Oleh: Rossem
Ada orang mencemuh menteri- menteri kabinet dari Pakatan
Harapan berusia 6 bulan lembab dan tak cekap. Tidak
ada pengalaman. Mereka tentunya membandingkan dengan menteri-menteri
dari kerajaan terdahulu. Pembandingan itu sangat tidak adil, masakan bisa sama; 6 bulan dengan 60 tahun. Namun dalam politik, kelemahan itu sememangnya dicari.
Yang negatif dilambung setinggi pohon kelapa.
Bukan semua tidak ada
pengalaman. Hanya menteri dan timbalan
menteri dari DAP, PKR dan Amanah sahaja tak ada pengalaman. Menteri dari BPBM ada
yang pernah menjadi menteri kabinet ketika dalam BN, termasuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
- berpengalaman luas sebagai Perdana Menteri paling lama memerintah Malaysia. PH masih bernasib baik. Yang berpengalaman
boleh menunjuk ajar. Yang tak tahu boleh belajar dari yang tahu. Lumrah
alam. Maka kita terima hakikat itu.
Fokus rakyat adalah kepada menteri yang dikatakan tak
berpengalaman. Sesuaikah mereka di posisi penting itu. Percakapannya dinilai,
perbuatannya diperhatikan, termasuk tahap pemikirannya. Menjawab soalan-soalan
spontan memerlukan kebijaksanaan sendiri, orang lain tak dapat membantu. Berhadapan
dengan wartawan bukan kerja mudah. Wartawan ibarat penjala ikan, hanya ikan
yang disukainya sahaja dilibas dengan jala, yang tak mahu, walaupun banyak,
dibiarkan berlalu. Berita-berita nagatif yang dicari. Diolah, ditulis, disiar lewat media
termasuk facebook dan twitter. Seluruh dunia tahu. Menteri jenuh menjawab. Sebenarnya itulah pengalaman mematangkan menteri. Patut bersyukur.
Bukan senang, bahkan
mustahil untuk merubah negara mengikut acuan yang kehendaki PH dalam sekelip mata. Bukan senang untuk merobohkan sebuah sistem
yang telah berakar umbi di dalam seluruh instrument dan segment masyarakat.
Bukan senang membina satu sistem baharu di atas timbunan runtuhan dan sampah
sarap kerosakan. Ini bukan perpindahan
istana Ratu Balqis dari Sa’aba ke Baitulmuqadis diatas perintah Nabi Sulaiman
as terjadi dalam sekelip mata. Seperti
juga kota Rom tidak dibangunkan satu hari. Pakatan Harapan memerlukan minimum tiga tahun untuk menampakkan hasil perubahannya.
Presiden Bung Karno
juga pernah menghadapi kondisi sama.
Pada Julai 1945 saat
mempersiapkan kemerdekaan Indonesia, beliau pernah menyebut; kita akan memerintah negara
yang rakyatnya pernah dijajah Belanda selama 500 tahun. Bukan rakyat yang 100
persen sihat dan terdidik. Sebahagian besar menderita oleh pelbagai penyakit disebabkan kelaparan, kebuluran. Kita tidak akan
menunggu, rakyat sihat baharu merdeka. Dalam kontek Malaysia, jangan tunggu
negara tak ada hutang baru nak memerintah.
Tentang pengalaman, teringat menteri-menteri kabinet pertama
Malaya selepas kemerdekaan (1957). Sekelumit pengalaman tidak ada. Tengku Abdul
Rahman pernah menjadi Ketua Daerah (DO).
Itulah jawatan tertinggi sektur pentadbiran berbanding yang lain -guru,
doktor dan peguam. Rakyat Malaya ketika
itu tak bersunggut, mereka faham menteri
tak ada pengalaman. Pembendaraan negara
kering kontang. Pasarana dan kemudahan rakyat tak dapat dibangunkan. Ramai
rakyat mengidap penyakit taun, malaria. Tiada kanak-kanak yang tak pernah berkudis pada
kaki atau badan. Setiap kampung rakyat sendiri
bangunkan sekolah secara gotongroyong agar anak-anak mereka dapat pelajaran. Jawatankuasa
sekolah kemudian mencari guru untuk mengajar tanpa gaji. Dua tiga tahun selepas
itu baharu guru-guru diterima kementerian pelajaran sebagai guru tetap dan dibayar gaji.
Rakyat ketika itu dapat menerima tanpa bersunggut,
mengeloh, kerana tahu, menteri-menteri mereka jujur dan ikhlas. Berkhidmat demi bangsa dan
negara. Malangnya generasi UMNO selepas itu telah berubah. Kepentingan diri
didahulukan. Mengejar menterialistik diutamakan. Akibatnya majoriti orang
Melayu menolak UMNO. Sebahagiannya pemimpinnya disiasat SPRM.
Menunggu didakwa di mahkamah.
Terbaru Presiden UMNO Zahid Hamidi dikatakan memiliki
RM21.25 juta dalam akaun yayasan kendaliannya. Kewangan diperoleh antaranya dari sumber mengurus warga asing yang mahu berkerja di
Malaysia. Untuk mendapat wang RM1 ribu
sebulan pun merah biji mata bagi rakyat marhaen.
Dahulu penyokong PKR
berhimpun di mahkamah untuk memberi semangat kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim, sekarang penyokong UMNO
berhimpun di mahkamah sebagai solidariti untuk Presdien mereka ,Zahid Hamidi.
Dunia benar-benar bagaikan roda pedati.
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker