirnya berkurang.
Dalam konteks Malaysia, sejak Pilihan Raya Umum
1999, hanya ada dua parti yang dominan
iaitu Barisan Nasional (BN) dan Barisan Alternatif (BA- gabungan PAS, KeAdilan dan DAP) . Kemudian BA diubah nama menjadi Pakatan Rakyat (PR). PR
pecah beratakan tahun 2015 apabila PAS
diasak oleh DAP supaya keluar dari
gabungan itu. DAP dan PKR serta parti
baru serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) membentuk gabungan baru –
Pakatan Harapan. PAS bersendirian. Sistem
dua parti pun berkubur.
PAS mengandaikan, sistem dua parti menyebabkan mana-mana yang memenangi 50 peratus lebih kerusi boleh bertindak sesuka hati meluluskan perundangan yang tentunya merugikan rakyat, sebaliknya blok parti yang tak memperolehi lebih 50 peratus kerusi mereka memerlukan sokongan blok politik lain untuk membentuk kerajaan. Blok politik lain yang dimaksudkan pemimpin parti Islam itu ialah PAS. PAS kini ibarat kenderaan ketiga untuk mengangkut penumpang ke distinasi. Atau kemungkinan berubah menjadi blok kedua sekiranya berjaya mengatasi kerusi yang diperolehi Pakatan Harapan pada PRU14 nanti.
Siapa yang akan menyertai “Blok ketiga” diterajui PAS nanti belum diketahui. Kerjasama politik dengan parti-parti pembangkang lain amat diharapkan oleh PAS. Siapa parti politik itu? . DAP, PKR dan AMANAH berada dalam Pakatan Harapan. NGO yang dilihat rapat dengan PAS sekarang ialah PERKASA (Pertubuhan Peribumi Melayu). Datuk Ibrahim Ali yang memimpin NGO ultra Melayu itu pernah memenangai kerusi parlimen Pasir Mas pada PRU12 atas tiket PAS, kemudian mengkhianati PAS. Penyokong setia PAS masih ingat perbuatan Berahim itu. Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan memberitahu, blok pembangkang baru bakal diwujudkan itu akan diumumkan pada 16 Mac 2016. Namun Taki enggan mendedahkan parti sekutu yang akan menandatangani memorandum persefahaman dengan PAS.
Sistem tiga parti seperti bakal terjadi di Malaysia sudah wujud di Indonesia di zaman
orde baru Suharto. Pemerintah Indonesia ketika itu membenarkan hanya tiga gabungan parti berperanan. Golkar (Golongan Karyawan), PPP (Parti
Persatuan Pembangunan) dan PDI (Parti Demokrasi Indonesia) bertanding dalam
pilihan raya. Golkar didokong para
kayawan, angkatan tentera dan sipil, PPP gabungan daripada parti-parti Islam,
sementara PDP didokong golongan
nasionalis dan Kristian. Setiap kali pilihan raya, pertembungan tiga penjuru tak dapat
dielakkan. Kemenangan memihak kepada Golkar. Suharto yang memimpin Golkar dapat
memerintah Indonesia lebih 20 tahun. Reformasi yang dicetuskan rakyat tahun
1998 membuat Suharto mudur sebagai presiden Indonesia, bukan lewat pilihan raya.
Kewujudan tiga parti gabungan di Malaysia seperti
diwar-warkan oleh PAS akan memberi keuntungan kepada Barisan Nasional (BN), sepertimana
terjadi di Indonesia ketika order baru- Suharto.
Demi sesuap nasik dr dap....kesian
ReplyDeleteJanji jgn dibuka keburukan dap paling utama sifoo lim
ReplyDeleteDi amerika rakyat merrka dh berputus asa dgn sistem bipartisan ni...tetiba oleh krn dap...banzai...
ReplyDeleteMenulis...biarla krn Allah...demi meninggi syiar Allah...bkn menjadi benteng penghalang...igt...setiap huruf akan dikira di pdg mhsyar...apa alasan anda nnt?
ReplyDeleteGame Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker