Menunggu PAS usai muktamar
Oleh: Rossem
Sistem demokrasi membenarkan setiap rakyat menubuhkan berapa
banyak parti politik yang mereka mahu. Di
Malaysia tak kurang 20 buah parti politik termasuk Bebas bertanding
dalam setiap kali pilihanraya. Barisan
Nasional (BN) bergabung dengan 13 buah
parti politik. 5 dari Semenanjung dan
selebihnya dari Sabah dan Sarawak.
Membentuk menjadi sebuah parti
menggunapakai satu lambang iaitu
Dacing, sebelum itu Kapal Layar (Perikatan).
Lawan kepada BN ialah PAS, PKR , DAP dan PSM. Hanya mulai Pilihan Raya Umum ke 12, keempat-empat parti itu berkerjasama secara
lebih mantap, membentuk Pakatan Rakyat (PR), berdepan satu lawan satu dengan BN. Sebelum itu PAS, DAP dan parti-parti lain berlawan
secara berasingan. Hasil persepakatan itu BN hilang majoriti dua pertiga di parlimen sampai sekarang. Terengganu, Perak, Selangor, Pulau Pinang
jatuh ke tangan PR. Kedudukan BN terus goyah walaupun Terengganu, Perak dan
Kedah berjaya dirampas kembali dari tangan PR.
Hakikatnya, untuk memerintah Malaysia perlu ada hanya dua parti komponen bertanding
pada Pilihan Raya Umum. Dalam konteks
hari ini, hanya BN atau PR boleh merealisasikan matlamat itu. BN sudah membuktikan
pengabungan itu telah memberikan parti
itu kejayaan memerintah Malaysia sejak merdeka sehingga ke hari ini. PR belum
lagi.
Rakyat yang bencikan Umno/BN telah meletakkan harapan besar kepada
Pakatan Rakyat sebagai parti alternatif untuk menggantikan parti tua itu. Sudah dua kali Pilihan Raya Umum, rakyat yang tak puas hati dengan BN telah mengundi PR tetapi gagal mencapai kejayaan. Namun
peningkatan sokongan menunjukkan ada harapan untuk menumbangkan BN pada PRU
yang mendatang.
Malangnya, selepas
PRU ke 13, gabungan antara parti-parti dalam Pakatan Rayat menjadi semakin
longgar. Mula menampakkan retak . PAS dengan
DAP menjarak, dengan PKR juga ibarat api dalam sekam. Masing-masing
ada perasaan tak puas hati mahu diluahkan. Sebahagiannya sudah pun diluahkan.
Semua orang mengetahuinya.
Andai berlaku Pilihan Raya Umum sekarang , jika kain
koyak itu tak dijahit segera, banyak
kawasan akan berlaku pertembungan tiga penjuru, maka pemenangnya
tentulah berpihak kepada BN. Sekali lagi
harapan rakyat untuk merasai udara “
lain” dalam iklim politk Malaysia tak
tercapai.
Puncanya, perbezaan matlamat perjuangan yang ketara antara
parti-pati dalam PR. PAS sebagai sebuah parti berlandaskan Islam mahukan hukum hudud yang gagal dilaksanakan di
Kelantan walaupun sudah dipersetujui
Dewan Undangan Negeri itu 1993
dengan sebulat suara dilaksanakan sekarang. DAP membantah secara terbuka. MCA
dan Gerakan lagi dahsyat, Gerakan Kelantan mencabar enakmen jenayah syariah daripada dilaksanakan di Mahkamah Kota Bharu,
tapi ditolak Mahkamah. Kalau dikirakan, DAP tak sampai ketahap itu. Tak sampai
ke mahkamah.
Koronologi hudud yang
dibawa oleh PAS sepanjang sejarah perjuangan parti Islam itu dalam konteks politik
Malaysia sepatutnya menjadi renungan. Tahun 1960an bila PAS menyuarakan akan melaksanakan hukuman itu jika berjaya memerintah khususnya di Kelantan
telah meresahkan ramai pimpinan Umno. Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Almarhum Tengku Abdul
Rahman Putra sehinga mengeluarkan
kenyataan secara menyindir “ Habislah batu di negeri Kelantan digunakan untuk
merejam pezina. Tak boleh buat jalan raya lagi” . (Almarhum Tengku dalam satu
ceramah menyokong Parti Semangat 46 di Ampang selepas meninggalkan Umno telah menyebut
perkataan taubat, bahkan
menyalahkan ulama-ulama yang ada dalam Umno kerana tidak memberitahu beliau, perbuatan itu berdosa disisi Islam).
Zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri masih lagi kedengaran suara-suara sinis mengkritik hukum hudud dikeluar oleh beliau dengan
mengatakan “kita menolak hudud PAS” . Hanya di Zaman Tun Abdullah Badawi dan Datuk
Seri Najib Razak suara-suara sumbang menentang hudud tak kedengaran. Malah
sebahagian ahli parlimen dan Ahli Undangan Negeri dari Umno sekarang ada yang secara terbuka menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan.
Begitu juga dikalangan non- Muslim seperti Cina dan India, khususnya
di semenanjung , ramai sudah memahami hudud dan tujuan pelaksanaannya sehingga dikalangan mereka ada yang menyokong
hudud. Hanya pemimpian mereka saja masih berdegil , samada mereka masih belum
benar-benar faham atau ada kepentingan politik tertentu tak diketahui.
Justeru PAS boleh membangga, penat lelah memperkenalkan
hudud kepada masyarakat sebenarnya mencapai banyak kemajuan. Dikalangan umat
Islam sendiri khususnya dari kalangan pendokong Umno berlaku perubahan yang ketara, tiada
lagi suara memperlekehkan hudud secara
terbuka. Mungkin yang tersisa, samada dari kalangan orang Islam atau
non- Muslim harus diberikan penerangan berganda
dari masa ke semasa. Banyak bersabar dan sekali-kali jangan putus
asa. Suatu hari , insyaallah diberikan Allah SWT hidayah, mereka bisa menerima
hudud.
Kerajaan Kelantan sejak
tahun 1993 mengadakan “Hari Hudud” setiap tahun, sepertimana rakyat
Malaysia menyambut Hari Guru, Hari Ibu, Hari Polis, Hari Tentera dan
sebagainya. Ramai bertanya, mengapa Menteri Besar Kelantan ketika itu, Tuan
Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Allahyarham) mengadakan sambutan Hari Hudud yang
tak pernah dibuat oleh mana-mana negara umat Islam di dunia ini. Tok Guru mahukan
rakyat benar-benar faham dan terbiasa dengan sebutan “hudud” yang menjadi fobia sebahagain orang
terutama non-Muslim. Hasilnya dengan sambuatan itu rakyat akhirnya semakin
faham Hudud dan merindui Hudud itu agar segera dilaksanakan khususnya di
Kelantan.
Yang ditunggu-tunggu ialah, samada PAS bercerai dengan
Pakatan Rakyat dan menghadapi pilihan raya berseorangan atau Hukum Hudud berjaya
direalisasikan di Negeri Kelantan.
Apapun tunggu keputusan pemilihan pucuk pemipinan PAS pada Muktamar Jun ini.
slot online terpercaya
ReplyDeletesitus slot terpercaya
situs slot gacor
cuan slot
situs judi slot