Oleh: Rossem
Kemiskinan tegar- sifar!
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menyebut dalam ucapannya saat
pembentangan bajet 2016, 23 Oktober. Apa
kayu ukurnya, tak pasti. Yang kita tahu, setiap rakyat Malaysia memiliki
sekurang-kurangnya satu telefon tangan, kecuali kawasan kediamannya tak ada ada rangkaian atau line telefon. Malah
yang memiliki lebih dari satu juga ramai, untuk akses internet dan telefon
biasa yang harganya sedikit rendah. Kalau itu perkiraanya, memang Malaysia tak
punya warga yang berstatus kemiskinan tegar.
Saya pernah melihat seorang peminta sedekah yang duduk
bersila di depan pintu bank. Saat melewati lelaki kumuh itu telefon bimbit berdering dari sakunya. Segera ia mematikan. Malu
juga rupanya kalau diketahui orangramai
memiliki telefon bimbit. Saya beredar, wang seringgit untuk dihulur
kepada lelaki itu saya masukkan semula ke dalam dompet. Tak jadi. Hati tak
tergerak untuk menyedekahkan kepadanya. Sang peminta sedekah itu bukan dari
golongan kemiskinan tegar, kalau takrif “tegar” itu seorang yang mampu memiliki sebuah telefon bimbit tak kira
apa pun jenama.
Setiap rumah memiliki sebuah mesin basuh! Kalaulah takrif memiliki mesin membasuh
pakaian juga terkeluar daripada kemiskinan tegar, maka
benarlah seperti kata Perdana Menteri;
di Malaysia sudah tiada lagi kemiskinan tegar, kerana setiap rumah ada mesin basuh.
Begitu juga dengan
televisyen, setiap rumah ada media
elektronik itu, bahkan memiliki televisyen
berbayar-Astro. Berbeza dengan
tahun 1960an, ketika saya remaja , untuk memiliki sebuah radio pun orang
kampung tak mampu. Orang kaya saja memilikinya, disitulah tempat kami berkumpul
untuk mendengar siaran radio Malaya.
Sekarang hampir setiap rumah ada kereta, paling selekeh pun punya
motosikal kapcai. Pak Mat yang kerjanya mengambil
upah memetik buah kelapa dengan menggunakan
tenaga beruk juga menunggang motosikal
ke tempat kerja. Setiap pagi beruknya bertengek
di atas motosikal . Dalam perjalanan
Pak Mat singgah makan nasi berlauk
dengan secangkir kopi atau teh panas. Beruknya tunggu di atas motosikal. Dari dalam sangkar besi yang dibuat khusus si beruk menjeling
tuannya yang sedang sarapan pagi. Kalau kerana mampu memiliki sebuah
motosikal dikatakan sudah terkeluar dari
garis kemiskinan tegar, maka benarlah Malaysia sudah sifar kemiskinan tegar.
Bagaimana ukuran
kemiskinan tegar? Indikatornya ialah
pendapatan isi rumah mencukupi bagi membolehkan mereka memenuhi keperluan asas dari segi nutrisi
makanan yang menimum yang membolehkan setiap ahlinya mepunyai tubuh badan yang
sihat. Purata garis kemiskinan (2014) untuk Malaysia secara keseluruhan ialah
RM950 untuk miskin dan RM600 untuk miskin tegar.
Pernah berjumpa dengan rakyat Malaysia yang punya anak ramai dan masih
bersekolah sedang pendapatan isu rumahnya kurang dari RM1,000 per bulan. Wang itu juga
untuk bayaran bil elektrik, bil
air dan yuran persemolahan. Dengan harga barangan asas sekarang tinggi
melangit, tak mungkin RM1,000 mencukup untuk menyara keluarga. Itu kalau
tinggal di kampung, kalau di kota pasti deman tak kebah.
Kalau rajin masuk ke kampung-kampung, akan bertemu wanita mempunya lima atau enam anak masih
kecil kematian suami atau bercerai, menjalani kehidupan yang perit untuk
membesarkan anak-anak. Dengan pendapatan
bulanan yang sangat menimum pasti kehidupan menjadi sukar. Makan minum tak
terurus, pembelajaran anak-anak terabai.
Saya pernah menghadiri program pemberian
bantuan untuk armalah (ibu tunggal) parti peringkat Dewan Undangan Negeri
(DUN). Setiap kali program, dewan penuh sesak dengan armalah, majoritinya
pertengahan usia, datang untuk menerima
bantuan yang tak seberapa. Mengambarkan betapa ramainya golongan ini dalam
masyarakat. Kerajaan sepatutnya prihatin . Untuk menonjolkan diri mungkin
mereka malu kerana bergelar armalah.
Kejatuhan harga minyak di pasaran dunia menyebabkan
kerajaan mengalih kepada sumber lain
untuk menampung keperluan negara. Sumber
paling mudah, tak perlu berfikir panjang ialah GST. Setiap rakyat bila berbelanja mesti
menyumbangkan sebanyak 6 peratus dari perbelanjaan mereka untuk kerajaan. Najib ketika pembentangan bajet 2016 amat gembira kerana rakyat berlapang dada menerima
GST yan g diperkenalkan lebih setahun lalu. Bahkan secara sinis, berterima
kasih kepada pembangkang, kerana bajet mereka
juga ada GST, menunjukkan GST sudah diterima pembangkang.
Realitinya, sekarang rakyat hidup dalam keluh kesah dihimpit
pelbagai masalah. Kenaikan harga minyak, tol, barangan keperluan sehingga 100
peratus menjadikan rakyat ibarat senyum
di hadapan kamera. Itupun kerana diminta jurugambar. Hakikatnya rakyat yang berpendapatan rendah amat tersiksa dengan situasi dan kondisi yang
menimpa sekarang. BR1M yang dinaikankan
sedikit itu tak lebih sebagai panadol untuk melegakan sakit kepala sekadar untuk
beberapa saat.
Pemotongan peruntukan untuk kementerian pendidikan tinggi
sebanyak RM2.4 bilion. Peruntukan untuk universiti-universiti dikurangkan sebanyak
RM1.442 bilion. Antara berita buruk pada
sesi pembentangan bajet 2016.
Paling mendukacitakan, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra,
Kota Bharu tidak juga dinaikkan taraf
sebagai lapangan terbang antarabangsa. Tak ada disebut dalam Bajet 2016. Walhal Lapangan terbang itu antara paling sibuk di
Malayisa (selain Kuala Lumpur, penang)
bagi penerbangan domastik. Teringin rasanya mahu menaiki pesawat dari
Kota Bharu terus ke Jakarta, Bali, Doha, Bangkok tanpa melalui Kuala Lumpur.
Berita menarik seputar politik. PAS terus jadi
pembangkang. Kata Presiden PAS Datuk
Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang. Umno
jangan khuatir, gusar dan gundah gulana, PAS tak berhasrat untuk merampas Putrajaya.
PAS insha Allah akan kekal sebagai parti pembangkang yang sifatnya “men
erangkan” bukan “meyerang”. Kata Presiden parti Islam itu.
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker