Oleh; Rossem
Editor kanan
Utusan Malaysia , Ku Seman Ku
Hussein letak jawatan! Teringat
20 tahun dulu, bila saya ke pejabat
Utusan Melayu, Jalan Chan Sow Lin untuk
menyerahkan kartun kepada editor atau petugas akhbar Utusan Malaysia dan Utusan
Zaman, sebelum pulang singgah di meja beliau dulu. Seringnya saya ke sana awal pagi,
staf belum tiba, tetapi Ku Seman sudah
ada di mejanya. Kami berborak panjang tentang pelbagai hal termasuk politik
semasa. Ku Seman dilihat sosok yang berfikiran terbuka. Saya bertanya opini
beliau tentang reformasi yang tengah memencak ketika itu (1998), dan jawapan
diberikan bukan seperti seorang wartawan akhbar Utusan.
Lukisan kartun untuk Mingguan
Malaysia dan Utusan Zaman saya letakkan di
meja editor. Tiada siapa dalam bilik, staf dan editor belum
masuk pejabat. Setahun sekali belum
tentu dapat bertemu mereka, namun namanya dihafal. Editor sering bertukar ganti, editor atau Ketua Pengarang Utusan Zaman; yang saya ingat, Wahba, Ahmad Jusoh, Mat Piah Teh Idris. Mat
Piah pelik nama itu, sekarang menjadi
koloumnis akhbar Buletin Rakyat. Kawan rapat ialah Kamaruddin Mat Lela,
penolong editor Utusan Zaman. Pelik juga namanya.
Sepanjang ingatan tak ada
kartun-kartun saya ditolak editor Utusan Zaman atau Mingguan Malaysia.
Hanya sekali sekala, jarang-jarang, kadang-kadang ada terima telefon dari Mat
Piah Teh Idris memberitahu kartun sedikit
sensitif, diminta tukar dialognya. Ketika
itu menggunakan telefon rumah. Telefon bimbit belum wujud. Setiap panggilan
telefon amat berharga.
Ku Seman meletakkan
jawatan selepas lebih 32 tahun berkhidmat bersama Utusan Melayu. Suatu perjalanan
masa yang panjang. Justeru, tanpa rasa
rendah diri, ia mengakui “Utusan Melayu universiti saya” . Di Utusan ia mula mengenali dunia kewartawanan , merasai
pahit getir bekerja disebuah suratkhabar kepunyaan orang Melayu UMNO terbesar di Malaysia. Bermula tahun 1984 ,
semasa Tan Sri Zainuddin Maidin, Ketua Pengarang Utusan. Sehingga beliau membuat keputusan berhenti 26
Mac.
Ku Seman bukan dibuang kerja seperti berlaku kepada beberapa editor kanan sebelum
ini.Namun beliau tidak menyebut secara langsung sebab-sebab pengundurannya. Ada beberapa hal yang berlaku sebelum ini, melibatkan
tulisannya dan teguran-teguran yang diterima
terkait dengan tulisan lantang
beliau tahun lalu yang mempersoalkan integriti UMNO. Tulisan itu berjudul "Derma
RM2.6 bilion dan Integriti Umno" . Kolum
beliau yang biasanya terbit di Mingguan, edisi Ahad Utusan akhirnya
hilang tanpa berita.
“Utusan Melayu universiti saya” kata
Ku Seman yang berasal dari Perlis. Saya juga banyak berterima kasih kepada
Utusan, walaupun tak mengatakan “Utusan
universiti saya” tetapi Utusan
Melayu adalah penerbitan suratkhabar
pertama menerima kartun saya. Bermula tahun 1978 , Utusan menyiarkan setiap
Sabtu kartun lereng Konstabel Jabit.
Diikuti kartun Pak Din Pencen dalam Utusan Zaman dan Si Ayob dalam Utusan Kanak-Kanak.
Hayat Konstabel Jabit, Pak Din Pencen
sangat panjang iaitu selama 15 tahun (1978 – 1993). Selain dimuatkan dalam
suratkhabar, kartun saya juga
disiarkan dalam majalah-majalah terbitan
Utusan seperti Mastika, Karya, Al Islam, Qiblat dan Kawan. Tahun 2005 kartun
Mat Prihatin pula dimuatkan dalam Pancandera Mingguan Malaysia selama 3 tahun.
Jumlah keseluruhan, hampir 20 tahun kartun saya diterima muat dalam akhbar
utusan. Suatu masa yang lumayan lama.
Ketika menyumbang kartun pelbagai
tema di Utusan, tentang sosial, budaya, pendidikan bahkan politik, saya
melalui tiga ketua pengarang yang disegani, Mazlan Nordin, Zainuddin Maidin,
Johan Jaaffar dan Khalid Mohamad. Editor-editor zaman itu, menurut mantan
wartawan kanan Berita Harian, Imlan Adabi, berwawasan tinggi, mereka
menggunakan media untuk membentuk fikiran umum.
UMNO dapat bertahan sehingga ke hari ini antaranya adalah kerana peranan
dimainkan oleh akhbar-akhbar tersebut amat berkesan. Media massa kepunyaan
mereka berjaya membentuk pemikiran
sebahagian besar orang Melayu memberi sokongan padu kepada UMNO. Kerana itu, ketua-ketua pengarang berada dalam
posisi yang istimewa di mata masyarakat.
Era media melaporkan propaganda politik kepartian sudah berlalu, Saingan digital menjadi lebih mudah untuk pembaca
memilih berita terbaik dan bukan propanganda. Dengan wujudnya akhbar dalam
talian, facebook, twitter, blok, whatsApp, intergram, youtube, akhbar bercetak yang pro pemerintah mejadi malap. Seperti pernah ditulis A. Samad Said dalam Hujan Pagi, media kini bukan lagi mewakili suara rakyat namun
menuruti naluri pihak kuasawan.
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker
game slot
ReplyDeletegame slot gacor
game slot terbaik
game slot terpercaya
games slot gacor