Oleh: Rossem
Jakarta
yang berpenghuni 12 juta orang pada waktu siang dan 8 juta pada waktu malam,
kerana 4 juta pulang ke luar kota setelah habis bekerja pada siang hari, menjadikan Jakarta kota paling padat di rantau ini. Macet (Jem) adalah
lumrah. Jarak setiap mobil yang bergerak
di jalanraya terlalu dekat, hampir tiada celah atau ruang kosong , jarak ketika berselisah sekitar satu
kaki antara satu sama lain. Pelbagai jenis kenderaan meredah arus macet untuk ke distinasi masing-masing terutama waktu
puncak, pagi dan sore.
Jika
mahu keluar dari simpang, mengharapkan suasana lengang dengan kereta
berkurang, sampai jam 3 pagi pun belum
tentu dapat keluar atau membelok. Di sini asalkan “telus” kepala mobil,
sudah dikira boleh masuk , secara
spontan kereta lain akan memberi laluan
tanpa menunjukkan amarah. Di Malaysia,
cara itu “cari penyakit” namanya.
Lori,
bas, teksi, grab, mobil persendirian adalah pengguna setia jalan raya, namun
speda motor (motosikal) dianggap “raja jalan” kerana jumlahnya banyak. Warga
Jakarta berulang alik ke kantor (pejabat), pabrik (kilang) dan lain-lain urusan menggunakan
motosikal kerana pergerakaannya pantas
sekaligus dapat mengelak dari macet.
Bajaj yakni motosikal tayar tiga masih
berfungsi sebagai penggakutan awan utama di sini.
Rata-rata
kereta yang digunakan warga Jakarta kelas mewah impot dari Jepun. Kereta Malaysia hampir
tak ditemui. Usia kereta pula di bawah 10 tahun. Saya dapat bayangkan, risiko menggunakan kereta lama terlalu tinggi, terdedah kepada pelbagai kerosakan,
seperti suhu panas pada enjin ketika
mengharungi macet berat setiap
hari.
Hon dimanfaatkan sepenuhnya oleh supir (pemandu). Di Indonesia supir tidak takut membunyikan hon
bertalu-talu bertujuan memberitahu
pengguna jalanraya agar waspadai. Bunyi itu biarpun menambahkan lagi kebisingan ibu negara Republik
Indonesia, tetapi orang Indonesia bisa
terima, berbanding dengan kita di Malaysia,
membunyikan hon adakalanya menimbulkan salah sangka pemandu lain sehingga menimbulkan perbalahan. Kecelakaan
jalan raya di kota Jakarta amat rendah, tak sepadan dengan kenderaan bersimpang
siur dan pejalan kaki seperti semut keluar dari busut.
Kota tua Jakarta suatu tempat menarik untuk dikunjungi dengan bangunan tinggalan Belanda dijadikan
monumen sejarah. Dikenali juga dengan sebutan Batavia Lama (Old Batavia).
Keluasan 1,3 kilometer persegi, lokasinya antara Jakarta Utara dan Jakarta Barat. Pada
abad ke 16 terkenal dengan julukan “Permata Asia” dan “Ratu dari Timur” oleh
pelayar Eropah. Kolonial Belanda
menganggap Kota Tua Jakarta sebagai pusat perdagangan untuk benua Asia
kerana lokasinya strategik dan sumber dayanya lumayan.Di sini terdapat bangunan bersejarah yang pernah menjadi tempat kediaman dan pejabat Gabenor Jeneral Belanda (Stadhuis Batavia) selama 500 tahun ketika Belanda menjajah Indonesia, kini dijadikan Muzium Sejarah Jakarta. Di halaman hadapannya yang luas, pengunjung bisa mengayuh basikal dengan memakai topi zaman Belanda sambil bernostlagia 100 tahun ke belakang dan berselfe dengan membayar sedikit wang kepada tuan punya basikal.
Di sebelah Muzium Sejarah Jakarta, terdapat sebuah lagi bangunan lama tinggalan Belanda yang kini dijadikan Muzium Seni Rupa dan Keramik Jakarta. Dibangun tahun 1870 pada masa pemerintahan Gubernur Jenderal Pieter Miyer untuk digunakan sebagai mahkamah. Sejak tahun 1990 dijadikan Muzium Seni Rupa dan Keramik Indonesia.
Istimewanya
muzium ini, menempatkan koleksi seni lukis klasik Indonesia yang dihasilkan
seniman-seniman besar Indonesia sejak
kurun ke 18, antaranya karya Raden Saleh yang dihasilkan antara
tahun 1880 -1890. Raden
Saleh berketurunan Arab-Jawa, ayahnya
Sayyid Hoesen bin Alwi, manakala Ibunya
Mas Adjeng Zarip Hoesen (Jawa) dari Semarang.
Lahir pada 1807 dan meninggal 1880. Meminati seni lukis sejak
kecil, keluarganya lalu menghantar
belajar melukis di Belanda. Antara karya beliau yang diperagakan di sini ialah "Penangkapan
Pangeran Diponegoro " (1857)
dan "Penyerahan Diri Diponegoro"
(1835). Lukisan suralis yang sangat tinggi nilai atistik. Dari sudut sejarah
lukisan itu mengingatkan kembali perjuangan pahlawan Diponegoro saat-saat
beliau ditangkap seldadu Belanda.
Fokus utama kunjungan ke Jakarta ialah Bazaar Art Jakarta yang berlangsung di Pacific Palace, sebuah acara tahunan yang berprestig, menghimpun serta memperagakan ratusan karya lukisan oleh pelukis-pelukis terkenal Indonesia dan seluruh dunia, antaranya pelukis Antoe Budiano, Tommy Wondra, Arifien Neir dan ramai lagi. Untuk memasuki dewan pameran harus menempah tiket menerusi online. Pameran dari 27 hingga 30 Julai 2017. Kami mengunjungi pada hari perasmian.
Banyak “pelajaran” bisa dikutip dari tempat-tempat yang dikunjungi itu. Dibawa balik dan dimanfaatkan, kerana ia ada hubung kait dengan tugasan kami di Malaysia khususnya Negeri Kelantan. Rombongan seramai 9 orang, iaitu empat pelukis dari Persatuan Seni Lukis Kelantan (PESENI), dua dari Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, diketuai Exco Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan, Mejar (B) Dato’ Md Anizam Abdul Rahman, merangkap Pengerusi Muzium Negeri. Turut bersama ialah Pegawai Khas Exco. Justeru apa yang kami ”pelajari” di sana berguna dari aspek kebudayaan dan seni tampak.
Pada kesempatan itu, saya dapat bertemu rakan-rakan kartunis dari Indonesia, antaranya Presiden Persatuan Kartunis Indonesia (PAKARTI), Jan Praba, kartunis suratkhabar IndoPos, Muhammad Syafuddin atau Ifoed, Ahmad Antawirya, Oscar Budi Trianto, wartawan Sahid, Ahmad Damanik, Dosen universiti Wirawan Sukarwo dan lain-lain. Mereka datang ke tempat penginapan dengan meredah macet sore yang berat. Ifoed dan Muhamad Danamik menaiki keretapi kerana tinggal di luar kota. Malamnya, kartunis Ahmad Antawirya dan Wirawan Sukarwo menjamu sate kambing di warung sate Kebun Sirih. Taman Ismail Marzuki yang masyur juga sempat dikunjungi dan berpeluang bertemu penyair Jose Rizal Manua.
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker