GST, hudud dan
terminal bas
Oleh: Rossem
Sebaik saja GST dikuatkuasakan 1 April 2015, seorang anak muda
mendatangi Pak Mat, lantas menceritakan setiap pengguna akan mendapat
kebaikan disebalik GST yang dicemuhkan itu. “Barang-barang keperluan akan menjadi bertambah
murah berbanding dengan sebelum GST”.
Kata orang itu- serius. Gaya percakapannya memang menyakinkan Pak Mat , justeru Pak Mat
tak berani berhujah, , khuatir dikatakan bodoh – jahil memahami GST, maklum
Ilmunya tak setinggi pemuda tampan itu.
Sekarang genap sebulan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)
dikenakan ke atas rakyat. Sepanjang tempoh itu tak ada satu pun harga barang turun. Pak Mat naik berang, dicarinya pemuda itu merata riti “Kalau dapat
aku akan ketuk kepalanya, berani ia
membohongiku dulu. Dia tak tahu aku ni siapa…. orang kampung panggil Pak Mat Anak Rimau.
Itu sebahagian dari kisah yang melanda masyarakat kampung setelah sistem pencukaian baru GST dikuatkuasakan ke atas mereka sebulan lalu. Banyak lagi kisah-kisah seperti
itu, tapi tidaklah bertujuan memaparkan
satu persatu. Itu hanya sebuah gambaran bahawa rakyat merasa benar-benar keliru dan tertekan dengan GST.
Ada pasar raya mendakwa, pelangan yang membeli belah di
kedai mereka dikecualikan dari GST. Sebaliknya cukai itu telah dibayarkan oleh
pihak pengurusan pasar raya kepada
kerajaan. Pelanggan pun berpusu-pusu berbelanja di pasar raya tersebut. Namun
bila diteliti, harga barangan melonjat naik dari sebelumnya. Kita tidak tahu, samada kenaikan itu untuk
menampung kos GST yang dibayar kepada
kerajaan. Apa alasan diberikan, hakikatnya pelanggan rasa tertipu.
Untuk menyakinkan kutipan
wang cara GST ini dibolehkan menurut hukum Islam, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria
mengeluarkan kenyataan mempertahankan kaedah GST pada kadar 6 peratus yang
diperkenalkan . Bahkan mengatakan yang hukum melaksanakannya ialah harus.
Alangkah baiknya jika setiap
mufti di Malaysia mengeluarkan kenyataan, meminta setiap Ahli Parlimen beragama Islam, tanpa
mengira parti, samada Umno, PKR, DAP,
mengundi menyokong undang-undang Hudud yang akan dibentangkan di
parliman nanti oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang. Sebagai seorang
Islam menjadi tanggungjawab dan kewajiban setiap individu Muslim menyokong rang
undang-undang persendirian itu. Syariat
Islam lebih besar daripada parti.
Seorang pelangan yang beratur bersama saya di kaunter
bayaran sebuah pasaraya melontarkan
sebuah contoh yang mudah difahami
tentang GST; sekarang kita membayar
harga barangan keperluan yang kita belikan kepada taukeh kedai . Kemudian membayar sekali lagi sebanyak 6 peratus dari nilai harga barangan yang
dibeli kepada kerajaan. “Cara ini lebih hodoh daripada pemberian tip kepada
joki yang membantu mengangkat barang
dari lobi hotel ke kamar. Kerana joki itu kalau tak diberikan tip
perkhidmatan sekali pun mereka tak marah, kerana ia sudah ada gaji tetap
diberikan majikannya. Maka GST ini lebih teruk dari itu”. Kata orang
itu. Saya hanya mendiamkan diri.
Seorang penjual topup mengeluh ketika saya mahu mengisi topup di kedainya. Katanya, ia
terpaksa membeli software untuk mengaktifkan rangkaian komputernya dengan
Jabatan Kastam, kerana setiap jualan topup 6 peratus dikenakan GST dan GST dibayar
terus ke Jabatan Kastam. “Berapa harga sortware itu?” saya bertanya.
“RM10,000” katanya.
Penumpang bas
expres dari Pantai Timur ke distinasi
Kuala Lumpur mengalami kesukaran yang
amat sangat sejak terminal bas Pantai
Timur –Kuala Lumpur iaitu Hentian Putra
(bersebelahan PWTC) ditutup . Bahkan bas expres Pantai Timur sejak berzaman dibenarkan
menurunkan penumpang di sekitar Greenwood
(Gombak) kini tak dibenarkan lagi.
Alasannya kerajaan telah menyediakan terminal bas baru di Bandar Tasik Selatan yang letaknya
di Selatan Kuala Lumpur. Bayangkanlah jika penumpang dari Kelantan
yang akan ke Gombak, Batu Caves,
Selayang terpaksa menaiki teksi atau
komuter dengan cara berpatah balik ke kawasan
tersebut. Kalau naik teksi tambangnya tentu lebih mahal daripada tambang bas
Kota Bharu -Kuala Lumpur. Ramai yang bersunggut, namun tidak ada pilihan, kesusahan sendiri tanggung!
Kerana marah dan tak
puas hari, ada orang membandingkan. Ketika Dr Mahathir memerintah Malaysia dulu
beliau ubah jarum jam. Datuk Najib ubah terminal bas. Ubah jarum jam tak
mendatangkan kesusahan, sebaliknya ubah terminal bas memberi kesan besar kepada mereka yang
berulangalik Kota Bharu- Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment