Oleh: Rossem
Bahkan, hari ini, realiti bangsa-bangsa yang maju menggunakan bahasa ibunda mereka dalam mempelajari ilmu. Jepun, China, Korea membangun teknologi negaranya sehingga setanding dengan Barat adalah melalui bahasa ibunda mereka.
Namun di negara kita ada orang tak sayangkan bahasa ibunda, sehingga tergamak mahu mewujudkan Dwi Bahasa sebagai subjek pembelajaran di sekolah. Tak salah mempelajari teknologi Barat, bahkan menjadi impian, tetapi meminggirkan bahasa ibunda semata-mata mengejar ilmu dari Barat yang menggunakan bahasa Inggeris atau lain-lain bahasa sesuatu yang “melukakan”. Dalam hal ini, golongan kuasawan sepertinya sudah “mati akal”, Sudah tumpul daya fikirnya. Untuk menyelesaikan persoalan ini pun sudah tak mampu.
Kita bangsa yang kehilangan jati diri, kerana kita menepikan sastera dalam hidup kita. Di sekolah subjek sastera bukan lagi mata pelajaran wajib. Pelajar yang mengambil subjek sastera boleh dibilang dengan jari. Sedang untuk mengenali sesuatu bangsa bacalah sasteranya. Di sana ada roh, jiwa, perasaan, nilai, sejarah. Hampir semuanya dalam sastera kerana kita menuangkan segalanya dalam puisi, hikayat dan citra: tak mungkin memahami orang Melayu tanpa membaca pantun.
Bahkan dengan sinis orang mencadangkan : Kalau mahu mencari pasangan hidup pilihlah yang tahu sastera, sebabnya- dia lebih terbuka, lebih biasa menimbang soalan dan juga terdedah kepada banyak jenis manusia. Maka ia lebih lentur dan terbuka. Dan biasa menangangi berbagai-bagai perasaan dan keadaan.
Teringat sebuah tulisan seorang penulis Inggeris, Edward Thomson membicarakan tentang penyair India Tagore: Puisi Tagore mendekatkan manusia kepada kehidupan yang nyata: hujan dan awan, angin dan sungai mengalir, perahu dan pencalang, lampu dan cahaya, seruling dan wina, burung yang pulang ke sarang, penjaja-penjaja letih yang kembali, bunga-bunga yang kembang dan berguguran.
Hampir setiap tulisan Tagore, penuh dengan kerinduan kepada alam yang perlahan-perlahan sedang diragut oleh “adad moden” dari hati manusia yang keras. Ia dengan cemasnya menyaksikan suatu zaman baru yang komersial, tumbuh kota-kota besar, teknologi hebat. Tetapi diketika yang sama, hati dan perasaan kelompok lain yang cintakan alam, bahasa ibunda mereka serta peradaban bangsa hancur luluh.
Bahasa Melayu (Bahasa Indonesia) bukan bahasa ikan bilis, yang sifatnya mengelak daripada bertembung dengan ikan-ikan jerung pemangsa, tetapi sebuah bahasa besar ke lima jumlah penggunaannya di dunia. Dituturkan lehih 300 juta manusia di Nusantara atau Alam Melayu. Orang Melayu sepatutnya bermegah dengan bahasa mereka!
Bahasa Melayu terhutang budi kepada almarhum Presiden pertama Republik Indonesia, Sukarno kerana selepas Indonesia mencapai kemerdekan telah memilih bahasa Melayu menjadi bahasa Indonesia. Walhal ketika itu bahasa Melayu hanya dituturkan sebahagian kecil rakyat Indonesia yang tinggal di pesisir pantai Sumatera (Selat Melaka) seperti Provinsi Riau, dan Kalimantan, Borneo. Rakyat Indonesia yang bertutur bahasa Jawa lebih ramai, namun Sukarno memilih bahasa Melayu yang sedikit jumlah penggunaannya menjadi bahasa rasmi Indonesia, bahasa yang kemudiannya menyatukan ribuan etnik di Indonesia dari Sabang ke Maruke, Irian Jaya.
Kalau tidak kerana bahasa Melayu (bahasa Indonesia), andai orang Minang bertemu orang Jawa, mereka akan berkomunikasi dalam bahasa apa? Begitu juga di Malaysia, setiap negeri ada bahasa daerahnya sendiri. Orang Kelantan berbeza bahasanya (loghat) dengan orang Kedah, orang Terengganu berbeza bahasanya dengan orang Negeri Sembilan. Sabah dan Sarawak lebil lagi. Tiap-tiap negeri tak sama bahasanya pertuturannya. Justeru, kalau mereka bertemu, dalam bahasa apa mereka berkomunikasi nanti?
Kerana itu, Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) ditubuhkan atas desakan rakyat mahu melihat bahasa Melayu terus mantap dan terpelihara. Penggunaannya semkin meluas, maka istilah yang kurang di tambah, yang tiada diadakan . Kamus bahasa Melayu dahulu hanya 200 muka dahulu, kini menjadi lebih 500 muka surat.
Bahasa Melayu tidak lagi menjadi bahasa orang Melayu. Ia menjadi bahasa Malaysia atau bahasa kebangsaan dan dijamin oleh perlembagaan Malaysia. Kalau sesuatu yang dijamin perlembagaan pun kerajaan membelakangi, tak tahu apa akan terjadi kepada bahasa Melayu akan datang. Program Dwi Bahasa (PLP) ibarat menanam pohon dedalu dicelah dahan langsat.
Sejak dahulu, Dewan Bahasa Dan Pustaka diamanahkan oleh orang Melayu, supaya menjaga agar bahasa Melayu terus terpelihara, jangan sesekali mengizinkan bahasa warisan turun temurun itu dinodai oleh sesiapa pun dengan alasan apa pun. Biarlah kuasa yang dimiliki DBP mengatasi kuasa golongan politikus. Kalau tidak nasib bahasa Melayu seperti kapal dilambung ombak.
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker