Oleh: Rossem
“Tidak ada pemimpin politik yang sempurna , baik di masa
lalu atau sekarang, baik di China mahupun di tempat lain” kata Liu Shao Chi,
mantan Presiden RRC (1947). “ Jika pun ada, ia hanya berpura-pura, seperti
seekor babi yang memasang siung bawang di mulutnya agar tampak sebagai gajah” .
Dahulu kempen-kempen politik berlangsung di panggung
opera, itu berlaku pada abad ke 17, 18,
19 di China dan Barat. Di Malaysia (Malaya) opera mula diperkenalkan pada awal abad 20, nama-nama
seperti Booty Suria Negara , Deen Opera
sangat popular ketika itu. Lebih menonjol ialah wayang
kulit, dengan kisah-kisah diangkat dari epik Ramayana (Hindu). Siapa
tak kenal dengan Seri Rama, Laksamana,
Hanuman, Rawana dan Sita Dewi. Cerita-cerita itu menjadi
daya tarikan masyarakat zaman itu untuk menonton sambil bersantai.
Disamping mengisahkan tentang kesaktian dan kehebatan Maharaja
Rawana, masyarakat Melayu khususnya di Kelantan menokok tambah “watak “ dalam wayang kulit dengan penampiulan
baru iaitu Wak Long dan Pak Dogol, dua watak ini
memberi nilai tersendiri kepada wayang
kulit di negara kita. Kalau serkas ada
badutnya , wayang kulit ada Wak Long dan Pak Dogol. Sifatnya yang kelakar dengan badannya yang jelak memejadi daya tarikan kepada khalayak untuk
datang menonton wayang kulit dan tidak boring.
Kemunculan dua sosok itu ditunggu-tunggu, lucu sehingga tak
kering gusi, ia bukan lawak bodoh, sebaliknya sarat dengan sindirian tajam,
menghantar pesan-pesan tertentu kepada masyarakat, menegur kesalahan dan kealpaan
masyarakat, kalau musim itu kebetulan
menjelang pilihan raya, maka dialog
atau pengucapan Pak Dogol dan Wak Long
juga diselit madah-madah kempen parti-parti
politik tertentu.
Kreativiti Tok Dalang tidak setakat memunculkan watak Pak
Dogol yang perutnya buncit dan Wak
Long berkepala botak, di negeri Kelantan ada lagi “pelakon tambahan” iaitu Wak Yoh dan Said. Perananya sama seperti
Wak Long dan Pak Dogol, melontar sindiran kepada khalayak untuk rakyat
berfikir, yang baik dituruti yang buruk dijauhi.
Akan datang, jika wayang kulit masih bernafas di Malaysia, hadirkan
pula watak Dr Mahathir, Najib,
Haji Hadi, Lim Kit Siang dan lain-lain menggantikan watak Pak Dogol, Wak Long,
Wak Yoh, Said, kerana mereka adalah pemimpin masyarakat dan tak kurang kelakarnya. Tentunya wayang kulit akan kembali diminati ramai. Box
office!
Saya sempat melalui zaman yang mengasyikkan itu, setiap tahun selepas musim mengetam padi, setelah
jerami padi dibakar, relung menjadi
bersih seperti padang bola, panggung atau bangsal wayang kulit didirikan, sebelah malamnya ada persembahan. Olehkerana cerita wayang kulit ini panjang,
tak habis satu malam, seringnya
berlarutan sehingga tujuh malam. Orang kampung bawa tikar bantal, baring di bendang padi yang sudah kering kontang sambil bersandar di
batas relung, seronok menonton dalam posisi seperti ini. Hantu mengantuk
datang, terus terlena. Tak kira
budak-budak atau orang tua.
Hanuman titisan darah para dewa, benih baik baka bersenu.
Orang gagah berani mulia raya, sokma
bandaya, Maharaja Seri Rama bapaknya. Raja yang memerintah dua belas gebalung
empat puluh cabangan anak sungai dari Pasir Mayang Derdap Muda hingga seluruh
telok negeri Kuala Dua. Hanuman, sekali
bertempik runtuh bukit bergugur bintang , sekali meraduk memusar buih, bah
salah ketika , angin salah puyan olak berubah. Demikian gambaran perkasanya
Hanuman menurut bait-bait puisi Rahimidin Zahari (Allahyarham) lewat bait-bait
puisinya dalam buku Laut Tujuh Gelombang
Buit (ITBM-2013).
Radio mula masuk ke
kampung saya sekitar tahun awal 1960, berstatus
barang mewah, hanya orang kaya sahaja
mampu memilikinya. Masalah lain ialah bukan semua tempat dapat menangkap gelombang
siaran. Di kampung saya, seorang sahaja memiliki
radio ketika itu, beliau terpaksa menyambung dua batang galah (buluh) dipacak berhampiran rumahnya untuk mendapatkan
gelombang siaran satu-satunya dari Kuala Lumpur. Orang kampung tak putus-putus datang
mendengar radio. Menjelang pilihan raya, berkumandang lagu “marilah mengundi”
nyanyian Datuk Zainal Alam (Allahyarham).
Undilah tuan
dan puan,
27 bulan pilihan raya yang pertama
Pergilah undilah bersama-sama
Hari undi di Persekutuan,
Julai 27 hari bulan
Jangan lupa encik dan tuan tuan
Undilah calon yang tuan puan berkenan.
27 bulan pilihan raya yang pertama
Pergilah undilah bersama-sama
Hari undi di Persekutuan,
Julai 27 hari bulan
Jangan lupa encik dan tuan tuan
Undilah calon yang tuan puan berkenan.
Olehkerana tak ramai orang kampung mampu memiliki televisyen, Jabatan Penerangan masuk ke kampung-kampung menayangkan filem propanganda kerajaan. Semua orang kenal “wayang pacak” Jabatan Penerangan, logo harimau kurus sangat sinonim dengan masyarakat ketika itu, tua muda semua kenal. Seringnya tayangan wayang gambar diadakan di padang sekolah. Selepas separuh masa, tayangan pun diberhentikan selama setengah jam untuk memberi peluang penceramah menyampaikan arahan-arahan dari kerajaan, kemudian diteruskan semula tayangan sehigga jam 11.00 atau 12.00 malam.
Ceramah politik wujud sejak merdeka lagi, diadakan di lapangan, dibina pentas khusus untuk pemidato. Istilah “ceramah” belum popular, seringnya orang menyebut “syarah politik” atau “pidato”. Ceramah politik berterusan sampai sekarang terutama menjelang pilihan raya. Parti-parti oposisi terutama PAS, PKR, dan lain-lain masih mempertahankan kaedah ceramah di lapangan sebagai satu bentuk kempen yang efektif.
Masa terus berlalu, media masa lalu perlahan-lahan ditinggalkan. Kempen politik semakin mudah dengan media baru mengambil alih. Facebook, twitter menjadi raja bertahkta di setiap saku rakyat Malaysia. Lebih terbuka dan bebas daripada media cetak. Tanpa mengenakan apa-apa bayaran selain kos melangan internet. Ada yang membuka akaun facebook semata-mata untuk melepas geram kepada parti-parti tertentu, menulis kata-kata yang brutal, namun majoritinya manfaatkan kemudahan facebook untuk saling merapatkan ukhwah sesama-sama disamping bertukar-tukar fikiran secara sihat. Publik juga memerlukan opini politik semasa dari penulis politk yang berwibawa bukan cyber troopers.
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker
situs online terpercaya
ReplyDeletesitus slot
situs slot bonus new member
situs slot terpercaya
situs terpercaya