Oleh: Rossem
Sejak balik Kelantan hampir sepuluh tahun, datang ke Kuala Lumpur sekali
sekala bila ada urusan penting. Saat jalan-jalan di kota, melewati
Jalan Gombak, teringat rumah kedai dua tingkat di Medan Idaman. 16 tahun dahulu, ketika saya tinggal di Batu
Cave, Kuala Lumpur, hampir setiap minggu
ke Medan Idaman, menyerahkan lakaran kartun untuk akhbar dan majalah atau datang untuk sembang-sembang politik
semasa. Pilihan kami, di kamar pejabat tingkat satu atau restoran mamak tingkat
bawah sambil minum teh tarik dan roti canai.
Ketika itu, tahun 1999, api reformasi sedang marak. Di jalan raya Kuala Lumpur saban minggu
anak-anak muda berteriak “Undur Mahathir
undur”. Media amat berperanan, olehkerana ketika itu belum wujud media baru
seperti facebook, twiter, blog, maka
akhbar , majalah dan risalah politik pro Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi
pilihan utama rakyat. Letak di tangga masjid, berebut-rebut jamaah solat Jumaat
mengambilnya. Apa saja media yang
menyokong reformasi laris seperti goreng
pisang panas.
Ahmad Lutfi Othman yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang
penulisan politik terjun dalam gelombang
reformasi lewat media cetak. Di
tangannya terbit akhbar mingguan dan majalah seperti Tamadun,
Detik, Wasilah. Beliau bertindak sebagai editor, penulis rencana dan
wartawan, dibantu rakan penulisnya Mohd Nor, sekarang bekerja di Harakah. Rumah kedai dua tingkat di Medan Idaman,
Gombak menjadi tempat operasinya. Lantai
bawah kedai buku, sementara pejabatnya di lantai satu.
Akhbar mingguan yang diterbitkan tak punya permit , untuk
mengelakkan daripada dikenakan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN), nama tabloid berubah-ubah setiap kali
keluaran. Yang tak berubah, karikatur Lutfi yang saya lukis sedang memegang pen kekal setiap keluaran diletakkan sebelah
mashead.
Kecuali majalah Tamadun, Detik dan Wisilah ada permit. Iaitu kepunyaan Mustaqim Amaludin Darus, putera lelaki
pengerak utama PAS dizaman awal penubuhan Parti Islam -Ustaz Amaludin Darus.
Beliau sering datang ke pejabat Lutfi. Disitu saya pertama kali mengenali beliau.
Lutfi meminta saya menyumbang kartun politik untuk setiap
keluaran majalah Tamadun dan Detik. Ada ketikanya bahkan sehingga semuka penuh. Isu panas yang digarap
seputar reformasi, gelombang kebangkitan rakyat menentang
kezaliman Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang
telah memecat timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim seterusnya mengirim ke penjara.
Selain diminta menyumbang
kartun politik untuk majalah Tamadun dan Detik, Lutfi juga meminta saya melukis
kartun untuk setiap keluaran akhbar
tabloid yang diterbitkan atas nama
Penerbitan Pemuda, ada ketikanya bahkan sehingga tiga atau empat kartun politik pro reformasi
dimuatkan setiap keluaran. Tak sukar, Isu politik ketika itu melimpah ruah ,hiruk
pikuk politik memudahkan idea datang
mencurah seperti hujan di musim tengkujuh. Setiap
hari, di kedai kopi, di pejabat orangramai berbicara tentang kezaliman Dr
Mahathir Mohamad. Dan Lutfi, sebagai
editor sekaligus tuanpunya Penerbitan Pemuda tidak pernah menolak kartun-kartun yang saya sumbangkan.
Lutfi yang saya kenali adalah seorang penulis politik yang bermata burung, melihat “politik” dari kacamata jurnalis. Ketika berbicara dengannya, Lutfi mendengar dengan tekun setiap pandangan
orang lain tanpa mengira anutan politk kepartian orang itu. Namun apa
yang ditulisnya, itulah opini beliau sebenarnya.
