Friday, June 22, 2018

Tentang penyair



Tentang penyair

Sepuluh penyair berdiri di lapangan memerhati   matahari sore perlahan-lahan  menghilang diri di kaki langit kemudian diminta menulis sajak tentang itu, masing-masing punya pengamatan sendiri yang tentunya berbeda dengan yang lain. Dan sajak yang dihasilkan pasti berbeda.  Lalu teringat  kata-kata seorang penulis Inggeris Edward Thomson tentang puisi Tagore “ Mendekatkan manusia kepada kehidupan yang nyata:  Hujan, awan, angin, sungai yang mengalir, lampu dan cahaya, seruling dan wina, burung yang pulang ke sarang, pejalan-pejalan letih yang kembali, bunga-bunga yang kembang dan keguguran”   Puisi meneduhkan kita dari apa yang kasar, serakah dan mengancam kegembiraan  hidup manusia.  Berbeda dengan slogan,   seorang politikus setiap hari  bisa sahaja membuat seribu slogan,  tetapi ia tidak sanggup membuat  satu sajak. “Puisi adalah untuk orang genius” Kata penyair sohor Negeri Cik Siti Wan Kembang, Rosli K. Matari saat menurunkan ilmunya pada Bengkel Puisi Sekali Sekala” di rumah M Arif  Padang Mokan, sore 22 Jun 2018.

Bola sepak, pintu dan pemimpin



Oleh: Rossem
Musim bola sepak piala dunia  bermula.  RTM membelanjakan RM30 juta  untuk menayangkan  siri perlawanan sukan berprestej itu dari gelanggannya di Moscow, Russia. Sudah dimaklumkan  RM30 juta itu bukan wang kerajaan tetapi tajaan.  

Indonesia menyebutnya sepak bola, Malaysia bola sepak.  Tak kiralah telor ayam atau ayam telor,  kereta api atau api kereta, realitinya bolasepak  permainan paling diminati di planet bumi tak kira siapa, orang berkulit putih, hitam, sawa matang, kuning langsat, berkain sarung, jubah, kimono dan seluar  patlun. 

Membaca menolog penulis terkenal Indonesia, Putu Wijaya  (Harizon 2016), suatu hari  (kononnya) beliau diundang memberi ceramah motivasi kepada sekumpulan orang-orang gila di hospital  Psychiatri (mental) di kota. Dalam dewan yang dipenuhi  ratusan orang gila itu, Putuwijaya memulakan ucapan “ Hari ini saya hendak beritahu anda semua yang berada  dalam dewan ini  bahawa sebenarnya anda tidak gila. Yang gilanya orang  di luar sana”.  Mendengar itu, orang-orang gila bertepuk tangan- gembira!   Lalu Putuwijya melanjutkan ceramah dengan memberi  contoh mudah -  permainan bola sepak dengan  22 pemain berkejaran berebut bola yang satu. Kalau bukan gila, itu apa?  Setiap kali bola ditendang ke gawang lawan,  ribuan penonton yang memenuhi stadium bertempik, bersorak.  Kalau bukan  gila, itu apa?  Orang-orang gila terus ketawa.  “Rupanya kita tak gila, yang di luar hospital itu gila”. Berbisik  salah seorang gila yang duduk di kerusi hadapan kepada sahabat gilanya. 

Jauh dari Moscow, di Malaysia, bola sekarang  di kaki Tun Dr Mahathir Mohamad!


 Tentang pintu
 
Asal namanya  rumah mesti ada pintu.  Minimum dua pintu. Depan dan belakang. Tetamu masuk melalui pintu hadapan, tuan rumah boleh pilih mana pintu ia suka. Orang Melayu mengambil berat tentang pintu. Maghrib tutup pintu. Anak dara  jika mahu keluar rumah, sedang di hadapan ada tetamu,  keluar guna  pintu belakang.  Jika tetamu bertandang,  kopi, gula kehabisan, tuan rumah  perlahan-lahan keluar ikut pintu belakang atau pintu dapur pergi  ke kedai  berhampiran beli kopi, gula. Sorok agar tidak  dilihat tetamu.  Air muka harus dipelihara. Itu budaya Melayu.  Hebat!
Seniman agung P. Ramlee (Allahyarham)  pernah bikin filem dengan judul pintu- Ahmad Al Bab (Ahmad Pintu). Bayinya menangis tak berhenti,  bawa jumpa doktor dan dukun , namun  gagal memberhentikan tangisan, kemudian  datoknya (AR Tompel)  menepuk-menepuk  daun pintu,  tangisan pun reda. 

 Sang sufi Nasarudin Hodja berpesan kepada isterinya tatakala  ia berpergian “ Selama aku tiada, jaga pintu baik-baik”.  Sebagai isteri yang taatkan suami, bila ke pasar pun dibawanya pintu bersama. “Wahai isteri Nasarudin, kenapa kau bawa pintu ke pasar, bukankah itu menyusahkan kamu?” tanya orang ramai kehairanan. “ Suamiku berpergian, berpesan, diminta aku jaga pintu, ke mana sahaja aku pergi, pintu ini akan aku bawa”. 

Sufi terkenal, Hamzah Fansuri mencari Tuhan di pintu kabaah, tak jumpa. Akhirnya jumpa Tuhan di pintu rumah. Yang bersalah, sejuk kaki tangan bila pintu siasatan dibuka, lebih sejuk lagi takala  memasuki pintu mahkamah seterusnya pintu penjara. 

“Ya Allah, bukalah pintu taubat untukku, bukalah pintu rezeki untukku,  tutuplah pintu neraka bagiku” Dalam doa juga menyebut pintu. Remaja bercinta juga  menyebut pintu “ pintu hatiku terbuka lebar untuk kau masuki”. Di dunia yang fana ini, pintu terakhir bagi makhluk bernama manusia ialah pintu kubur. 

 Islam juga ada   banyak pintu.  Siasah (politik) juga pintu.  Ramai orang memasuki  melalui pintu ini.  Tetapi Islam melarang   seseorang memasuki  pintu sesuka hatinya.  Ia mesti masuk melalui pintu tahuhid!.

Tentang sayangkan pemimpin

Apabila Julius Caesar dibunuh rakan karibnya Brutus. Orang bertanya Brutus “Kenapa berbuat demikian?”  Jawab Brutus “ Bukan aku tak sayangkan Caesar, tetapi aku lebih sayangkan Rom”.





Negeri Tak Lena Tidur


Tentang Negeri Tak Lena Tidur



Di Negeri Tak Lena Tidur, penduduknya tak tidur, di kedai kopi mereka bersembang sampai pagi tentang politik dan   negara. Tentang ekonomi walaupun bukan pakar ekonomi, tentang saham dan bursa walaupun istilah saham ditutup rendah pun mereka tak tahu, tentang janji 100 hari Pakatan Harapan, tentang petrol, harga ayam, daging, ikan dan sayur.  Ada bab-bab tertentu - menakutkan sehingga tak lena tidur.
  
Di Negeri Tak Lena Tidur, lahir ramai penulis-penulis  hebat.  facebook menampung karya mereka. Komentarnya mengalahkan wartawan Rauter atau Wall Strait Journel. Mereka tak tidur lantaran menulis facebook. Tabik kepada Bill Gate  yang mencipta pengisian komputer- bijak menyorok data, bayangkan kalau segala komentar, tulisan, gambar, imej  terkumpul menjadi  sampah. Pasti kerajaan Negeri Tak Lena Tidur terpaksa mewujudkan pula kementerian khusus tentang urusan sampah data komputer yang berlonggok di tepi jalan.  Sampah sisa-sia buangan pun tak mampu diurus dengan baik, ditambah pula dengan sampah data komputer, memang tak lena tidur dibuatnya.   
  
Di Negeri Tak Lena Tidur rakyat berkuasa. Bebas menulis apa sahaja. Fitnah, adu domba, provokosi perkara biasa. Rakyat bekerja sehingga tak tidur  mencari salah pemimpin. Hebat Negeri Tak Lena Tidur.  Amerika,  Perancis, Jerman  pun kalah. Trump geleng kepala?. 

 Di Negeri Tak Lena Tidur bukan bermakna rakaytnya langsung tak tidur. Tidurnya diganti pada siang hari. Boleh tidur di pejabat, di bahagian  terlindung bilik mesyuarat atau setor. Ada juga yang tidur ketika memandu kereta.  Terlelap dua saat pun sudah cukup. 

Fenomena tak lena tidur ini berpunca daripada  pemimpin lama kerajaan Tak Lena Tidur. Ada ubat tak lena tidur  dimusnahkan, kilangnya ditutup.  Akta Keselamatan Dalam Negeri  ( ISA)   adalah ubat paling mujrab untuk penyakit tak lena tidur. Najib yang menutup kilang itu setelah beroperasi sejak merdeka.  Akibatnya,  beliau sekarang  tak lena tidur.

Kepada kerajaan baru Negeri Tak Lena Tidur , rakyat Negeri Tak Lena Tidur menyarankan, agar kilang itu dibuka semula. Setelah beroperasi nanti  tangkaplah sesiapa yang didapati tak lena tidur tegar, ikat kaki tangan, sumbat pil (ubat)  itu dalam mulutnya setiap hari selama 2 tahun atau lebih.  Yang lain pun nescaya akan lena tidur. Negeri Tak Lena Tidur pun  kembali aman damai- semua rakyat boleh nyenyak  tidur seoerti tetangga kita bahagian selatan.








Wednesday, June 20, 2018

Bagaimana Islam datang ke Alam Melayu?




Islam datang ke Alam Melayu atau Nusantara abad ke 16 dibawa oleh ulama, pendakwah  Islam dengan metode Islamisasi tanpa paksaan.  Mereka kemudian menyatu dengan pribumi. Pendekatan yang dikembangkan cenderung kepada ajaran-ajaran sufistik dan kultural. Ajaran-ajaran tauhid, akhlak, masuk melalui jalur metafisika tasawuf. Jalur ini terbukti efektif untuk penduduk kepulauan Nusantara.

Tradisi dan kebudayaan berbau mitologis peninggalan anismisme-dinanisme dan hindu-budha tergeser secara mendasar oleh intelektualisme tasawwuf. Ajaran-ajaran metafisika sufi seperti konsep-konsep Tuhan, wujud, eksistensi, waktu, agama, dan konsep manusia mengantar penduduk pribumi kepada pembaharuan pola pemikiran dan pandangan hidup.

Selain itu, kepercayaan animisme-dinamisme lokal yang menonjolkan mitos dan kecenderuman pada kesaktian. Maka, ketika para pendakwah Islam dan walisongo memiliki kelebihan di luar kebiasaan (khariq al-‘adah) semakin mudah diterima pribumi. Dari jalur ini kemudian mitologi hindu-budha di-islamkan.

Ada kecenderungan, para sufi yang berprofesi dagang bererak lebih aktif dan memiliki rencana matang untuk pergi negeri-negeri Timur. Kaum Sufi dari Timur Tengah pada abad ke-12 yang berlayar ke Timur dikenal memiliki kelebihan pengetahuan tentang agama, bahasa, adat-istiadat dan sistem politik negeri-negeri Timur meliputi India dan Asia Tenggara.

Jadi, mereka datang berbekalkan  pengetahuan yang matang tentang dunia Timur. Pengetahuan sosiolois dan antroplois dipelajari secara mendalam sebelum pergi ke Timur. Khususnya kemampuan berbahasa Melayu.

Ada kemungkinan, mereka terlebih dahulu melakukan kajian  secara serius. Terutama aspek bahasa yang mereka gunakan dalam pendekatan dakwah Islam. Bahasa Melayu saat itu merupakan bahasa yang belum tersentuh oleh pandangan hidup dan konsep-konsep hindu-budha. Bahasa ini dianggap murni. Serta, tidak banyak digunakan oleh penduduk Nusantara.

Berbekal pengetahuan tentang adat-istiadat dan bahasa Melayu, pendakwah Islam dengan mudah mendirikan lembaga-lembaga pembinaan. Dengan jalur metafisika sufi, adat-istiadat diislamkan. Bahasa Melayu pun identik dengan istilah-istilah Arab-Islam, sehingga akhirnya menjadi lingua franca di bumi Nusantara.

Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas mengatakan:“Abad-abad ke-enam belas dan ke-tujuh belas suasana kesuburan dalam penulisan sastera falsafah, metafizika dan teologi rasional yang tiada terdapat tolak bandinganya di mana-mana dan di zaman apa pun di Asia Tenggara. Penterjemahan al-Qur’an yang pertama dalam bahasa Melayu telah diselenggarakan beserta syarahannya yang berdasarkan al-Baydawi; dan terjemahan-terjemahan lain serta syarahan-syarahan dan karya-karya asli dalam bidang falsafah, tasawuf dan ilmu kalam semuanya telah diselenggarakan pada zaman ini juga”( Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, hal.45).
Sunan Bonang menulis kitab tasawwuf berjudul Suluk Wijil. Ia juga mendirikan semacam padepokan, yang kelak disebuk pesantren mendidik santri-santrinya dengan keterampilan hidup. Di situ, Sunan Bonang berhasil mengislamkan banyak bangsawan Hindu yang berasal dari Majapahit (Abdul Hadi WM,Islam, Cakrawal Estetik dan Budaya, hal. 291).

Para sufi,  penyebar agama Islam sangat aktif melakukan ‘training’ kepada pribumi. Melatih keterampilan pertanian, perdaganan dan sebagainya. Seorang pengembara dari Portugis bernama Tome Pires menceritakan pengalamannya pada saat berkunjung ke Jawa dan Sumatera pada abad ke-16, “Para kaum sufi itu sangat aktif menjalankan organisasi dagang dan mengajarkan ilmu pertukangan atau seni kerajinan kepada pengikut-pengikutnya. Kerana itu tidak menghairankan apabila pengaruh Islam begitu kuat pada perkembangan seni ukir, batik, kaligrafi, musik dan sastera di pesisir tanah Jawa.
HAMZAH FANSURI
Hamzah Fansuri, asal Aceh, seorang ahli tasawuf dan filsafat Islam disebut sebagai orang yang pertama yang menggunakan bahasa Melayu dengan secara rasional dan sitematis-filosofis. Ia pernah melakukan perjalanan intelektual dari Asia Tenggara, India hingga Timur Tengah. Hamzah Fansuri sendiri tarikat  tasawufnya mengikuti tarikat Qadiriyah, tarikat  yang didirikan oleh Syekh Abdul Qadir al-Jailani.

Di Aceh juga terdapat ulama hebat, Nuruddin al-Raniri, ulama berasal dari Gujarat datang ke Aceh untuk melakukan islamisasi. Ia seorang sufi yang memiliki darah keturunan Ali bin Abi Thalib dari jalur Hasan. Dari segi ilmu tasawuf, al-Raniri memiliki dua jalur sanad tariqah. Pertama Sayyid Umar Al-Idrus, pemimpin tarikat  Ba’alawi di India pada zamannya. Kedua, dia memiliki sanad Tarikat Rifaiyyah dan Qodiriyyah. Dia juga pernah belajar di Hadramaut, pusat dan tempat lahir tariqah Ba’alawi. Tarikat inilah yang banyak mempengaruhi pemikiran Nuruddin al-Raniri.

Setelah masa kolonialisme, tarikat Ba’alawi berkembang pesat di Indonesia dan Malaysia. Tarikat  yang diantuk komunitas habaib/sayyid serta para pengikutnya ini membentuk komunitas-komunitas membaca zikir, kajian kitab dan lembaga-lembaga pendidikan suluk. Karakternya yang mengedepankan adab, dan tidak terlalu kaku dalam pengamalan tarikat (tanpa kewajiban baiat) menjadikan tarikat  ini berkembang pesat diikuti setiap lapisan masyarakat pedesaan dan perkotaan.
Ajaran dan amaliyahnya yang merupakan perpaduan antara tasawuf imam al-Ghazali dan tarikat  Syadziliyah dikemas dalam bentuk pengamalan yang mudah bagi kalangan umum umat Islam. Tarikat  ini menjauhi hal-hal rumit yang bisa membingungkan Muslim awam.

Dengan pendekatan ini, Islam lebih mudah dikenal dan disebarkan kepada penduduk pribumi Nusantara. Jalur metafisika sufi, terbukti lebih mudah ‘menembus’ benak penduduk Nusantara. Jadi, tasawwuf berhasil mengubah pandangan alam pribumi Nusantara. Dari mitologs diubah menjadi rasionalis. Dari animistis digeser menjadi Islamis.