Oleh: Rossem
![]() |
Pemandangan Qaryah Ramadhan, Kota Bharu, Kelantan. |
![]() |
Dua wanita Inggeris dipakaikan kerudung. |
Sambil memandu mobil ke pejabat. Antara sering dilakukan ialah mendengar kaset bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh
qari terkenal Masjidil Haram, Mekah, Sheikh Abdulrahman Al- Sudais. Tapi
mendengar sang Sheikh membaca ayat-ayat suci al-Quran di bulan Ramadhan membawa kesan tersendiri yang sukar
digambarkan. Ia samasekali berbeza dengan bulan-bulan lain.
Mendengar dan mengamati dibulan Ramadhan, hati terasa benar-benar sayu, kalammullah itu meresap
jauh ke lubok hati yang paling dalam sehingga tak sedar kelopak mata bertakung
air. Barangkali inilah kelebihan bulan
Ramadhan seperti dijanjikan Allah SWT sebagai bulan keampunan dosa, rahmat; dan
pembebasan dari api neraka. Juga bulan yang boleh membentuk hati manusia yang
keras menjadi selembut sutera.
Sheikh Abdulraham Al-Sudais
telah dikurniakan Allah dengan suara yang merdu. Saya meminati bacaan beliau
sudah lebih 20 tahun, kaset-kasetnya banyak
dalam simpanan.
Pernah berangan-angan untuk bertemu sang Sheikh dan
alhamdulillah Allah SWT telah memperkenankan hajat itu, pada musim haji 2006 dapat melihat dari dekat
imam terkenal Masjidil Haram serta
kesempatan mengerjakan solat dengan
berimamkan beliau selama berada di Tanah Haram.
Naluri manusia itu berbeza. Ada yang cepas tesentuh hatinya disebabkan
kerana mendengar alunan suara
yang sangat merdu lantas meresap langsung ke jiwa. Nyanyian-nyanyian Tan
Sri P. Ramlee (Allayarham) misalnya masih
terus diminati sehingga sekarang tak lain kerana penyanyi itu memiliki
suara yang merdu.
Kalau suara yang
merdu digunakan untuk memperdengarkan bacaan ayat-ayat al-Quran dengan tawjuid
yang betul, lebih ramai akan
tertarik, kerana selain suara merdu,
ayat-ayat al-Quran itu sendiri sarat dengan makna yang mendalam, petunjuk,
penyembuhan dan sastera yang tak ada tandingan.
Malam kelmarin, di perkampungan Ramadhan atau Qaryah
Ramadhan, Dataran Stadium Sulan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, saya melihat dengan
takjub, dua wanita Inggeris duduk di belakang jamaah muslimat yang sedang solat
sunat tarawih melihat umat Islam beribadat. Anak-anak mereka sekitar usia empat dan lima
tahun dibiar berlari di ruang kosong antara batas jamaah.
Dari penampilan terutama
pakaiannya, mungkin mereka bukan wanita muslim, hanya singgah di Qaryah Ramadhan semata-mata tertarik dengan situasi perkampungan Ramadhan
yang diwujudkan pemerintah negeri Kelantan sejak 6 tahun tahun yang bercirikan
“Padang Arafat” di Mekah. Situasi ini tidak ada di tempat lain. Di sini jamaah bersolat
dalam khemah besar, berhawa dingin, yang boleh memuatkan lebih dua ribu jamaah,
sementara di luar khemah juga disediakan tikar.
Wanita Inggeris (Eropah) itu
barangkali saat melalui lokasi itu, mereka mendengar alunan bacaan
ayat-ayat suci al-Quran oleh qari yang diundang
khusus dari Mesir untuk
mengimamkan solat sunat tarawih sepanjang Ramadhan kareem, yangmana bacaanya juga kemiripan Sheikh Abdulrahman Al
Sudais, lantas tertarik dan duduk-dukuk di situ dengan santai.
Ramai jamaah yang hadir dan lalu lalang memerhatikan gelagat wanita Inggeris itu dengan
bangga sambil hati kecilnya membisikkan
sebuah doa; semoga di bulan Ramadhan yang penuh barakkah ini Allah SWT
memberikan wanita itu hidayah dengan
menyinari mereka dengan cahaya Islam
suatu hari nanti.
Tema lagu hari
kebangsaan
Suara dan lirik yang berkualiti pasti berbekas dalam hati
nurani mereka yang mendengarnya, kerana suara dan lirik adalah dua eleman yang
memiliki kekuatan tersendiri dalam merubah kehidupan manusia.
Sekarang dua elemen itu cuba
diterapkan pada rakyat Malaysia. Menteri Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim telah menulis sendiri lirik untuk lagu tema hari kebangsaan tahun
ini iaitu “Janji Ditepati” manakala melodinya
oleh Aye, Jasnie dan Arman E six.
Saya pertama kali mendengar
lagu itu juga dari kaset mobil. Mula-mula tak tahu bahawa lagu itu sebuah lagu
tema hari kebangsaan. Setelah mengamati liriknya baru sedar ia adalah sebuah
lagu tema atau lebih tepatnya lagu kempen Barisan Nasional untuk pilihan raya
umum ke 13. Antara liriknya berbunyi:
Ini janji kita, BR1M
Satu Malaysia
Ini janji Satu
Malaysia, terima satu Satu Malaysia
Kata kita dikota
Janji kita ditepati,
kedai Satu Malaysia
Maka ramai yang ikut protes, Buddhi Hekayat - penulis lirik
lagu yang memenangi anugerah, Awan Nano - lagu tema Hari Kebangsaan merupakan
satu "propaganda yang kasar".
"Bahasanya mungkin halus tetapi ia tak dapat timbulkan rasa cinta pada negara. Penulis liriknya seperti pemerintah yang puji diri sendiri," komentarnya yang saya petik dari Malaysiakini.
Bahkan dengan nada lebih keras beliau mengatakan "Janji sudah ditepati, kini masa balas budi" adalah seperti "meletak pisau ke leher rakyat".
Pandangan Buddhi Hekayat turut disokong oleh Bob Lokman, sosok yang menulis lirik lagu hit rock blada 80-an - Isabella - yang berkata bahawa lagu tema Hari Kebangsaan itu "murah dari segi tulisan, tiada nilai puitis, kata-kata yang digunakan sangat murah. Tiada nilai patriotik."
Selanjutnya Bob berhujah: Lagu patriotik perlu sesuatu yang menimbulkan semangat rakyat, bukan mengajar mereka membodek. Lagu ini membodek dan memberitahu orang yang mereka tiada pilihan. Ia kempen politik dan bukannya lagu Hari Kebangsaan.
"Bahasanya mungkin halus tetapi ia tak dapat timbulkan rasa cinta pada negara. Penulis liriknya seperti pemerintah yang puji diri sendiri," komentarnya yang saya petik dari Malaysiakini.
Bahkan dengan nada lebih keras beliau mengatakan "Janji sudah ditepati, kini masa balas budi" adalah seperti "meletak pisau ke leher rakyat".
Pandangan Buddhi Hekayat turut disokong oleh Bob Lokman, sosok yang menulis lirik lagu hit rock blada 80-an - Isabella - yang berkata bahawa lagu tema Hari Kebangsaan itu "murah dari segi tulisan, tiada nilai puitis, kata-kata yang digunakan sangat murah. Tiada nilai patriotik."
Selanjutnya Bob berhujah: Lagu patriotik perlu sesuatu yang menimbulkan semangat rakyat, bukan mengajar mereka membodek. Lagu ini membodek dan memberitahu orang yang mereka tiada pilihan. Ia kempen politik dan bukannya lagu Hari Kebangsaan.