Selain menyumbang kartun tetap untuk
tabloid dan majalah, tiga buah buku karya saya juga diterbitkan Lutfi “Mereka Berkomentar Tentang Anwar” mengandung
180 muka surat berselang seli antara komentar pemimpin negara tentang Anwar
Ibrahim berserta karikatur mereka (April 1999), dan komik kartun tentang
reformasi berjudul “ Kartun Politik Semasa- The Lion King (TLK)”
.
The Lion King (1999) mengingatkan akan judul sebuah filem animasi Barat yang sangat popular ketika itu, namun The Lion King versi Malaysia
karya saya itu sama sekali berbeza dengan TLK Barat. TLK versi Malaysia sebuah komik politik yang sarat dengan
sindiran. watak manusia bahkan ditukar
kepada haiwan rimba agar lebih tajam
mesej sindirannya.
Dinsman menulis kata pengantar pada komik itu “ Kisah
bermula pada suatu hari, segala pembesar negeri Rimbasia berkumpul. Ada
mesyuarat tergempar dipanggil oleh Raja Singa.
Ada pengumuman penting akan dibuat. Segala spises binatang dalam hutan rimba pun
berkumpul, Beruang, Buaya, Kambing,
kerbau, katak, arnab, kura-kura, burung, ular, biawak, siamang, tupai dan sebagainya. “Tujuan saya memanggil
mesyuarat tergempar ini untuk memberitahu kamu semua bahawa timbalan saya Sang
Belang sudah dipecat, kerana berkelakuan tak senonoh dan mengaibkan negara Rimbasia”.
Kata Raja Singa.
Berita pemecatan itu menggemparkan seluruh penduduk
Rimbasia. Mereka tak percaya Sang Belang berkelakuan jahat seperti yang
dikatakan Raja Singa. Mereka membantah dan keluar berdemonstrasi. Laungan
“Reformasi” bergema di hutan belantara Rimbasia. Tetapi sperti yang
kita tahu, Raja Singa mempunyai pasukan pengawal keselamatan yang kuat. Di sini ia digambarkan sebagai pasukan gajah.
Maka bayangkanlah gajah-gajah yang berbadan sasa mengamuk sambil menyembur air
asid ke arah para reformis melalui belalainya.
Sebuah lagi komik kartun politik diterbitkan Penerbitan
Pemuda ialah “Ku Li dijerat lagi” atau The Adventure’s of Ku Lu. Kisah perjalanan hidup Tengku Razaleigh Hamzah daripada Umno, keluar
Umno, menubuhkan parti Melayu Semangat
46, kemudian membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) bersama PAS.
Dalam komik kartun itu digambarkan, Umno sebuah kapal diberi nama “Flor De La
Umno” sedangan belayar meredah samudera yang bergelombang buas. Sebahagian
anak-anak kapal yang diketuai Ku Li terjun ke laut, meninggalkan “Flor De La Umno” yang kira
hampir tengelam, membina kapal baru
“Semangat46” kemudian ditukar menjadi “APU” bersama PAS. Pada tahun 1990
peperangan laut paling senget berlaku antara armada laut “Flo De La Umno”
dengan armada laut “APU”. Dalam
peperangan itu (pilihan raya umum) armada laut “APU” tak mencapai kejayaan yang
diharapkan, hanya mampu menawan Kelantan. Malaysia kekal di tangan “Flo De La
Umno” di bawah Kapten Dr Mahathir Mohamad.
Disamping memasarkan komik itu di toko-toko buku sepertimana dilakukan penerbit buku dan
majalah, sebahagian naskah komik “Ku Li dijerat lagi” saya jual sendiri di tempat ceramah khususnya di Taman Melewar,
Kuala Lumpur. Peminat Berebut-rebut membeli sehingga setiap kali ceramah boleh
mencercah sehingga RM1,000. Suatu
pengalaman yang sukar dilupakan bersama Ahmad Lutfi Othman.
Ketika reformasi (1998), kebetulan saya aktif politik kepartian Kawasan Batu, Kuala
Lumpur, pernah mengundang Lutfi ceramah di atas pentas oposisi di Kg Batu
Muda. Fakta-fakta yang dilontarkan
ternyata memukau khalayak. Lutfi dengan kebolehannya yang tersendiri sukar
diganti.
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker