Oleh: H. Rosidi Semail (Rossem)
Sebuah wacana pemikiran Tuan Guru Haji Sulong, Kilauan
Permata Pattani telah berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur
(DBPWT), Kota Bharu, Kelantan, Malaysia tanggal
9 Januari 2016, dirasmikan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ H.
Nik Abdul Kadir Nik Mohamad. Panelis terdiri
Prof. Madya Dr. Ahmad Omar Chapakia dari
Universitas Pattani, Thailand, Zamberi A. Malek penulis buku Tuan Guru Haji Sulong, Ustaz
Farid Mat Zain dosen Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam Universitas Kebangsaan
Malaysia (UKM) dan Ustaz Abdul Razak Mahmud, mantan editor Majlis Agama Islam
dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
-----------------------------
Wilayah Pattani, Yala, Narathiwat dan sebagian wilayah
Songkhla pada abad 18 berstatus sebuah negeri Malayu Islam terkenal di rantau
ini. Pattani sebagai pusat tamadun
Islam banyak melahirkan ulama, walaupun awal abad 20, negeri umat Islam di Selatan Thai itu hilang
status sebagai sebuah negara berdaulat kerana ditakluki Siam, tetapi masih mempunyai
ramai ulama. Mereka berperanan membela agama dan mempertahankan identiti umat
Islam dinegeri yang akhirnya masyarakat Islam menjadi minoriti di negara penganut Budha-Thailand.
Diantara mereka ialah Tuan Guru Haji Sulong bin Abdul Kadir.
Haji Sulong ketika remajanya belajar di Mekah (awal abad
20), sekembalinya ke tanah air membuka pondok
dan berjuang menegakkan syariat Islam lewat politik. Pada tahun 1943, kondisi
masyarakat Islam di Selatan Thailand
amat tertekan apabila pemerintah Phibul (Perdana Menteri Thailand) membatalkan undang-undang Islam yang terkait
dengan kekeluargaan dan pesaka serta memashuhkan jawatan mufti (Dato Yatitham).
Umat Islam dipaksa menerima undang-undang civil yang bercanggah dengan syariat Islam.
Umat Islam Pattani membuat
pilihan sendiri. Haji Sulong dilantik oleh masyarakat sebagai kadi (hakim)
untuk urusan yang terkait dengan undang-undang kekeluargaan Islam tapi jawatan
itu tak diikthiraf oleh pemerintah Siam yang berpusat di Bangkok.
Sikap diskriminasi yang melampau oleh pemerintah Siam-Budha
terhadap umat Islam di empat wilayah Selatan, membangkitkan kebencian umat Islam kepada pemerintah terutama pegawai-pegawai kerajaan yang sering menipu dan menzalimi rakyat.
Tiada kebebasan bersuara, berfikir, bergerak dan berpolitik. Sesiapa yang cuba menegur pemerintahan Siam,
ditangkap dan dibunuh. Rumah-rumah di selongkar, perempuan dirogol, nyawa orang
Islam tiada harga.

Tak tertahan dengan kezaliman pegawai kerajaan,
umat Islam mengutus surat kepada pemerintah,
akhirnya kerajaan Tawang Thamrong Nawasawad membentuk penatia khusus (20 Maret
1947) untuk menyiasat apa yang berlaku di wilayah Selatan supaya dapat
diperbetulkan.
Penatia itu tiba di Pattani tanggal 3 April 1947, Haji
sulong sebagai Ketua Majlis Agama Islam
dan peimpin masyarakat Islam Pattani mengadakan perjumpaan dengan
kira-kira 100 ketua masyarakat Pattani
berbincang dan merangka tuntutan yang mahu diserahkan kepada penatia
yang dikirim pemerintah Siam. Tujuh tuntutan dapat dirumuskan iaitu:
1.
Pemerintah Thai hendaklah melantik pemerintah
daerah (Pattani, Yala, Narathiwat dan Satun) mereka yang beragama Islam.
2.
Hasil yang didapati di empat wilayah ini hendaklah dibelanjakan
untuk wilayah ini sahaja.
3.
Pelajaran bahasa Melayu dibenarkan diajar di
sekolah dasar sehingga darjah empat.
4.
Karyawan kerajaan di empat wilayah ini 80 persen
diambil dari kalangan orang Islam lokal
5.
Membenarkan bahasa Melayu diguna di kantor
pemerintah disamping bahasa Thai.
6.
Membenarkan Majlis Agama Islam menggunapakai
undang –undang sendiri (syariat).
7.
Pemerintah hendaklah mengasingkan Mahkamah
Syariah daripada mahkamah kerajaan di empat wilayah ini.
Tujuh tuntutan itu diserahkan kepada pemerintah pusat dan diberikan perhatian serius oleh Pusat.
Perdana Menteri Thai
ketika itu, Tawang Thamrong Nawasawad membawa tujuh tuntutan itu ke mesyuarat
kabinet (Julai 1947), namun ditolak kabinet. Hal ini mengecewakan Haji Sulong
dan umat Islam empat wilayah Selatan itu.
Walaupun begitu, Haji Sulong meneruskan
peranannya menekan pemerintah yang ketika itu mengamalkan sistem
demokrasi. Beliau memberi tumpuan kepada
dua institusi agama ialti masjid dan pondok.
Pergerakan Haji Sulong
menimbulkan kebimbangan pemerintah Thai, lebih-lebih lagi beliau akrab
dengan seorang lagi tokoh politik luar
(Kelantan) iaitu Tengku Mahmood
Mahyuddin. Pada Disember 1947, Ahli Dewan Senet Thai, Bajong Sricharon berjumpa
dengan Tengku Muhyuddin di Rantau Panjang, Kelantan, Malaysia. Hasil perjumpaan
itu Tengku Mahyuddin bersetuju pada
dasarnya untuk menghadiri perbincangan
dengan pemerintah pusat di Bangkok. Haji Sulong tak hadir dalam
perbincangan di Bangkok, Tengku Mahmood sebagai wakil beliau dan umat Islam
empat wilayah Selatan.
Sepucuk surat ditulis Haji Sulong diberikan kepada Tengku
Mahmood Mahyuddin supaya diserahkan kepada pemerintah Pusat di Bangkok, isi
surat tersebut berbunyi :
Orang-orang Melayu (Islam) dalam
pemerintahan Siam merasa azab sengsara diatas perbuatan zalim yang dilakukan pegawai kerajaan ke atas kami.
Kita sudah merayu kepada kerajaan Siam tapi tak berhasil, sebab itu kita
mewakilkan Tengku Mahmood Mahyuddin bin Tengku Abdul Kadir mencari jalan supaya
jangan menghalang bangsa Melayu untuk
mempraktikan ajaran Islam dan adat istiadat bangsa Melayu.
Sebulan selepas itu, tanggal 16 Januari 1948, Haji Sulong
ditangkap bersama beberapa orang sahabatnya iaitu Wan Uthman Wan Muhammad, Haji
Wan Hussain dan Wan Mohamad Amim. Dengan tertangkapnya Haji Sulong rundingan
damai yang diusahakan Tengku Mahmood Mahyuddin dengan pemerintah pusat di
Bangkok terhenti. Haji Sulong yang bergerak secara damai dianggap sebagai penentang dan pemberontak. Padahal pergerakannya bukan untuk
memerdekakan empat wilayah umat Islam di Selatan.
Berita penangkapan Haji Sulong tersebar luas. Timbul
reaksi daripada masyarakat Islam lokal dan macan negara. Pada 19 Januari 1948 pengikut
beliau berdemonstrasi di depan balai
polis Teluban, tempat Haji Sulong ditahan. Menuntut supaya pihak kerajaan
memberi sebab, kenapa Haji Sulong ditangkap. Tuntutan tak dilayan. Haji Sulong
dipindahkan ke penjara Pattani, kemudian ke Nakom Sri Thammarat, diantara
alasan diberikan ialah; Haji Sulong mempunyai pengikut yang ramai di Pattani,
kalau terus ditahan di wilayah itu khuatir pengikutnya akan berbuat sesuatu yang
bisa kerosakkan keamanan.
Pertengahan Juni 1952, Haji Sulong dibebaskan dari penjara
setelah 4 tahun berada dalam tahanan.
Kepulangannya ke Pattani disambut ribuan umat Islam. Mereka menunggu di stesen
keretapi Kokpor. Umat Islam masih mengharapkan kepimpinan Haji Sulong. Buktinya
majlis pengajian Haji Sulong semakin diminati orangramai. Masjid tempat beliau
menyampaikan pengajian penuh dengan jamaah, Pengaruh Haji Sulong ternyata kuat. Perkembangan itu menyebabkan kerajaan
Thai bimbang. Gabenor wilayah, Phraya Rattanapaldi mengeluarkan arahan (24
Disember 1953) menutup majlis pengajian
yang disampaikan Haji Sulong. Sejak itu Haji Sulong tak dibenarkan mengajar.
Arahan itu membuatkan Haji Sulong menulis surat kepada Luang Sanavin Viwat,
Menteri Dalam Negeri menjelaskan bahawa
beliau tak berniat menentang kerajaan
dan menuntut kemerdekaan. Antara suratnya berbunyi:
Saya hanya mengajar
agama kepada orang yang datang untuk belajar secara sukarela. Buat masa
sekarang saya tak kemana-mana, hatta ke
majlis khawin atau kematian, supaya tak dituduh melakukan aktivitas yang tak
disukai pemerintah.
Surat rayuan Haji Sulong ditolak. Menunjukkan tindakan
gabenor wilayah direstui pemerintah
pusat di Bangkok. Bahkan mereka sudah merancang tindakan lebih berat ke atas
Haji Sulong. Kebetulan waktu itu perkembangan politik di Tanah Melayu sedang
hangat kerana Tanah Melayu sedang proses kemerdekaan daripada Inggeris.
Haji Sulong dipanggil oleh Kolonel Bunlert Lert Paricha,
Ketua Polis Songkhla. Tanggal 13 Ogos 1954 Haji Sulong bersama Wan Seman
Muhamad, Che Ishak Yusof dan Ahmad Haji Sulong berangkat dengan mobil dari
Pattani ke Songkhla. Berepa hari selepas itu, kedengaran berita kehilangan Haji
Sulong dan kawan-kawannya. Kehilangan Haji Sulong secara mistri, menambahkan
ketegangan politik di empat Wilayah.
Umat Islam percaya Haji Sulong dan mereka yang bersamanya dibunuh oleh
polis Songkhla.
Haji Sulong disifatkan sebagai ulama dan mujahid besar
bumi Pattani. Kehilangan beliau menambahkan simpati umat Islam dan marah
serta benci kepada pemerintah Thai sehingga ke hari ini.
Cucu Haji Sulong Surin Pitsuwan, pernah menjadi menteri luar
Thailand dan Setiausaha Agung ASIAN, dalam sebuah tulisannya beliau menyifatkan
: Haji Sulong sebagai ulama dan pemimpin perjuangan yang berjuang mewujudkan
identiti bagi masyarakat Islam. Lantaran
itu, setiap pergerakan perjuangan yang ada sekarang adalah sebagai symbol
pemimpin perjuangan Pattani.
Haji Sulong lahir di Pattani tahun 1895. Mendapat pendidikan
awal di pondok Tok Guru Wan Musa (ayah beliau). Ketika usia 12 tahun, menyambung
pelajaran di Mekah. Tahun 1927 pulang ke tanah air. Pada 1929 beliau membuka
pondok iaitu Madarasah Al-Maarif Al Wataniah Al Patoni.