Thursday, July 5, 2018

Tentang Negeri Pohon Celagi




Negeri  pohon celagi, nama saintifiknya Celagistan, baru dapat Memanda Perdana  baru. kerajaan lama tumbang  melalui pilihan raya yang berlangsung secara aman. Siapa sangka kerajaan  berusia 60 tahun boleh tumbang, ramai  tak percaya, nujum negara  pun  tak dapat membaca isi hati rakyat jelata.  sekarang mereka kemalu-maluan. Saling menyalah satu sama lain. 

 Kerajaan lama Negeri  Pohon Celagi,   seperti juga pohon celagi, rantingnya subur, daunnya lebat, berbuah sepanjang masa, mereka terpersona dengan suasana  itu. Bila tumbang ke bumi baru sedari, oh!  rupanya akar tunjang  reput,   cacing, semut, ana-anai dan segala  spesis tanah  sudah  bersarang di situ sekian  lama.   Menyesal   tak berguna. Pokok sudah tumbang.  Merawat semua pun belum tentu  kembali subur, pohon celagi sinonim  dengan baja taik kelawar,  sekarang  usahahkan taik, kelawar pun tak ada, pintu gua sudah ditutup  kerajaan baru.  

Negeri Pohon Celagi baru usai melantik menteri kabinet fasa  kedua. Acara angkat sumpah sudah berlangsung. Sukar juga memilih menteri yang sesuai dengan potfolio . Tetapi dengan pengalaman  Memanda Perdana,   ia dapat bezakan, beras dengan atah beras.  Dahan pitih diberikan kepada yang  pandai mengira duit guna  sempoa.  Menjaga kesihatan rakyat jelata  diberikan  kepada yang bertitle doktor.  Penjaga  pagar , diberikan kepada  spesis yang tahan lasak.   Pertahanan memerlukan  spesis seperti itu. Menteri  Anti Anai-Anai  dianggap menteri kanan dan penting, musush pokok yang datangnya dari dalam, itu tanggungjawab  Menteri  Anti  Anai-Anai.  Tugasnya  menangkap dan mendakwa.  Gas pemedih mata dibawah selian  beliau. 

Sekarang  kerajaan Negeri Pohon Celagi sedang mendakwa mantan Memanda Perdana  di atas beberapa pertuduhan terkait dengan penyalahgunaan buah celagi.  Rakyat jelata Negeri Pohon Celagi  tak sabar menunggu hasil pendakwaan itu. Pro dan kontra tak terelakkan.  Tanggungjawab  menjaga keamanan terletak di bahu Menteri Anti Anai-Anai.  Stok gas pemedih mata  banyak, jika perlu boleh gunakan.  

Bunyinya “buah celagi” . Kalau zaman don tak kala mula, buah celagi tak siapa yang teringinkan - masamnya aduhai. Sekarang celagi  sudah manis, menjadi rebutan. Ramai yang sudah ke “dalam” gara-gara menyalahguna  buah celagi. Harapan sebahagian rakyat jelata Negeri Pohon Celagi, agar mantan Memanda Perdana  dibicarakan secepat mungkin.  Itu baru empat pertuduhan, khabarnya  banyak lagi pertuduhan yang bakal dikemukakan kelak di mahkamah keadilan Negeri Pohon Celagi.  Ketua pendakwaan  Tommy  J Pisa. Op salah! Maaf! Tommy  J Pisa ialah penyanyi  Indonesia, lagunya ”Kenangan- Biarkan aku pergi” menusuk jiwa, adalah antara  lagu-lagu kegemaran  rakyat jelata Negeri Pohon Celagi suatu masa dahulu.

Negeri Pohon Celagi mempunyai   rakyat jelata yang  cerdas, bijak dan pakar dalam segala  bidang. Rumput, lalang, dedalu, angin ribut  pun memiliki kuasa  luar jangkaan. Jangan dipandang remeh,   Pokok Celagi boleh bergoncang  dek  kerananya. Mereka  adalah penulis facebook  yang tak pernah tidur. Tulisan, ulasannya bercampur baul antara fitnah, provokasi dan realiti.  

Sebenarnya rumput, lalang, dedalu, (kecuali angin ribut),  boleh dimusnahkan dengan semburan    racun.  Racun mahkluk perosak ini ada dalam simpanan Menteri Anti Anai-Anai.   Sekarang belum lagi dikeluarkan . Rumput, lalang, dedalu pun tak setinggi mana.  Rakayat Negeri Pohan Celagi tak usah fikirkan sampai  nak pecah kepala, serah sahaja kepada Menteri Anti Anai-Anai  atau Memanda Perdana.  

1 comment: